Keceni Nanas (Pengilan Sarawak)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Salah satu menu hidangan apabila pergi menghadiri kenduri kahwin (pengilan panggilan kami di Sarawak.) Selain menu nasi minyak, menu ayam atau daging, sayur-sayuran, sambal goreng/tumis juga ada acar/jelatah atau keceni nanas sebagai menu pelengkap nya. Tak lupa juga hidangan pencuci mulut nya dan minuman.
Kalau di Sarawak, ada juga acara ‘Makan Nasi Temuan' atau 'Nasi Pertemuan' adalah simbolik pertemuan kali pertama di antara Pengantin Lelaki dan Pengantin Perempuan. Pengantin lelaki dan Pengantin Perempuan akan duduk menghadap masing-masing, kemudian pembantu akan membuka penutup nasi dengan kiraan 1, 2, 3. Adat perkahwinan Melayu Sarawak. Tujuan makan nasi temuan ini diadakan adalah satu simbolik hubungan suami isteri di dalam kehidupan seharian mereka.

Cc : @sasha_sabrina

Keceni Nanas (Pengilan Sarawak)

3 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Rebusan Nanas
  2. 1 bijinanas (225g), potong dadu/cincang
  3. 75 gmair (1/3 berat nanas)
  4. 1 helaidaun pandan, disimpul (pilihan)
  5. Bahan Tumis
  6. 3 sudu besar (50 gm)minyak sapi
  7. 1 paketrempah tumis
  8. 4 bijibawang merah kecil, dihiris
  9. 2 ulasbawang putih, dihiris
  10. Perasa
  11. 2 sudu besargula (adjust ikut kemasaman nanas)
  12. 1/2 sudu kecilgaram
  13. Topping
  14. 1 sudu besarkismis hitam/kismis kuning

Cara Memasak

  1. 1

    Rebus nanas, air dan daun pandan (saya tak letak) atas api sederhana besar sampai nanas layu dan lembut. Tutup api, keluarkan daun pandan dan ketepikan.
    TIPS: Kalau nanas masam, toskan nanas selepas rebus dan buang air. Isi lagi sikit air baru.

  2. 2

    Panaskan periuk dan cairkan minyak sapi/ghee sampai cukup panas. Tumis rempah tumis, bawang merah kecil dan bawang putih sampai bawang layu.

  3. 3

    Masukkan semua bahan tumisan tadi (termasuk minyak) ke dalam rebusan nanas dan kacau sebati. Renehkan selama 2 Minit. Masukkan gula dan garam, renehkan atas api perlahan selama 3 minit. Adjust rasa ikut citarasa jika perlu. Tutupkan api. Angkat dan tabur kismis hitam di atas nya. Siap untuk dihidang.
    TIPS: Kalau nak lebih sedap boleh simpan semalaman dan makan keesokkan hari nya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya