👩‍🍳Kuey Teow Kung Fu

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 12: Tiruvasi

Cooksnap resipi AzhadaSyuhada
@cook_22062603
Sy mencari2 resipi Kuey Teow Kungfu kerana sy memang sangat suka kuey teow ni. Terjumpa resipi ini, tapi agak kurang membantu kerana terlalu ringkas dan kurang maklumat kuantiti bahan.

Jadi misi sy kali ini ialah meniru dan membaiki resipi ini dengan menggunakan bahan2 dalam List magic pantry serta menambah bahan2 lain supaya hasilnya menjadi lebih sedap dan meriah🤗

Kuey teow (1 p)
Brokoli (2 p)
Lada sulah
Total=3 p✅

#GlobalApron2024
#Challenge12
#Tiruvasi
#KueyteowBrokoli

2099/3K
243/2024

👩‍🍳Kuey Teow Kung Fu

9 orang bercadang membuatnya

Global Apron 2024 Challenge 12: Tiruvasi

Cooksnap resipi AzhadaSyuhada
@cook_22062603
Sy mencari2 resipi Kuey Teow Kungfu kerana sy memang sangat suka kuey teow ni. Terjumpa resipi ini, tapi agak kurang membantu kerana terlalu ringkas dan kurang maklumat kuantiti bahan.

Jadi misi sy kali ini ialah meniru dan membaiki resipi ini dengan menggunakan bahan2 dalam List magic pantry serta menambah bahan2 lain supaya hasilnya menjadi lebih sedap dan meriah🤗

Kuey teow (1 p)
Brokoli (2 p)
Lada sulah
Total=3 p✅

#GlobalApron2024
#Challenge12
#Tiruvasi
#KueyteowBrokoli

2099/3K
243/2024

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. Bahan Gaul Kuey Teow:
  2. 1 pekKuey teow*
  3. 2 sbKicap lemak manis-adabi
  4. 1 stSerbuk lada sulah*
  5. Bahan Kuah:
  6. 1 stBawang putih kisar
  7. 1/2 cawanfloret Brokoli*
  8. 1/2 cawanfloret Cauliflower
  9. 1/4 batangCarrot- potong mancis
  10. 3putik jagung- potong
  11. 4 tangkaiDaun bawang- hiris halus
  12. 4 tangkaiSawi pak choy
  13. 1-2 bijiTelur
  14. 8 ekorUdang-buang kepala bersihkan
  15. 4 ekorSotong-bersihkan dan potong
  16. 3 batangfish cake- potong
  17. 3 tangkaicili padi-ketuk
  18. 1 stSerbuk lada sulah*
  19. 2 sbsos sea food adabi
  20. 1 sblada hitam tumbuk kasar
  21. 1 Kiubayam
  22. 3-4 cawanair(sesuaikan jumlah air)
  23. secukup rasaGaram
  24. 1-2 stTepung jagung (adjust ikut kepekatan) dan 1 sb air
  25. Minyak masak- untuk menumis

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan bahan2

  2. 2

    Sediakan kuey teow*:

    Tuangkan kicap lemak manis dan serbuk lada sulah* ke atas kuey teow, gaul rata. Biarkan seketika. Goreng kuew tiaw tadi di atas kuali tanpa minyak. Ketepikan.

  3. 3

    Sediakan kuah:

    Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, sotong dan fish cake. Tumis lagi.

  4. 4

    Masukkan sos seafood Adabi, serbuk lada sulah*, serbuk lada hitam kasar dan kacau sebati.

    Masukkan air, semua sayuran,brokoli*, fish cake, dan kiub pati ayam. biarkan mendidih.

  5. 5

    Pecahkan 2 biji telur. Asingkan telur putih dan kuning dalam bekas berlainan.

    Masukkan putih telur dahulu ke dalam kuah yang sedang mendidih bersama sawi pak choy.

    Masukkan bancuhan tepung jagung dan air. Akhir sekali masukkan kuning telur, biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan cukup rasa.
    Tutup api.

  6. 6

    Cara menghidang:
    Tuangkan kuah panas2 ke atas kuey tiow yang sudah digoreng.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya