Bubur Pedas

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Bila dengar bubur pedas mesti ramai yang tertanya-tanya apa tu bubur pedas? Kebanyakannya bubur ni dikaitkan kepada sesuatu rasa yang manis melainkan bubur nasi. Secara jujur nya saya juga tidak tahu kenapa ianya dinamakan bubur pedas kerana menu masakan ni memang dari zaman dulu-dulu lagi. Mungkin tekstur nya yang sedikit cair sebab itu dinamakan bubur dan pedas tu kerana memang ada rasa pedas. (Itu pendapat saya)
Bubur pedas adalah hidangan bubur tradisional untuk orang Melayu di Sambas, Kalimantan Barat (Indonesia) dan Sarawak (Malaysia). Ia biasanya disajikan pada bulan Ramadan setelah umat Islam mengakhiri puasa pada waktu iftar. Penyediaan nya tidak la begitu rumit tetapi memerlukan bahan yang banyak dan kesemua bahan tersebut harus la diracik halus (itu kalau di Sarawak). Sebenarnya bahan-bahan itu boleh ikut citarasa masing-masing.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10 - 11 orang
  1. 1paket (300gm) serbuk rempah bubur pedas
  2. 7biji bawang merah*
  3. 5 ulasbawang putih*
  4. 2 1/2inci halia*
  5. 11biji cili kering*
  6. 1 1/2 cawanminyak masak
  7. 2mangkuk besar (750ml) daging berserta urat (kulit lembu, perut lembu juga boleh. Direbus dahulu dan ditos, dihiris kecil)
  8. 2.5 literair (kalau nak lebih kuah boleh tambah)
  9. 1paket fucuk (direndam dan dihiris halus)
  10. 2 cawankacang tanah tanpa kulit (direndam)
  11. 1mangkuk besar cendawan hitam (direndam dan dihiris halus)
  12. 4biji ubi kentang (dikupas kulit dan dipotong dadu kecil)
  13. 1/2mangkuk besar lobak merah (dicincang halus)
  14. 1mangkuk besar rebung (dihiris halus dan direbus dahulu & toskan)
  15. 1mangkuk besar suhun (saya gantikan dengan bihun sebab takde)
  16. 1mangkuk besar (750ml) daun mengkudu muda (dihiris halus)
  17. 1/2mangkuk besar pucuk bebuas (dihiris halus)
  18. 1-2 helaidaun kunyit (dihiris halus)
  19. 1mangkuk besar kacang panjang (dihiris halus)
  20. 2 1/2sudu kecil garam
  21. 2 1/2sudu kecil serbuk perasa
  22. 1sudu besar gula
  23. 500 mlsantan kotak Ayam Brand

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan kesemua bahan. Kisar halus bahan yang bertanda*

  2. 2

    Sediakan kesemua bahan.

  3. 3

    Sediakan kesemua bahan.

  4. 4

    Sediakan kesemua bahan.

  5. 5

    Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar hingga kekuningan. Masukkan serbuk rempah bubur pedas dan sedikit air, kacau hingga pecah minyak. Masukkan hirisan daging dan kacau rata.

  6. 6

    Masukkan air kacau rata, masukkan fucuk, ubi kentang, lobak merah, cendawan hitam, kacang tanah dan rebung. Masak hingga sayuran menjadi lembut dan menggelegak. Masukkan bihun, daun mengkudu, daun kunyit, pucuk bebuas dan kacang panjang. Kacau rata.

  7. 7

    Kecilkan api. Masukkan santan, garam, serbuk perasa dan gula (ikut selera masing-masing). Kacau lagi biar sebati.
    NOTA: Jika mahu cair boleh ditambah air. Saya suka sedikit cair kerana apabila sejuk bubur pedas akan menjadi pekat. Terpulang ikut selera masing-masing. Tutupkan api dan boleh la dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (12)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Apa2 je blh uchu. Mcm yg akak bgtau tu, sayur2n tu ikut citarasa msing2

Resipi Sepertinya