Tomyam Pok Tek Ala Thai

Masak tomyam Pok Tek inspirasi daripada @sirap_longan.
Kalau masak tomyam ala-ala thai ni akak suka masukkan sekali akar ketumbar. Wangi jer bau dia..
Tomyam Pok Tek Ala Thai
Masak tomyam Pok Tek inspirasi daripada @sirap_longan.
Kalau masak tomyam ala-ala thai ni akak suka masukkan sekali akar ketumbar. Wangi jer bau dia..
Cara Memasak
- 1
Masukkan air, serai, lengkuas, akar ketumbar, bawang putih & pes tomyam kedalam periuk.
Masak sampai mendidih.
- 2
Masukkan sotong, udang serta seleri, cilipadi merah dan bawang holand.
Masukkan juga sos ikan. Kacau rata & biarkan sekejap.
- 3
Masukkan pula daun limau purut, karot, bunga kobis dan brokoli. Kacau dan teruskan memasak sampai sayur agak lembut.
- 4
Tuangkan susu cair, kacau sebati.
- 5
Masukkan tomato, kacau sekejap terus padamkan api.
- 6
Perahkan limau nipis dan taburkan hirisan daun ketumbar.
- 7
Sedia untuk dihidang.
Resipi Sepertinya
-
Tomyam Poktek ala Thai Tomyam Poktek ala Thai
Setiap kali makan kat restoran Thai wajib order tomyam. Lama dah duk perati nape tomyam kedai Thai ni rasa dia lain dari kedai biasa. Sedap sangat macam ada sesuatu. 😂Bila dah tau rahsia dia aku cuba la buat. Serius la memang sedap. Rasa pedas pedas masam masin lemak berkrim di sukai ramai. Gituhhh! 😁Kalau buat tomyam ni anak anak la paling suka. Dorang meratah gitu je sampai berpeluh peluh. Sedap di makan dengan nasi dan telur dadar panas panas. Perfectooo 👍SELAMAT MENCUBA! 😋#goldenapron2020#minggu23#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Tom Yam Ala Thai Tom Yam Ala Thai
Hari ni masak Tomyam Ala Thai...anak-anak suka makan.Buat sendiri puas hati.Berulang-ulang makannya...Lunch Sihat... Muniroh Annuar -
Tomyam Ayam & Sayur Tomyam Ayam & Sayur
Ramadan-21: Menu harini, tomyam ayam & sayur. Bukan stail Thai, bukan juga stail restoran Thai. Tapi, stail arwah mak. Sayur mesti banyak. Disebabkan harini ada ayam sahaja, jadi, itu sahajalah protein dalam tomyam ni. Saya masukkan juga akar & daun ketumbar sebab saya sukakannya. Kalau arwah mak masak, dia tak letak pun. Bau lipas katanya. Sos ikan pun saya masukkan sikit ke dalam tomyam ni. Ye lah. Lain orang, lain citarasanya 😁.Insyaallah, sedap. Cuma, ada satu problem. Menu ni, walaupun saya dah sedaya upaya nak masak sikit, mesti jadi banyak jugak. Padahal yang nak makan cuma kami dua beradik je bukannya sekeluarga, lima beranak macam zaman kecil dulu 😅.Cara makan pula, saya & adik suka masukkan nasi ke dalam mangkuk yang berisi tomyam. Makan pulak berulang kali. Itulah sebabnya kenapa kalau arwah mak masak tomyam mesti banyak. Sekuali terak bak kata orang lama 😍.#shikinsaerahrecipe #cookbyshikinsaerah Noor Ashikin Saerah -
Tomyam Ayam (Creamy Version) Tomyam Ayam (Creamy Version)
#ThaiStyleKulit udang dan akar ketumbar. Ramai yang buat macam ni..tetapi sebelum ni tatau nak guna istilah Mottainai!Tomyam ni Uchu guna pes tomyam homemade. Uchu juga gunakan susu full cream dan susu pekat sebagai pemekat kuah. Sesimple Loralin -
TomYam Seafood Thai TomYam Seafood Thai
#globalapron2024#challenge33#Atasteofthai 🇹🇭Masak tomyam thai ni memang ringkas walaupun bahan nya agak banyak. Tanpa mengunakan minyak tapi rasanya cukup, masam, masin, manis, pedas dan sayuran yang banyak.Magic pantryDaun ketumbarDaun limau purutHaliaLengkuasLimau nipisTomatoSeraiCili thaiGula nisan thaiPes cili thaiSotong Ani Delighted -
Tomyam Putih Tomyam Putih
Masak Apa Hitam Putih atau PinkKebetulan akk buat tomyam putih.. Rasa dah lama tak hirup kuah tomyam..Masam² pedas wangi daun ketumbar dan limau purut tu mcm mengoda jer tekak..😁 Anur Musa -
Tomyam Seafood (Sotong & Udang) Tomyam Seafood (Sotong & Udang)
Kita gandingkan depa dua ni dalam kuah tomyam yang masam-masam pedas. Memang ngam sangatlah.Sedap hirup kuah dia panas-panas 😋.Boleh pecah peluh dibuatnya...Sedikit tips...*Akak suka guna pes tomyam (dalam gambar tu) sebab rasa dia perfect macam makan tomyam kat kedai.*Lepas masukkan susu jangan biar kuah mendidih sangat sebab nanti dia jadi berketul.*Jus limau nipis tu kita perah lepas padamkan api untuk mengekalkan rasanya dan elak susu berketul-ketul. Norashikin Rahmat -
Tomyam Siakap Ala Thai Tomyam Siakap Ala Thai
Buat tomyam siakap inspirasi daripada cookpader RH Kitchens tetapi dengan olahan pada bahan dan cara penyediaannya ikut kesesuaian bahan yang ada didapur saya 😚.Jom tengok resipi. Norashikin Rahmat -
Tomyam Thai Tomyam Thai
Tomyam thai ne sedap hirup kuah nya.. lauk2 sayur2 ikut suka kita nak bbuh apa.. Anur Musa -
Tomyam Thai Tomyam Thai
Tomyam thai ni akak recook resipi adik Fimo. Memang sedap makan panas-panas bersahur tadi. Berselera sahurnya. Cempaka Putih -
Tomyam putih ala thai Tomyam putih ala thai
#bazaarramadan#goldenapron2020bila dah masuk hari ke 15 puasa, anak bujang saya minta masakkan menu ringkas tomyam kegemaran dia. Saya minta dia masak sendiri sementara saya bagi arahan. Sambil dia tolong, boleh la saya masak menu lain. resepi ringkas ni paling senang nak ajar anak-anak kat dapur. selamat mencuba! Cik Roshie -
Tomyam Simple Tomyam Simple
Tomyam ni simple aje...penuh dengan sayuran..anak-anak suka meratah begitu saja... Muniroh Annuar
Lebih Banyak Resipi
Komen