🥩🥕🥔Bubur Daging Simple🥔🥕🥩

Cookies Monster 🍪
Cookies Monster 🍪 @kukimonster

Rindu makanan masa belum stabil.. Menu pilihan bila rasa tak berapa sihat.. pening kepala dan perut pun macam tak kena... cuaca hujan selalu.. makan bubur panas atau comfort food sahaja.

Sebelum ini memang bubur ni la makanan harian yang bantu nurul survive. Sehingga ank pertama da lahir masih bubur, soft food. Sekarang da boleh makan nasi, alhamdulillah.💕 Tapi masih bentuk blend nasi bersama lauk.

🥩🥕🥔Bubur Daging Simple🥔🥕🥩

2 orang bercadang membuatnya

Rindu makanan masa belum stabil.. Menu pilihan bila rasa tak berapa sihat.. pening kepala dan perut pun macam tak kena... cuaca hujan selalu.. makan bubur panas atau comfort food sahaja.

Sebelum ini memang bubur ni la makanan harian yang bantu nurul survive. Sehingga ank pertama da lahir masih bubur, soft food. Sekarang da boleh makan nasi, alhamdulillah.💕 Tapi masih bentuk blend nasi bersama lauk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1/2 cawanberas
  2. 1 bijibawang kecil (hiris)
  3. 2 ulasbawang putih (hiris/ketuk)
  4. Sedikithalia (hiris)
  5. Secukupnyaair ikut citarasa kepekatan bubur, jenis beras
  6. Secukupnyadaging ikut citarasa (hiris kecil)
  7. 1 bijikentang (potong dadu)
  8. 1 batanglobak merah saiz sederhana (potong dadu)
  9. SecukupnyaGaram (ikut citarasa)
  10. Daunsup/daun bawang (optional hiasan n tambahan rasa)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan hiris.

  2. 2

    Masukkan ke dalam satu periuk bersama air secukupnya dan beras yang telah dibersihkan.

  3. 3

    Reneh perlahan hingga didih dan mencapai tekstur, kepekatan yang dimahukan.

    nota : Saya suka lebih air sebab nak ceduk air kanji bubur. Air kanji/ rice milk sangat bagus bagi orang yang ada masalah penghadaman. Apatah lagi bila direbus begini ada minyak dari daging itu sendiri. Ceduk keluar air kanji yang dimahukan bila da betul2 didih agak lama sedikit. Biarkan bubur terus masak ke tekstur yang kita mahu selepas itu.

  4. 4

    Siap untuk dinikmati. Tambah garam n serbuk lada sulah jika mahu. Tabur hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng untuk hiasan. 😋😋😋

    Maaf xde gambar sebab da terus makan bila siap..🤭

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Cookies Monster 🍪
Cookies Monster 🍪 @kukimonster
pada
Hi! Saya seorang herbalist..botanist☺️.tapi suka makan kek n biskut jugaaa😌Love gardening n explore new things..🧙Enjoy cooking, baking very mucchhhdan... suka cuba resipi kuban2🤭🤭follow la kiter kat🫶fb/iG /sopee : @lamanaifatiya🫶https://t.me/lamanaifatiya
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya