Cara Memasak
- 1
Cuci bersih daging. Bancuh serbuk kerutuk dengan sedikit air dan gaul bersama daging. Perapkan sebentar.
Kisar bahan-bahan sehingga halus. Panaskan minyak dan tumis bahan rempah tumis, bahan kisar dan cili kering sehingga pecah minyak.
- 2
Bila dah pecah minyak, masukkan daging yang diperap tadi, kacau sebentar supaya bahan sebati dan masukkan sedikit air. Masak di atas api perlahan supaya tidak hangus. Saya masak sehingga pecah minyak lebih kurang setengah jam.
- 3
Masukkan santan, kerisik, garam dan ajinomoto jika suka atau apa-apa bahan perasa tambahan. Masak sebentar dan saya tukar masak di dalam pressure cooker supaya daging betul-betul lembut. Saya guna mode 'meat' masa 15 minit.
- 4
Kemudian saya tukar ke kuali semula dan masak sebentar sehingga agak memekat dan pecah minyak. Terpulang masing-masing, jika nak berkuah boleh skip step ni.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kerutuk Daging Ramadan Kerutuk Daging Ramadan
Ramadan 2025 Challenge 2 :Ramadan Tiba ! 🕌🌙(15/2025) Aza Aaj -
-
-
Kerutuk Daging Kerutuk Daging
263/2025 (2249/2500)A Taste of MalaysiaSelamat menjamu selera dan Selamat Hari Malaysia yang ke 62 geng! 🧡🌺🇲🇾Alhamdulillah. Kerutuk jadi pilihan untuk Uchu partnerkan dengan pulut kuning. Masakan kerutuk tersohor di negeri Kelantan tapi tak asing pun bagi Uchu sejak kahwin dengan orang Besut, Terengganu. Walaupun terletak di Terengganu, sebenarnya Besut pernah berada dalam Jajahan Kelantan suatu masa dulu. So, budaya makanan dan bahasa memang masih dipengaruhi Kelantan.Biasanya beli rempah kerutuk timbang dari pasar di kampung suami. Lama dah tak balik kampung sebab mertua yang selalu datang ke rumah anak2. So kalini guna rempah kerutuk yang ada kat pasaran je. Kurang gelap warna rempahnya tak seperti selalu yang digunakan. Rasanya ok je.Tak cukup rupanya kerutuk daging yang Uchu buat sebab anak makan dengan nasi jugak. Kena tambah pulak dengan ayam memandangkan pes kerutuk yang Uchu lebihkan tadi masih ada. Anak lelaki Uchu ada bertanya, kenapa ummi tak buat rendang? Rendang pun kegemaran anak2. Uchu cuma jawab, abie lagi suka kerutuk dari rendang. Alhamdulillah, jadi sarapan suami sebelum pergi kerja.Next time lah ummi buat rendang ye abang. Sesimple Loralin -
-
Kerutuk Ayam Kerutuk Ayam
💚2205/3k💚💚146/2025💚#CookpadApron2025#CA2025#WEEK16#Ayam#Serai#Santan#Cili#Halia mamy_kitchen89 -
Kerutuk daging buku besar Kerutuk daging buku besar
Kerutuk dan kari adalah 2 hal yg berbeza 🤭🤭. Rempah kari dibuat dgn menjemurkan bahan² rempah nya manakala kerutuk bahan2 rempah nya di goreng atau dibakar ( klau xsalah lah 😅😅). Di kelantan rempah ni byk jenama dan pilihan, mcm2 jenama boleh pilih. Saya skrg lagi suka makan rempah cap orang masak macam2 jenis kari keluaran dr mereka. Jomlah cuba kerutuk daging buku besar, buku besar tu merujuk kpd hirisan daging yg dihiris besar ² klau nk buat kecik² pun boleh je. Selamat mencuba 🤗🤗🤗 KAM -
Kerutuk telur Kerutuk telur
#telurantarabangsaKerutuk adalah makanan tradisional kelantan, selalunya kerutuk menggunakan daging dan ayam. Kali ini saya menggunakan telur yg direbus selepas itu, telurnya digoreng sebentar agar kuah kerutuk dapat menyaluti telur ini. Apa yang membezakan kari dan kerutuk adalah cara rempah disediakan. Rempah kerutuk bahan²nya digoreng dahulu barulah diproses warnanya agak gelap sedikit berbanding kari biasa. Kerutuk kini senang didapati, kerutuk telur biasanya lebih enak jika dibuat dengan telur itik disebabkan tak ada stok saya gantikkan dengan telur ayam. Saya ingin memperkenalkan resepi kerutuk ini sebab kebanyakan negara ada karinya tersendiri, jadi kerutuk juga boleh diterima baik dimana² sahaja kerana kelazatannya. Selamat mencuba ❤️. KAM -
Kerutuk Leher Ayam Kerutuk Leher Ayam
#goldenapron23week12Terkejut anak-anak kenapalah ada leher ayam sebagai hidangan .memecahkan kesunyian bila si abang tak kasi adiknya makan , bimbang bila bersanding nanti lehernya terteleng.Walauapapun licin juga pinggan yang berisi kerutuk leher ayam.k Ani Delighted -
Daging Masak Kerutuk Daging Masak Kerutuk
First time buat masak kerutuk ni..sya guna rempah kerutuk adabi dan masak berpandukan cara² kat packaging tu cuma sya tambah sikit rempah.. shazrina -
Kerutuk Daging Kerutuk Daging
367/2024 (1920/2K)Global Apron Challenge 36: Berkuah#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:R- daging R-kerisik R-santanIni feveret anak2 Uchu dan MIL. Semasa menumis, si abang terkam masuk dapur, terus teka, ummi masak kerutuk ke? 😄 kemudian, balik pulak cenonet dari tadika terus berlari dari muka pintu depan ke dapur, bertanya, ummi masak kerutuk ke? Tersengeh2 kakak cenonet peluk ummi. Suka sangat dia. Syukur alhamdulillah, rasa happy bila tengok muka anak2 happy..Kuah kerutuk ni terpulang pada kita nak buat sedikit cair atau pekat. Uchu buat tak cair sangat, tak pekat sangat.. Sesimple Loralin -
Kerutuk Daging #week2 Kerutuk Daging #week2
#bazaarramadan #week2 #goldenapron2020 Alkisah encik suami mengidam nak makan daging kerutuk upin ipin (ada 1 kedai jual nasi si penjual muka mcm upin ipin) maka kakak buatla demi menunaikan hasrat nya kan. Jadi kakak buatla walaupun rasa x sama tp seakan2 tu kira menjadi lah tu ye. Apa buktinya ialah encik suami makan bertambah2 uols.. bukan tu je anak2 pun sama. Burppp! Alhamdulillah gembira lah seluruh ahli keluarga. Dek kerana ayah depa duk ngidam semua pun dapat makan kerutuk sedap pulak tu eh. Nuharahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen