Nasi Tomato Pahang

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#merdekapassport

Biasa masak Nasi Tomato sebab inilah antara 'nasi istimewa' dan ia kenangan yang ditinggalkan oleh Arwah Mak Yani.

Hari ni baru ketahuan bahawa Nasi Tomato ni berasal dari negeri Pahang 😊...

Menurut carian yang dibuat di google, Nasi Tomato merupakan salah satu hidangan tradisional orang Melayu negeri Pahang yang sangat popular. Ia biasanya dihidangkan semasa majlis perkahwinan tradisional Melayu dan pertunangan, perayaan Melayu seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan juga sesuai untuk makan tengahari dan makan malam.

Rasa hidangan nasi tradisional ini adalah manis kerana pes tomato diadun dan dicampur dengan beras. Kadang-kadang, kismis dan kacang gajus juga turut ditambah ke dalam campuran untuk memberikan rasa yang lebih pelbagai.

Nasi Tomato didatangkan dengan ayam masak merah atau ayam rendang, daging, pajeri nanas dan dalcha.

Ok, jadi hari ni Yani kongsikan cara Yani memasak Nasi Tomato bersama lauknya.

Nasi Tomato Pahang

10 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
4-5 orang
  1. Bahagian A : Nasi Tomato
  2. 1 1/4 cawanberas Basmathi (dicuci dan rendam 1/2 jam)
  3. 1 1/2 cawanair
  4. 1/2 tinsusu cair
  5. 2biji tomato (dipotong dadu)
  6. 1senduk kecil tomato puri dalam tin
  7. 1/2 sudu makangaram
  8. 1pek kecil Rempah 4 beradik
  9. 100 gbutter / minyak sapi
  10. 3 ulasbawang putih (dihiris)
  11. 1inci halia (dihiris)
  12. 1biji bawang besar (dihiris)
  13. 3 helaidaun pandan (disimpul)
  14. 1 batangserai (diketuk)
  15. 1pek kecil kismis
  16. 1/2 tinkacang pis dalam tin
  17. Bahagian B : Ayam Masak Merah
  18. 10ketul bahagian ayam (digaul kunyit dan garam dan digoreng)
  19. 3/4baki tomato puri dalam tin
  20. 1/2 cawanair
  21. 1 batangserai (diketuk)
  22. 1inci halia (dihiris)
  23. 3 ulasbawang putih (dihiris)
  24. 1biji bawang besar (dihiris bulat)
  25. 1/2baki kacang pis dalam tin
  26. 1 batanglobak merah (hiris bulat)
  27. 1sudu kecil garam
  28. 3 sudu makangula
  29. 4-5 sudu makanminyak (untuk menumis)
  30. Bahagian C : Acar Jelatah
  31. 1 batangtimun (dibuang bahagian tengah, hiris panjang)
  32. 1 batanglobak merah (dihiris panjang)
  33. 1tangkai cili merah (dihiris)
  34. 1/2 sudu makangaram
  35. 3 sudu makangula
  36. 1biji bawang besar (dibelah 2 dan dihiris)

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Panaskan kuali, cairkan butter dan tumis rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) bersama bawang putih, halia, serai dan bawang besar. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, pindahkan bahan tumis ke dalam periuk nasi, masukkan tomato yang dipotong dadu, daun pandan dan tomato puri. Masukkan beras yang telah ditoskan air rendamannya. Masukkan 1 1/2 cawan air dan 1/2 tin susu cair. Masukkan garam, kismis dan kacang pis. Kacau rata semua bahan.

  2. 2

    Masak nasi sehingga periuk nasi bertukar daripada "cook" kepada"warm". Setelah siap, baru kacau nasi dengan lembut untuk elak nasinya patah.

  3. 3

    Panaskan minyak dikuali, goreng ayam tetapi tak perlu sampai terlalu garing. Setelah siap menggoreng dan ayam telah diangkat, guna minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan baki tomato puri, masukkan air, gula dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan ayam goreng tadi. Masukkan baki kacang pis dan lobak merah. Masukkan juga hirisan bawang besar. Kacau rata, kemudian siap.

  4. 4

    Timun, lobak merah,bawang besar dan cili dihiris. Campurkan semua bahan di dalam bekas, masukkan gula dan garam. Gaul rata. Simpan di peti sejuk seketika. Siap.

  5. 5

    Apabila nak makan, hidangkan nasi tomato bersama ayam masak merah dan acar jelatah. Selamat menjamu selera. 😊👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya