Sup Ayam Goreng

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

280/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1675 #pejuang2kresipi
Ada kisah kelakor dalam resipi ni🤭😆. Nak share juga in case korang boleh betulkan mistake ketika memasak ataupun korang berhadapan dengan situasi anak2 ke yang tak boleh makanan tanpa digoreng. Ini alternatif. Btw rasanya sedap je😋
.
Kisahnya sebelum hakak p klinik untuk rawatan akar (Khamis) dah siapkan bahan untuk buat sup ayam. Masak moi pun siap2 dah. Bajet2 balik treatment sohih sakit gigi dan kena makan soft food. Tapi yang berjaya hanya buat moi. Ayam simpan dulu dalam freezer. Sebab Ada lak orang kgmeninggal mak nak p ziarah. Jadi hajat nak masak tu terbantut 😅
.
Balik klinik, gigi tak sakit. Tapi kepala dah mula berdenyut2 🥴. Jadi rehat sat. Elok masuk je dapur dan keluarkan bahan masak sup. Suami call kata kereta dia problem dan hakak kena ambil dia kat sekolah😅😂🤣. Dengan jauh, sakit kepala dan mengadap jem. Hadap jela. Sampai rumah je. Mak hantar lauk. Haa settle tak payah masak dah 😌. Malam terus demam.
.
Esoknya demam makin teruk (Jumaat). Nak masak sup ayam tak larat. Tu tunggu suami balik kerja dan masak. Udah sebut sup ayam 100x 😂. Dia p goreng ayam. Last2 dengan laju dia p tumis bahan dan buat sup ayam guna ayam goreng tu je 🫠. Bila hidang, hakak tanya kenapa ayam sup ni garing? Dia cakap dia lupa🥺. Allah, in case dia goreng je pun. Hakak makan juga. Lagipun mulut pahit. Tak lalu makan pun. Jadi masak apa2 pun ok je. Tak perlu susah2 🥴. Hari ni (Sabtu) try rasa lagi, bila Ada selera. Sedap je. Tq😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam
3-4 orang
  1. Ayam Goreng :
  2. 4-5 ketulayam
  3. Sedikitserbuk kunyit
  4. Secukupnyagaram
  5. Bahan Sup :
  6. 1 ulasbawang besar (dihiris)
  7. 3 ulasbawang putih (dihiris)
  8. 1 incihalia (dihiris)
  9. 1 batangkulit kayu manis
  10. 2 kuntumbunga lawang
  11. 3-5 kuntumbunga cengkih
  12. 2 sudu besarrempah sup
  13. 2 literair
  14. 2 bijiubi kentang (dipotong 4)
  15. Secukupnyagaram
  16. Sedikitserbuk cukup rasa
  17. 1 pokokdaun sup (dihiris)
  18. Sedikitbawang goreng (garnish)

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Ayam digaul garam dan serbuk kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat dan toskan minyak.

  2. 2

    Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga naik bau. Masukkan rempah sup padan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.

  3. 3

    Masukkan kentang, ayam goreng tadi beserta air. Reneh seketika.

  4. 4

    Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Taburkan daun sup. Didihkan seketika dan tutup api.

  5. 5

    Taburkan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.

  6. 6

    Selamat mencuba 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen (2)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Takut bini setat membebel lettew 😆

Resipi Sepertinya