Nasi Katok

#cppassport
Hidangan nasi popular dari Negara Brunei.Mengikut sejarahnya asal-usul nama Nasi Katok ini bermula dari satu keluarga Cina yang berniaga Nasi Lemak secara kecil-kecilan di Low San Flat di Mabohai Brunei Darussalam pada tahun 1960an.
Pelangan yang datang ke flat tersebut akan katok pintunya (mengetuk pintu) untuk membeli Nasi Lemak di kediamannya.Di situlah bermulanya nama Nasi Katok.
Keluarga inilah yang memperkenalkan Nasi Katok kepada masyarakat Brunei pada ketika itu.Penjualan Nasi Katok kemudiannya diikuti oleh peniaga yang lain pula.
Nasi Katok yang dijual sekarang bukan lagi berupa Nasi Lemak.Ia hanyalah Nasi Putih biasa bersama Ayam Goreng yang dipelbagaikan bahan ramuan dan rasanya,sambal cili,ikan bilis goreng dan ulam-ulaman.
Nasi Katok
#cppassport
Hidangan nasi popular dari Negara Brunei.Mengikut sejarahnya asal-usul nama Nasi Katok ini bermula dari satu keluarga Cina yang berniaga Nasi Lemak secara kecil-kecilan di Low San Flat di Mabohai Brunei Darussalam pada tahun 1960an.
Pelangan yang datang ke flat tersebut akan katok pintunya (mengetuk pintu) untuk membeli Nasi Lemak di kediamannya.Di situlah bermulanya nama Nasi Katok.
Keluarga inilah yang memperkenalkan Nasi Katok kepada masyarakat Brunei pada ketika itu.Penjualan Nasi Katok kemudiannya diikuti oleh peniaga yang lain pula.
Nasi Katok yang dijual sekarang bukan lagi berupa Nasi Lemak.Ia hanyalah Nasi Putih biasa bersama Ayam Goreng yang dipelbagaikan bahan ramuan dan rasanya,sambal cili,ikan bilis goreng dan ulam-ulaman.
Cara Memasak
- 1
Bahan-bahannya.
- 2
Gaul rata bahan A dan B.Perap dalam 1 - 2 jam @ semalaman.Ketepikan,simpan dalam peti sejuk.
- 3
Siapkan Sambal Cili.
Panaskan 1/2 cawan minyak masak dalam kuali non stick.
Masukkan bahan kisar D.Tumis hingga naik bau.
Masukkan Pes Asam Jawa dan Gula Better Brown.Tambah sedikit lagi minyak masak jika nampak sambal terlalu kering.
Kacau rata,masak hingga kering. - 4
Masukkan sedikit air,masak hingga kering.
Ulangi proses sehingga 4 kali sampai pecah/terbit minyak.
Tambah sedikit air (kepekatan ikut citarasa).
Masak hingga mendidih,seimbangkan easa biar cukup masin,masam dan manisnya.Sambal siap,ketepikan. - 5
Siapkan Nasi Putih.
Campur beras dan air dalam periuk,masak seperti biasa menggunakan rice cooker.
Tekan butang mula,biarkan nasi masak sepenuhnya. - 6
Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali (guna api sederhana).
Goreng ayam hingga garing/keperangan.Angkat dan toskan.Ayam Goreng siap,ketepikan. - 7
Hidangkan nasi bersama ayam goreng,sambal cili,ikan bilis goreng jika suka bersama ulam-ulaman mengikut citarasa.
Siap untuk dinikmati.
Resipi Sepertinya
-
Baked Papaya With Sweet Coconut Cream Baked Papaya With Sweet Coconut Cream
#BenderaOren1Dessert dari Marshall Islands.Betik yang ditabur dengan taburan gula di atasnya sebelum dibakar di dalam oven.Selepas itu diletakkan santan di bahagian tengahnya,biarkan dalam beberapa minit supaya santannya menyerap sedikit sebelum dinikmati.Resepi simple dan mudah tapi sedap yakmat.Rasa macam makan Sekaya Labu Thai,lemak manis berkrim.Seperti biasa ada derhaka sedikit pada cara membuatnya.:Sumber Pinterest. ha.lim39 -
🇧🇳Nasi Katok-Nasi Sambal 🇧🇳Nasi Katok-Nasi Sambal
#cppassport#mk89masakNASINasi yang simple ajer..tapi alhamdullilah sedap..Di Malaysia,mungkin sama dengan nasi lemak,tapi di Brunei ada cerita nya sendiri..Best jugak baca sejarah dari mana asal usul makanan ni..boleh terokai macam2 jenis makanan dan terciptanya nama makanan tersebut.... mamy_kitchen89 -
Nasi Lemak Nasi Lemak
#MerdekaPassportWP Kuala Lumpur.:Nasi Lemak memang menjadi pilihan no 1 rakyat Malaysia.Antara Nasi Lemak popular di Kuala Lumpur ialah Nasi Lemak Wanjo di Kampung Baru.Sambal Nasi Lemaknya memang memikat selera dengan berbagai lauk pilihan.Tak dapat ke Kuala Lumpur,kena masak sendirilah Nasi Lemak bersama lauk-pauknya. ha.lim39 -
Jus Tembikai Lemon Jus Tembikai Lemon
Bahan Layu Di Tasik Madu (RESCUE WHAT'S DYING).#CookEveryPart1Dah 2 hari potongan Tembikai Kuning tersadai dalam peti sejuk,tak laku-laku.Rasa tawarnya semacam siapalah yang nak makan kan?.Dari dibiarkan mengecut dan akhirnya jadi habuan Mr Tong Sampah buat jus sahajalah.Tambah Gula Perang dan perahan air Lemon,letak beberapa ketul kiub ais,alhamdulillah sedap.Sekejap je habis diminum. ha.lim39 -
Siakap Goreng Garing Sos Asam Jawa Siakap Goreng Garing Sos Asam Jawa
Siapa suka masakan campuran rasa masam,manis,masin dan pedas secukup rasa boleh cuba resepi ini,sedap uii makan dengan nasi panas-panas.Gerenti tambah nasi,takde lauk lain pun takpe.Jangan terkejut tengok sukatan Gula Perangnya sudah (ia digunakan untuk mengimbangi rasa masam dari air Asam Jawa dan air Lemon,juga rasa masin dari Sos Ikan. ha.lim39 -
Coconut Milk Pudding Coconut Milk Pudding
#BenderaOren1:Dessert dari Ivory Coast.Puding Lembut bersalut kelapa kering dengan rasa manis,lemak berkrim dari campuran gula perang,santan dan susu penuh krim. Ada derhaka sedikit pada bahannya.K.ha guna susu berperisa strawberi sebab itu sahaja stok yang ada di rumah.Sedap dimakan sejuk-sejuk.:Sumber Resepi - Pinterest ha.lim39 -
Nasi Saleeq Nasi Saleeq
Siapa pernah makan Nasi Saleeq ini pasti tahu tentang keenakannya yang tersendiri walaupun resepinya mudah dan ringkas sahaja.Nasi Susu Arab ini tidak asing lagi pada keluarga kami di sini.Sebelum wabak Covid-19 melanda,setiap kali kakak ipar (warganegara Saudi)balik bercuti bersama keluarganya di sini,dapatlah merasa keenakan nasi ini dan menu Arab yang lain lagi.Selama sebulan kami berkumpul hampir setiap hari,memasak dan menjamu selera beramai-ramai.Seronok dan meriah,rindu sangat untuk menikmati suasana seperti itu lagi.Sudah 2 tahun tidak dapat bersua-muka.Kebetulan suami minta masakkan Nasi Saleeq hari ini,dapatlah k.ha masukkan sekali resepinya di sini untuk cabaran Negara S Cookpad Malaysia. ha.lim39 -
Nasi Goreng Kicap Nasi Goreng Kicap
#BackToBasicSepanjang masa Lockdown ini tak dapatlah keluar ke pasar mencari barang dapur seperti biasa.Kena berjimat-cermat dan pandai mengolah resepi menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.Ada lebihan nasi semalam jadi k.ha masak nasi goreng sahaja.Teringat Nasi Goreng Kicap yang selalu aruah mak buat untuk kami.Resepi simple tak banyak bahan pun tapi cukup sedap pada kami.Kebetulan ada sedikit lagi baki dada ayam dan telur di dapur,jadi bolehlah masak resepinya hari ini.Walaupun tidak 100 % sama seperti masakan airtangan mak,dapatlah juga lepaskan kempunan dan rindu pada masakannya. ha.lim39 -
Koleh Ubi Keledek Ungu Koleh Ubi Keledek Ungu
#goldenapron2020#cookpadmalaysiaDulu masa nenek masih ada,Koleh Ubi Keledek ini sentiasa boleh dinikmati bila-bila masa.Aruah nenek penjual kuih-muih tradisional jadi kalau ada stok ubi keledek,koleh ini pasti ada.Dimasak menggunakan api arang,ada aroma tersendiri pada koleh ubinya wangi,lemak manis dan sedap sangat.Bila teringin nak makan koleh ni terpaksalah dibuat sendiri.Tak adalah dimasak dengan dapur arang,guna dapur gas sahaja.Mungkin tak sama 100 % dengan masakan nenek tapi rasanya tetap ada dan menjadi kegemaran seisi keluarga. ha.lim39 -
Putik Jagung Masak Lemak Cuka Putik Jagung Masak Lemak Cuka
Kalau ada umbut kelapa lagi sedap.Dah tak ada,guna sahajalah mana bahan-bahan yang ada.Berselera makan nasi,gu dengan ikan kering goreng,sedap sangat.Alhamdulillah. ha.lim39 -
Nasi Kuning Nasi Kuning
#MerdekaPassportNasi Kuning,resepi popular dari Sabah.Sedap nasinya.K.ha padankan dengan Dalca dan Ayam Goreng Berempah,alhamdulillah masuk.Kalau ke Tawau Sabah hidangan Nasi Kuning di Restoran Haji Tamrin memang menjadi pilihan.Sedap yakmat,dihidangkan dengan lauk pilihan seperti ikan goreng,ayam masak merah,telur rebus juga ulam timun. ha.lim39 -
Pisang Goreng Pisang Goreng
Ada satu gerai penjual pisang goreng berhampiran rumah.Sedap pisang gorengnya.Pisangnya rangup disalut dengan serbuk roti,lain dari pisang goreng biasa.Kalau datang awal bolehlah tengok dia membancuh tepung salutan pisang di situ.Sambil menunggu sempat juga curi-curi pandang apa bahan-bahan yang digunakannya.Lama juga proses memerhatinya, dah hafal dalam kepala,balik rumah cuba buat sendiri. Alhamdulillah menjadi walaupun mungkin tidak 100 peratus sama,oklah bila suami dan anak-anak suka. ha.lim39
Lebih Banyak Resipi
Komen