Ayam Goreng Kunyit Masak Sambal

Ni boleh dikatakan favourite comfort food kita. Sebab apa? Sebab ada sekali tu masa baru putus cinta kat UK dulu, tiba-tiba teringin sangat nak makan menu ni sebab arwah mak ada ajar sekali macam mana nak masak. Esok tu balik kerja terus pergi butcher Arab beli isi ayam, sampai rumah terus masak. Masa take the first bite tu terus termenangis sebab teringatkan family kat PJ terutama sekali arwah mak yang rajin layan selera anak bongsu dia ni yang request nak makan itu ini bila sedih. Rasa nak balik Malaysia malam tu jugak. Satu suap, meraung, satu suap, meraung, kalau arwah mak ada kat depan masa tu memang masak kena leter sebab dia cukup pantang orang menangis depan rezeki. Padahal dah berhari-hari tak boleh nangis ni. Tapi lepas habis makan terus rasa teramat lega macam terlepas satu beban yang maha berat. So sampai sekarang kalau rasa sedih atau down je, terus masak resipi ni. Walaupun simple tapi cukup membahagiakan. Eh, terpanjang pulak cerita 🤭😂😂😂
Ayam Goreng Kunyit Masak Sambal
Ni boleh dikatakan favourite comfort food kita. Sebab apa? Sebab ada sekali tu masa baru putus cinta kat UK dulu, tiba-tiba teringin sangat nak makan menu ni sebab arwah mak ada ajar sekali macam mana nak masak. Esok tu balik kerja terus pergi butcher Arab beli isi ayam, sampai rumah terus masak. Masa take the first bite tu terus termenangis sebab teringatkan family kat PJ terutama sekali arwah mak yang rajin layan selera anak bongsu dia ni yang request nak makan itu ini bila sedih. Rasa nak balik Malaysia malam tu jugak. Satu suap, meraung, satu suap, meraung, kalau arwah mak ada kat depan masa tu memang masak kena leter sebab dia cukup pantang orang menangis depan rezeki. Padahal dah berhari-hari tak boleh nangis ni. Tapi lepas habis makan terus rasa teramat lega macam terlepas satu beban yang maha berat. So sampai sekarang kalau rasa sedih atau down je, terus masak resipi ni. Walaupun simple tapi cukup membahagiakan. Eh, terpanjang pulak cerita 🤭😂😂😂
Cara Memasak
- 1
Mula-mula, rendam ayam dalam air yang dicampur perahan limau kasturi dalam 5 minit. Lepas tu, bilas sambil selawat dan potong kecil-kecil menjadi bite-sized. Dalam satu bekas, campurkan serbuk kunyit, tepung jagung, sesudu kecil garam dan sedikit air hingga menjadi paste. Masukkan semua ayam dan gaul rata-rata hingga sebati sejiwa.
- 2
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tadi hingga garing. Balik-balikkan agar dia garing sekata.
- 3
Bila ayam dah garing, angkat dan letak atas tisu dapur untuk serap minyak berlebihan sebelum disatukan dalam mangkuk atau bekas. Time-time ni sedap ratah sebab dia tengah panas dan garing maksimum 😋
- 4
Gunakan balik minyak menggoreng ayam tadi untuk tumis sambal. Buangkan sikit minyak berlebihan jika perlu. Tumis sambal bersama 1 sudu kecil garam. Bila sambal dah garing, masukkan ayam yang dah digoreng tadi.
- 5
Gaulkan rata-rata agar sambal dan ayam sebati. Tak payah lama sangat bila dah sebati je terus tutup api.
- 6
Siaaapp! Pastikan sepinggan nasi panas dah ready di sisi. Nak lagi best makan dengan ulam-ulam, tapi makan macam ni dengan nasi pun dah cukup nikmat.
Resipi Sepertinya
-
Ayam Goreng Kunyit Crispy Ayam Goreng Kunyit Crispy
#ayamcrispy #goldenapron2020 Bila dapat tau bonus kali ni bertemakan ayam crispy Aznie terus teringat akan resepi ayam goreng ni. Petua dari arwah mak mertua Aznie, kalau nak ayam goreng yang sedap rendam ayam dulu dengan garam juga ajinomoto. garam dan ajinomoto korang boleh bubuh ikut selera ye. In shaa allah bila makan kita akan rasa sedap dagingnya sebab berperisa dan tak ada la bila makan bahagian luar je kita rasa garam dalam tak terasa. Memang sampai sekarang Aznie ikut petua ni. Arwah mak mertua suka makan ayam goreng yang jual kat pekan Batu Gajah, memang sedap tapi harga boleh tahan juga. Tu mak cakap buat macam ni memang sedap. Orang tu jual dari jauh orang dah boleh bau wangi ayam goreng tu , nak tau kenapa orang lain buat tak wangi macam tu. Sebab dia bubuh satu serbuk yang buat ayam tu wangi mak pun tau serbuk apa yang dia guna. Tapi memang ada jual dan orang tak tau. Sampai sekarang Aznie ingat lagi kata-kata mak tu. Yang tepung gandum tu Aznie tambah untuk bagi rasa dia lagi terangkat. Boleh pulak gambar rendam ayam tak ada dalam gambar. Rasa dah ambil gambar, ke memang Aznie ni yang pelupa. hihihi.. Selamat mencuba semua. Comfirm sedap Aznie Khasri -
Sambal Geragau Sambal Geragau
Sambal ni arwah mak yang ajar. Walaupun dia orang Melaka pure, tapi dia tak suka cencalok. Tapi geragau fresh atau kering dia cukup suka. Dulu-dulu bila balik kampung, adik dia mesti bagi geragau fresh satu bekas besar bila tiba musim. Tapi sekarang Pak Uda kita tu pun dah tak sihat jadi memang takde yang turun ke laut nak menangkapnya.Geragau ni bubuh dalam sup sayur atau nasi goreng pun sedap juga. Tapi fevret kita sudah tentulah sambal geragau ni. Senang sangat nak buat, tapi sedap sungguh sebab boleh rasa crunchy geragau tu. Goreng telur sebiji, cedok nasi panas-panas, makan dengan sambal ni, fuuuuuhhhh memang tak heran lauk lain dah! Rozita Jaafar Sekdek -
Cendawan Tiram Goreng Bersama Telur Cendawan Tiram Goreng Bersama Telur
Mula-mula cuba menu ni masa bercuti kat Port Dickson. Masa tu nak pi makan tengahari, singgah kat satu restoran. Tengok dalam menu ada menu cendawan ni terus order.Lepas dah makan & sedap sangat, balik terus cuba buat semula menu tu sebabnya nak pi pulak ke restoran tu jauh nau 😂Lepas percuban berkali2..taraaaa Cendawan Tiram Goreng bersama Telur (ala2 restoran tu) in da house 😆Cuma version cikna buat ni version kering. Yang makan kt restoran tu basah berkuah sikit..Selamat mencuba!#FayeKusairi #cendawan #cendawangoreng #cendawangorengtelur Erna Hezreen Hamzah -
Ayam Masak Palembang Ayam Masak Palembang
#goldenapron#minggukeduapuluhsatu#saturesipisatupohonAyam Palembang ni saya mula kenal dan makan hanya dari masakan mama saya. Saya belum pernah rasa masak Palembang ni dari orang lain. Bagi saya masakan palembang dari tangan mama ini sangat sedap dan saya tidak mahu orang lain merosakkan keenakan yang saya rasa. Sampai begitu sekali keistimewaan hasil air tangan mak saya kan?Tapi jujurnya keenakan masakan palembang ni secukup rasa. Penuh rasa santan, rempah dan kerisik. Kuahnya pekat, dihidang pula bersama ketupat atau lontong cukup membuatkan ianya sempurna.Mama pesan kepada saya, supaya belajar hidangan ini supaya satu hari nanti ada pengganti yang akan mewarisi masakan dia 😭😭Sedih pula saya nak menaipnya.Okay lah saya kongsikan resipi ayam Palembang ni bersama korang semua supaya korang juga boleh turut rasa keenakkan dan kelazatan hidangan ini Gyna Elenna -
Rendang Ayam Rendang Ayam
Satu Malaysia terkejut bila beraya awal. Aje bagus semua nak raya lambat😂. Apakan daya gempak satu Malaysia bila dengar pengumuman raya. Time tu mak-mak kat dapur kalut dah mana yang tak beli bahan mentah lagi. Rendang wajib ada dipagi raya. Tapi Aznie tetap memilih masak rendang dipagi raya je. Walau pun dah beli bahan mentah awal kat pasar. Sebab memang dah agak tahin ni raya awal, walau pun hubby cakap raya hari selasa. Kan betul kata bini mu ni tahun ni raya awal🤣. Rendang Aznie masak ikut resepi arwah abah Aznie. Sebab yang ni sememangnya fav😍 Aznie Khasri -
Sambal Salmon Goreng Sambal Salmon Goreng
Salmon kaya dengan Omega 3, yang melancarkan perjalanan darah dan membantu menghindarkan masalah jantung. Harganya memang mahal sikit, tapi disebabkan dalam sejarah keluarga kita ramai yang menghidap masalah jantung termasuk arwah ayah dan arwah mak kita, jadi kita cuba amalkan makan salmon sekurang-kurangnya seminggu sekali.Salmon ni sejenis ikan yang sangat berminyak dan baunya juga agak kuat. Bagi sesiapa yang tak tahan baunya, boleh cuba resipi ni. Tapi pastikan guna minyak kelapa sawit untuk menggorengnya kerana minyak kelapa sawit rendah kolestrol dan juga baik untuk kesihatan jantung. Rozita Jaafar Sekdek -
Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri 9) Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri 9)
Serius Ayam Masak Lemak Cili Padi memang fav Aznie. Sejak kecil lagi memang dah didedahkan dengan menu ni. Macam Aznie keturunan rawa (bukan jawa) memang ni la menu yang sering mak abah sediakan tuk kami adik beradik. Kari memang jarang sangat masak. Sebab lebih suka yang ni. Kalau Ayam masak lemak kebiasaannya arwah abah akan bubuh batang lambuk sekali didalam gulai lemak cili padi. Tapi sekarang susah dah nak jumpa. lebih 10 tahun rasanya tak makan tu. Sebab susah nak jumpa. Dulu kat rumah mak memang banyak pokok tu arwah abah tanam. Tapi dah mati dah pokoknya, merajuk kot sebab ramai sangat orang yang ambik. Memang Arwah abah cakap, sapa nak makan ambik je tak payah dah nak minta izin. Tapi tau tak macam mana satu hari tu tengok abis anak-anak pokok ia hilang. Tak tau sapa yang cabut . Jadi lama-lama pokok tu mati. Sejak tu tak pernah makan dah. Rasa kecewa sangat dengan orang yang buat tu. Tapi arwah abah senyum je. Tak pe anggap je tak ada rezeki. Tu la arwah abah. seorang lelaki yang sangat Aznie kagumi. Resepi ni Aznie coosnap dari adik @cook_28065973 . Sukatan bahan Aznie olah sendiri. Terima kasih dik😊 Aznie Khasri -
Hati Pedal Ayam Masak Sambal Pedas Hati Pedal Ayam Masak Sambal Pedas
Alkisahnya masa beli ayam tadi suami heran bila tiba-tiba akak cakap kat penjual nak hati pedal tu sebab biasanya memang akak tak ambik. Yelah akak kan tak makan organ dalaman.Akak bisik kat suami "kami ada challenge lah" #CookEveryPart #HaiwanDaratanSuami pun "ooo.. patutlah... pulun sangat 😁😁"Beli ayam sekor ja, dapat hati pedal serba satu ja lah. Mana cukup, jadi akak masak sekali dengan beberapa ketul isi ayam.Hati pedal akak goreng garing sebab suami suka macam tu.Akak masak sambal ni ikut resepi @hanishaimi Norashikin Rahmat -
Sambal Petai Belalang Sambal Petai Belalang
Rasa-rasa jumpa tak menu pelik-pelik kat #bazaarramadan ?Mesti ada kan mesti rasa nak beli mesti rasa nak cuba.Nah resipi Sambal Petai Belalang yang jarang2 jumpa.Tak perlu memenatkan diri cari lauk berbuka puasa... #bazaarramadan #goldenapron2020 Mamamikael Oven -
Mee Kari Terangkat Mee Kari Terangkat
Dah 2 minggu anak duk zikir nak makan mee kari. Kedai yang dia suka makan tu tak de jual pulak sekarang.So sebagai mak yang prihatin maka gigih la aku masak mee kari untuk dorang. Ni first time masak tau. Sebab kat rumah ni jenis suka makan nasi.Selepas bersilat sana sini maka siap la mee kari ni. Alhamdulillah anak anak kata sedap sangat. Lagi sedap dari yang kat kedai tu. Amboi dah boleh buka kedai la ye? 😂Ok mak kau terangkat jap kena puji. Hilang penat lelah masak tadi. Berebut rebut semua makan. Mama is happy. JOM CUBA! 😋#goldenapron2020#minggu17#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Spaghetti Kari Spaghetti Kari
Musim2 cuti sekolah ni anak2 sering kelaparan kat rumah. Mak mak memang kena sentiasa ligat berfikir nak masak apa setiap hari.Baru2 ni anak duk zikir nak makan spaghetti sebab dah lama tak makan. So mama pun laju je masuk dapur nak beraksi. Pung pang pung pang siapkan semua bahan. Sekali masa nak buat kuah baru perasan sos spaghetti yang dalam botol dah habis.Akhirnya terpaksalah mama buat sendiri sos tu. Saja la tambah serbuk kari sebab nak pedas2 barulah tak rasa muak. Hentam saja la kan. Yang penting masa makan anak2 puji sedaplah mama kuah ni. Alhamdulillah anak2 suka.Selamat Mencuba ye! 😍#goldenapron#minggu20#saturesepisatupohon Nor Zahida Aini -
Ayam Goreng Kunyit Ayam Goreng Kunyit
Masa zaman universiti, saya rasa kepelikan apabila kawan saya order nasi putih dengan “Ayam Goreng Kunyit”. Al-maklumlah, selama membesar jarang makan di luar. Kalau ada pun, balik balik menu yang sama je.Saya membayangkan bahawa ayam goreng kunyit tu adalah seketul peha ayam yang digoreng.Tapi, bila menunya sampai ke meja, lain rupanya. Ayam yang dipotong kecil-kecil dan ada sayur pulak tu. Saya pun mintak sikit nak rasa. Sedap juga lauk ni ya...Tapi, sepanjang belajar, tak pernah pula tergerak hati nak cuba masak sendiri. Waktu menjadi siswa hostel takda dapur. Memang order saja kalau teringin nak makan.Bila dah kahwin, barulah saya cuba masak sendiri lauk ayam goreng kunyit ni. Antara juadah yang ringkas dan senang untuk saya sebab sayur pun dah campur sekali. Satu lauk ni je dah memadai.Silalah mencuba lauk ringkas ni..#goldenapron2020#minggu2#daridapurnuraliyahmn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn
Lebih Banyak Resipi
Komen