Kuih Karas (Kedah)

Kuih yang menjadi kegemaran arwah abah. Setiap kali raya mesti beli. Kak Lat tak pernah terfikir nak buat. Bila tengok kuih karas ni lalu bila cookpader @Mrs_Watermelon85 submit resipi ni, nampak macam senang. Terus cuba buat malam tu juga. Alhamdulillah menjadi. Karas ni memang popular di negeri-negeri utara Malaysia. Masa pi Pekan Rabu, Alor Setar, suka tengok mereka buat menggunakan acuan tempurung tu. Itu yang rasa macam susah dan tak ada acuan. Tak perlu ada acuan tu, kita guna je acuan botol 3 lubang roti jala tu.
Kuih Karas (Kedah)
Kuih yang menjadi kegemaran arwah abah. Setiap kali raya mesti beli. Kak Lat tak pernah terfikir nak buat. Bila tengok kuih karas ni lalu bila cookpader @Mrs_Watermelon85 submit resipi ni, nampak macam senang. Terus cuba buat malam tu juga. Alhamdulillah menjadi. Karas ni memang popular di negeri-negeri utara Malaysia. Masa pi Pekan Rabu, Alor Setar, suka tengok mereka buat menggunakan acuan tempurung tu. Itu yang rasa macam susah dan tak ada acuan. Tak perlu ada acuan tu, kita guna je acuan botol 3 lubang roti jala tu.
Cara Memasak
- 1
Kacau gula dengan air hingga larut.
- 2
Kemudian, tuang ke dalam tepung beras. Kacau sebati.
- 3
Masukkan adunan ke dalam botol roti jala muncung 3.
- 4
Panaskan minyak. Jangan banyak sangat, lebih kurang 1 inci sahaja daripada paras pan/kuali. Pastikan minyak cukup2 panas saja, bukan terlampau panas. Jalakan dari tepi banyak kali dalam 5-6 pusingan..baru jalakan ke bahagian tengah 5-6 kali..kemudian ulang lagi jalakan sampai ke tepi & ke tengah semula dlm 5-6 pusingan lagi. Jangan tebal ye..sebab kita nak lipat dia nanti
- 5
Lepas jala, biar 5 saat. Kemudian terus lipat dua dengan menggunakan senduk, pastu lipat sekali lagi jadi bentuk segitiga. Goreng sekejap sambil balik2kan hingga berwarna keemasan. Kuih karas ni cepat masak ye dlm 2-3 minit je..masa kita angkat tu, dia masih agak lembut..tapi lepas kita dah sejukkan ia akan keras sendiri..rangup dan rapuh sangat.
- 6
Simpan di dalam bekas kedap udara.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kuih Karas (Perlis) Kuih Karas (Perlis)
#merdekapassportTerus berjoget bila first time buat terus menjadi kuih karas dari negeri Perlis Indera Kayangan ni 💃💃 sedap & rangup krup krap krup krap.. begitu mudah..hanya 3 bahan.. Sebenarnya acuan kuih karas ni menggunakan acuan yg di buat drp tempurung dengan menebuk lubang di bawahnya, tapi saya tak ada..jadi saya guna botol roti jala saja..pun menjadi.. satu adunan ni saya dapat 36 keping kuih karas..bergantung pada saiz yg kita buat jugak.. kunyah2 sambil santai2 & tengok tv sat je habis sebalang 🤣 Yang kelakarnya, saya mintak resepi kat mak mentua saya sebab saya rasa macam pernah tengok dia buat..last2 mak mentua cakap tak ada resepi dia.. buat pun tak pernah 😆😅 jadi saya cari la dlm satu group masakan ni..alhamdulillah jumpa & memang menjadi..terima kasih kepada owner resepi ni..saya tunjuk kat mak mentua, dia terus puji cantik & pandai saya buat..apalagi terus kembang kempis la hidung saya 🤣🤣 Nor Al Fatihah -
