Sotong Kam Heong Cara Ku

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Kepala rasa pusing sedikit dari petang tadi gara-gara terkena hujan renyai-renyai sewaktu membuang sampah tengah hari tadi. Kalau emak saya/mak mertua saya nampak mesti saya kena marah sebab kata mereka hujan renyai-renyai tak elok kalau terkena kepala dan tubuh badan nanti boleh pening kepala dan mata dibuat nya. Ubat tahan sakit pun sudah ditelan, pening kepala ada terasa kurang sedikit tetapi mata terasa berat sangat. Ku gagahkan jugak memasak kerana siang tadi ada urusan di luar jadi tak sempat masak. Makanya masak campak-campak aje lah jawab nya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2kilo sotong katak (dipotong)
  2. Air secukup nya untuk mencelur sotong
  3. 3/4senduk minyak masak
  4. 2 batangserai (diketuk)
  5. 3inci halia (dihiris bulat)
  6. 7-9biji cili kering (dipotong serong dan direndam dalam air panas seketika, toskan)
  7. 1tangkai daun kari
  8. 5biji bawang merah (dihiris kasar)
  9. 3 ulasbawang putih (diketuk)
  10. 2sudu kecil membukit serbuk kari
  11. 3biji tomato (dipotong kasar)
  12. 2sudu besar sos cili
  13. 1/2 cawankicap masin
  14. 3/4sudu kecil serbuk perasa
  15. 2sudu besar gula
  16. 1 1/2sudu besar cuka
  17. 1/4labu bawang holland (dihiris kasar)
  18. Sedikitbijan (disangai) - optional

Cara Memasak

  1. 1

    Didihkan air dan celur sotong beberapa saat sahaja. Angkat sotong dan alirkan air paip/celup di dalam air sejuk seketika. Toskan. Panaskan minyak masak dan goreng serai, halia dan cili kering hingga naik bau.

  2. 2

    Masukkan bawang merah, bawang putih dan daun kari, kacau lagi seketika hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan gaul rata. Masukkan sotong.

  3. 3

    Masukkan kicap masin, sos cili, gula, serbuk perasa, cuka. Kacau sebati dan rata (adjust rasa ikut citarasa masing-masing). Masukkan bawang holland dan tomato, kacau sekejap dan tutupkan api kerana haba panas akan melayukan bawang holland dan tomato.

  4. 4

    Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya