Kari Ikan Indian Style

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

#ChooseToCook #IndianFood

Kalau makanan india yang sinonim dengan Malaysia ni, semestinya lah kari.

Ada pelbagai cara nak masak kari. Salah satu caranya, ala mamak tanpa santan.

Memang padu, nalarekek, tangan pun melekat bau kari. Boleh makan dengan roti canai, capati atau nasi. Kalau dengan nasi wajib laa ada sambal belacan & ulam. Perghh.

Kari Ikan Indian Style

5 orang bercadang membuatnya

#ChooseToCook #IndianFood

Kalau makanan india yang sinonim dengan Malaysia ni, semestinya lah kari.

Ada pelbagai cara nak masak kari. Salah satu caranya, ala mamak tanpa santan.

Memang padu, nalarekek, tangan pun melekat bau kari. Boleh makan dengan roti canai, capati atau nasi. Kalau dengan nasi wajib laa ada sambal belacan & ulam. Perghh.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
8 orang
  1. 2 ekorikan tongkol hitam (saiz sedang, boleh guna ikan lain)
  2. 4 bijibawang besar*
  3. 3 ulasbawang putih*
  4. 2 incihalia*
  5. 3 bijibawang merah kecil*
  6. 1 cawanminyak masak
  7. 1 sudu besarhalba campur
  8. 1/2 cawandaun kari
  9. 1 paketrempah kari ikan
  10. 1 paketrempah kari daging
  11. 2 sudu besarserbuk cili
  12. secukupnyaAir
  13. Lada besar hijau
  14. 2 bijitomato (belah 4)
  15. secukup rasaGaram dan pes asam jawa
  16. Terung (belah 2)

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Hiris halus bahan tanda *

    Panaskan minyak. Tumis halba campur dan daun kari sampai naik bau. Masukkan bahan hiris dan kacau sehingga garing keperangan.

    Tambah rempah kari dan serbuk cili. Kacau sampai garing.

  2. 2

    Tambah 1/2 cawan air, kacau hingga garing dan pecah minyak. Ulang step ni 3 kali hingga rempah betul2 masak.

    Masukkan lada besar hijau dan tomato. Kacau. Tambah air ikut citarasa nak kuah banyak, cair atau kuah pekat. Perasakan dengan garam dan asam jawa secukup rasa. Kacau dan biar mendidih.

  3. 3

    Masukkan ikan. Kacau perlahan. Kecilkan api, tutup kuali/periuk. Reneh 15 minit. Kacau sekali sekala.

    Masukkan terung. Kacau dan tutup kuali. Biar dalam 10-15 minit.

  4. 4

    Bila semua masak sekata, tutup api. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya