Daging Masak Kicap

ani skmn
ani skmn @NorSukiman85

Yg ni versi simple je.. pakai apa yang ada kt rumah. Potong-potong campakk.. tp bila makan dengan nasi panas2 adudududu sedapp yakmaattt..

Daging Masak Kicap

Yg ni versi simple je.. pakai apa yang ada kt rumah. Potong-potong campakk.. tp bila makan dengan nasi panas2 adudududu sedapp yakmaattt..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 kgdaging
  2. 1 bijibawang besar (hiris)
  3. 3 ulasbawang putih (hiris)
  4. 1 incihalia (hiris)
  5. 1 batangkulit kayu manis
  6. 2 kuntumbunga lawang
  7. 4 bijibunga cengkih
  8. 4 bijibuah pelaga
  9. 2 sudusos tiram
  10. Kicap masin
  11. Kicap manis
  12. 3 bijicili padi (ketuk)
  13. Sedikitlada sulah
  14. Air
  15. Garam dan perasa (jika perlu)

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan daging ke dalam kuali. Masak tanpa menggunakan minyak. Tunggu sehingga air daging keluar dan kering. Saya guna daging yang ada lemak2 sedikit.

  2. 2

    Setelah air daging kering, masukkan sedikit minyak dan goreng daging sehingga agak empuk. Ketepikan daging. Tumis bahan2 hiris bersama rempah 4 sekawan sehingga wangi. Kemudian gaul bersama daging. Masakkan sebentar.

  3. 3

    Masukkan sos tiram, kicap masin dan kicap manis. Saya tiada sukatan untuk kicap kerana saya main renjis je dalam kuali. Agak2 je dan masukkan sedikit je air.

  4. 4

    Masukkan cili padi yang diketuk dan lada sulah. Rasa ikut tekak sendiri. Macam saya tak letak garam atau gula. Saya cuma seimbangkan dengan kicap masin dan manis tu je. Kalau nak kuah lebih bole tambah air.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ani skmn
ani skmn @NorSukiman85
pada

Komen

MocQue
MocQue @MocQue
Sedapnya, daging bahagian ni selalu beli 😍👏🏻

Resipi Sepertinya