Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi

Norashikin Rahmat @dapurummi_2010
Lauk simple yang sedap 😋. Anak-anak suka sangat. Bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi
Lauk simple yang sedap 😋. Anak-anak suka sangat. Bertambah-tambah nasi dibuatnya.
Cara Memasak
- 1
Blend semua bahan bertanda * sampai hancur.
- 2
Masukkan ayam, serai dan bahan blend tadi dalam periuk. Tambahkan air secukupnya. Masak sampai isi ayam lembut. Sentiasa tengok air jangan sampai kering, tambah kalau perlu sebab ayam kampung ni ambik masa sikit nak lembut.
- 3
Masukkan santan, daun kunyit, asam gelugur dan ubi kentang. Masak sampai ubi empuk.
- 4
Bubuh garam, gula dan serbuk perasa secukupnya, kacau sebati. Boleh la padamkan api.
- 5
Sedia untuk dihidang.
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Pucuk ubi masak lemak cili padi Pucuk ubi masak lemak cili padi
Jarang² Ziana nk masak pucuk ubi . Kalau teringin sangat memang cari . Kalau tak dibuat masak lemak , kadang² ziana cuma celur dan cicah bersama air asam atau sambal belacan.Masakan kampung memang membuka selera . Tak payah lauk banyak². Masak lemak makan dengan nasi bersama ikan goreng pun sedap. Bertambah tambah nasi dibuatnya.#CookEveryPart Tumbuhtumbuhan Ziana Chesaad -
Ayam Masak Lemak Cili Padi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum dan Salam 25 Ramadan buat semua Cookpadders yang dihormati ♥️Baiklah, hari ini CN kongsikan lagi satu resipi warisan dari Allahyarham Bapak CN ya. Bapak CN memang pandai memasak. Teringat momen indah melihat Bapak memasak di dapur sambil menyanyi. Allahu rindunya kenangan itu. 😢Bapak CN merupakan orang Minang dan berasal dari Sumatera, Indonesia. Oleh kerana itu, Bapak sukakan masakan pedas dan berlemak seperti Gulai Lemak ini. CN pun terikut sama. Mesti nak makan gulai ini selalu. Hihi. 😍Menariknya resipi Bapak CN ni, Arwah suka santan yang pekat. Jika gulai cair, marah sungguh dia. Katanya, gulai lemak mesti santannya pekat. Untuk resipi ini CN gunakan santan kotak jenama Kara ya. Memang pekat. Guna sedikit saja dan rasanya sedap. Cuma CN rasa santan ori lebih sedap rasanya.Gulai ayam ini enak dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulaman & sambal belacan.Memasak Sepenuh Cinta♥️Nota:1. Ayam akan menggeluarkan jus atau airnya apabila dididih. Dan ini menjadikan gulai lebih berasa.2. Asam keping bertujuan untuk menghilangkan hanyir ayam dan mengurangkan rasa pedas gulai.3. CN gunakan garam kasar. Pastikan ia dimasukkan sedikit demi sedikit ya. Rasa dulu gulai sebelum menambahnya.4. Seeloknya guna api sederhana dan gulai mesti selalu dikacau untuk menggelakkan ia berketul. Masak sehingga pecah minyak. (Pecah minyak adalah apabila gulai kelihatan seperti berminyak sedikit.)#CNdidapur #GulaiLemak #Ayam #MasakLemakCiliPadi #MasakanKampung Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Ayam masak lemak cili api Ayam masak lemak cili api
#goldenapron#mingguke10#1post1hopev2Resepi yang enak dimakan.Buat lauk lemak ni sebab siang tadi pergi majlis kenduri kahwin.Ada lauk lemak ikan masin talang.Anak-anak ingatkan rasanya seperti biasa rupanya pedas di tekak mereka.Jadinya,pulang dari majlis terus singgah ke kedai membeli bahan yang diperlukan.Alhamdullilah,berselera sekali anak-anak makan sampai bertambah-tambah nasi dan lauknya ni.Mari lihat resepinya . Nurain Jalil -
Udang Masak Lemak Cili Padi Udang Masak Lemak Cili Padi
#bazaarramadan#minggu6Cerita pasal menu ini, ini adalah kali pertama sy memasak menu ini. Sebab sblm ni ingat menu ni anak-anak kurang berminat. Tetapi hari itu, sy teringin sgt nk makan. So cubala buat. Sedap rupanya udang masak lemak cili api ni. Terangkat juga bila mkn dgn nasi panas. Anak-anak pula bertambah-tambah nasi sedap. Nur Dhunaa AB Maleq -
Udang Masak Lemak Cili Padi Nogori (Kurang Pedas) Udang Masak Lemak Cili Padi Nogori (Kurang Pedas)
#merdekapassportSedap masak lemak cili padi ni. Sayangnya anak2 tak makan pedas. Kalau yang suka pedas boleh tambah cili banyak-banyak dan tumis cili tu sekejap. Masakan nogori ni memang tak lari dari cili padi bila buat masak lemak. Negeri Sembilan Darul Khusus, masakan cili padinya terbaik. Cempaka Putih -
Ayam Masak Lemak Cili Api Ayam Masak Lemak Cili Api
Hari ini sepatutnya saya meraikan farewell kawan saya yang mahu pulang ke Indonesia. Disebabkan Covid19 makin tinggi, saya mengambil keputusan untuk tidak pergi. Lagi pula anak saya kurang sihat. Ayam yang sepatutnya saya sajikan untuk majlis perpisahan itu saya masak untuk anak-anak saya. Karina teringin nak makan ayam masak lemak cili api. Bila tengok semua bahan ada, saya terus siapkan semua.Seperti kebiasaan cara saya memasak lemak, saya tidak suka campurkan bawang. Apatah lagi kalau masak lemak ayam. Saya tidak gemar ada rasa bawang pada kuah. Saya memilih untuk menggunakan kunyit hidup dan serai dalam kuantiti yang banyak supaya tidak rasa muak. Kuah akan menjadi lebih sedap jika gunakan kunyit hidup dan serai pula akan menambahkan aroma yang segar dalam masakan.Seronok hati saya melihat anak-anak makan sambil menjilat jari. Sebab tu la semua anak-anak saya bulat. Agaknya air tangan saya sudah menambat hati mereka. Kecuali anak saya paling Tom, macam mana sekali sedap pun saya masak, dia tetap akan kata neneknya nombor 1 paling sedap memasak. Alasannya saya pandai memasak disebabkan oleh mak saya. Jadi guru memasak adalah neneknya. Apa-apa sajalah Tom.Selamat mencuba 😊 Gyna Elenna -
Ayam Masak Lemak Cili Api Ayam Masak Lemak Cili Api
#bazaarramadanLauk ni paling senang nak buat. Dan yang pasti, memang anak-anak akan bertambah makan nasi sebab ada kentang.Bila sahur panaskan lauk ni, lagi pekat berlemak kuah dia. Lagi sedap. 😉 AeJaa 📸 -
Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri 9) Ayam Masak Lemak Cili Api (Negeri 9)
Serius Ayam Masak Lemak Cili Padi memang fav Aznie. Sejak kecil lagi memang dah didedahkan dengan menu ni. Macam Aznie keturunan rawa (bukan jawa) memang ni la menu yang sering mak abah sediakan tuk kami adik beradik. Kari memang jarang sangat masak. Sebab lebih suka yang ni. Kalau Ayam masak lemak kebiasaannya arwah abah akan bubuh batang lambuk sekali didalam gulai lemak cili padi. Tapi sekarang susah dah nak jumpa. lebih 10 tahun rasanya tak makan tu. Sebab susah nak jumpa. Dulu kat rumah mak memang banyak pokok tu arwah abah tanam. Tapi dah mati dah pokoknya, merajuk kot sebab ramai sangat orang yang ambik. Memang Arwah abah cakap, sapa nak makan ambik je tak payah dah nak minta izin. Tapi tau tak macam mana satu hari tu tengok abis anak-anak pokok ia hilang. Tak tau sapa yang cabut . Jadi lama-lama pokok tu mati. Sejak tu tak pernah makan dah. Rasa kecewa sangat dengan orang yang buat tu. Tapi arwah abah senyum je. Tak pe anggap je tak ada rezeki. Tu la arwah abah. seorang lelaki yang sangat Aznie kagumi. Resepi ni Aznie coosnap dari adik @cook_28065973 . Sukatan bahan Aznie olah sendiri. Terima kasih dik😊 Aznie Khasri -
Ayam Masak Lemak Cili Padi Ayam Masak Lemak Cili Padi
Jarang-jarang sangat buat ayam masak lemak ni. Selalu goreng saja @ buat sambal.Recook resepi daripada cookpadies Bintun Jamil dengan sedikit olahan pada bahan dan cara penyediaannya. Norashikin Rahmat -
Ayam masak lemak cili padi Ayam masak lemak cili padi
Bila dah sibuk..maka hana biat la menu yang mudah untuk anak²... Nanti kawan kan je dengan timun dan ulaman...#week4#CookpadApron2025AyamCili padiKunyit 0h Hana !! -
Ayam Gulai Cili Padi Ayam Gulai Cili Padi
#cooksnap#cookpadmalaysiaInspirasi dari resipi cookpader Nid, memang kena sangat dengan selera cik somi orang nismlan.. Kalau masak gini confirm bertambah nasi kena lak ada sambal belacan. 😘😁 Macam biasa lebihan kuah buat pencicah cokodok untuk minum petang. Nur Nadiah -
Telur Ayam Kampung Masak Lemak Kuning Telur Ayam Kampung Masak Lemak Kuning
Suka sangat dengan telur ayam kampung ni.Beli terus 1 sarang.Macam-macam boleh buat.Untuk menu hari ni kita masak yang mudah-mudah je....Telur Ayam Kampung Masak Lemak Kuning #goldenapron2020 Mamamikael Oven
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/15483257
Komen (4)