Cucur Jawa @ Kuih Topi #MAHN - Kuih Tradisi Cucur Jawa @ Kuih Topi #MAHN - Kuih Tradisi
Cucur Jawa atau Kuih Topi adalah salah satu jenis kuih tradisi yang menjadi kegemaran ramai. Ibarat kata pepatah "tak lekang dek panas, x lapuk dek hujan. Kuih ini amat sesuai dimakan semasa sarapan pagi atau minum petang. Jom cuba resepi mudah ini... Hamidah HA -
Kuih loyang emak Kuih loyang emak
kuih loyang , kuih tradisi dari dulu2 lagi, so masa kecik2 rajin la nk tlong mak , tapi arwah mak dah x ada jun 2022 yg lepas , so kita kongsi sikit ilmu yg mak tggalkan supya dapat jdi saham akhrat buat mak ,selamat mencuba ya kawan2..Bismillah Siti Norfardiana Amran -
Roti Jala Berinti Roti Jala Berinti
Teringin nak buat roti jala ros dan kekwa yang viral tu tapi botol sos 3 lubang tu tak ada. Semua kedai kat kawasan rumah ni dah tak ada stok. Jadi, Kak Lat menjala macam biasa je, guna botol air mineral. Cuma lainnya, roti jala Kak Lat ada inti kacang merah. LATIPAH NAWAWI -
Kuih peneram Kuih peneram
resepi ni saya main agak2 je bahan nya tak pakai sukatan ye (ikut pd byk mana yg kita nak buat , jika suka lebih manis lebihkan gula merah nya ya) kuih ni agak rumit ye nak buat😅 selamat mencuba❤️ Dapur Shah -
Kuih Serabai Kuah Manis Kuih Serabai Kuah Manis
Jika ada nasi semalam yg tak habis jangan di buang ye..jangan membazir.. boleh di buat macam2 kuih menggunakan nasi ni..hari ni saya buat kuih serabai yg menjadi kegemaran saya utk berbuka puasa..saya makan dengan kuah manis kosong saja..kalau campur durian lagi mabeles rasa die.. kuah manis macam ni pun dah sedap sangat dah.. Memandangkan saya tak ada acuan serabai, jadi saya guna kuali saja..tapi jadi nipis la sikit.. kalau nak dia jadi tebal, guna kuali yg dalam ye..Suka sangat tengok bila serabai ni di masak jadi berlubang-lubang. Bagi yang Trypophobia mesti rasa geli & takut tengok lubang2 ni kan..tapi saya suka..tu tanda kuih ni menjadi elok 😍 sedap di makan sejuk2 dari peti ais..lembut je..cukup rasa semuanya.. Nor Al Fatihah -
Kuih Lompang Kuih Lompang
#MealPlan #1406recipe #Pejuang2KResepiKuih ni Aznie lupa dah bila kali terakhir Aznie makan dan buat. Memang dah lama sangat. Jadi kelmarin Aznie buat la kuih ni, adududu sedap la. Terlepas rasa rindu nak makan. Abang biasa la kalau dapat kuih yang dia suka memang makan dia fokus betul😂. Kesian pulak tengok, biasa la bini dulu rajin buat macam-macam kuih. Sekarang nak buat tu M melekat kuat dihiwa😆. Terima kasih @JuliaAA_merecik , Aznie cooksnap resepi Aleen. Suka sangat. Aznie Khasri -
Kuih Cincin - Wilayah Persekutuan Labuan Kuih Cincin - Wilayah Persekutuan Labuan
Sumber: daridapur.comKuih Cincin amat popular Di Sabah terutama area Papar.. kuih cincin juga boleh didapati di Wilayah Persekutuan Labuan. Dan juga Ada Di Sarawak.. hanya beza bahan sahaja.. Sarawak pasti Ada campuran gula apong..Dinamakan Kuih Cincin kerana lubang kuih itu seakan lubang cincin... Tetapi saya punya kuih ini macam tiada lubang cincin 😂.. tidak mengapa boleh latih lagi..Kuih Cincin Ada dua jenis satu Yang rangup , dua jenis lembut.. senang nak kunyah. Yang saya buat ini lembut.. asalnya mau buat yg rangup.. tetapi memandangkan anak2 mau rasa buatlah lembut.. tetapi rangup itu tetap Ada..Doh kuih ini digoreng dua Kali.. acuan selalunya kena tempah.. tetapi saya menggunakan apa sahaja yg Ada Di dapur.Ada juga bahan Yang saya tiada saya skip sahaja..#merdekapassport Zarafafiis ❣️🌹 -
Kuih Lepat Liat Mak Munah Kuih Lepat Liat Mak Munah
Kuih Lepat Liat adalah kuih tradisi yang berasal dari negeri utara. Bila google, kuih yang liat dan manis ni, ada beberapa resepi yang ada. Resepi ni dari mak yang berusia 80 tahun, berasal dari Perak utara. Dulu, mak selalu buat kuih ni untuk bekalan dia ke bendang. Kuih yang menjadi kesukaan adik beradik mak dan kini anak-anak saya juga. Jom cuba resepi mak Kak Lat ni. LATIPAH NAWAWI -
Kuih Bunga Pudak "Kuih Warisan Kedah" Kuih Bunga Pudak "Kuih Warisan Kedah"
🇲🇾Merdeka Special Cp Passport🇲🇾❤Kedah: #merdekapassportWah...Sangat Mencabar membuat kuih Bunga Pudak ini walaupun nampak macam senang saja.Kuih Bunga Pudak Kuih warisan lama Negeri Kedah ini sangat terkenal di Negeri kedah.Kalau Pergi ke Pekan Rabu Alor Setar Kedah pasti akan lihat banyak kuih Bunga Pudak ini dijual oleh peniaga tempatan disitu.Mengikut petua dari orang lama kuih Bunga Pudak ini jika nak tahan lama inti kelapa mesti kering.Jika kelapa lembab atau basah ianya akan cepat rosak.Rasa kuih bunga pudak ini seakan2 rasa sagon.Sedap bila digigit terasa lemak manis dari inti kelapa yang digoreng.Terimakasih admin Cookpad @sasha_sabrina ,@Rozita dan admin2 yang lain juga kerana adakan tema cp passport merdeka ini.Seronok sebenarnya dengan adanya Cp Passport Tema Merdeka begini secara tidak langsung dapat belajar menyediakan kuih2 lama warisan negeri dan yang popular disetiap negeri dalam Malaysia dimana sebelom ini kita tidak pernah tahu atau ambil tahu cara pembuatannya.Untuk kuih bunga pudak inipun kira belom puashati lagi ni kejadiannya.Insyaallah nanti nak buat lagi supaya mendapat hasil yang lebih cantik.👍😀😍 Q'leenalee's Kitchen -
Kuih Lompang Kuih Lompang
#cppassportKuih paling jelita sebab ada lesung di tengahnya😁.. ada yang panggil lesung pipit.. Siapa buat kuih ni menjadi lesungnya yang dalam tu memang best giler.. rasa bangga pada diri sendiri hahaha😄Antara kuih muih yang sangat popular di Malaysia tau..😘 Julia ALeen Aireish -
Kuih denderam Kuih denderam
Mak teringin nak makan yang jiran hana selalu jual...Tapi kebetulan minggu ni tak buat la pula,nak pergi kenduri katanya ..Maka hana kena rajinkan diri la membuatnya...Nak makannya seketul dua je... Tapi membancuh tu tak boleh nak buat sikit... Kang mau dia masuk dalam tong🤭😅Terima kasih @dapurShah10 ..Jom la @gula_apong suka kannn kuih ni💕💕 0h Hana !!
Lebih Banyak Resipi
Komen