👩‍🍳Kuih Seri Muka Gula Merah Sukatan Cawan

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 16: Sukatan Cawan

Sedap betul kuih seri muka gula merah, memang dah lama tak makan ni. Elok juga ada challenge, sekurangnya tak lupa lagi kuih tradisional ni🤗

Beras pulut (1 p)
Santan (1 p)
Gula merah (2 p)
Daun pandan (1 p)
Tepung ubi (1 p)
Tepung gandum(R)
Tepung jagung (1 p)
Telur (R)
Total=7p✅

#GlobalApron2024 #Challenge16
#SukatanCawan
#BeraspulutSantanGulamerahDaunpandan
#TepungubiTepungjagung

2133/3K
277/2024

👩‍🍳Kuih Seri Muka Gula Merah Sukatan Cawan

16 orang bercadang membuatnya

Global Apron 2024 Challenge 16: Sukatan Cawan

Sedap betul kuih seri muka gula merah, memang dah lama tak makan ni. Elok juga ada challenge, sekurangnya tak lupa lagi kuih tradisional ni🤗

Beras pulut (1 p)
Santan (1 p)
Gula merah (2 p)
Daun pandan (1 p)
Tepung ubi (1 p)
Tepung gandum(R)
Tepung jagung (1 p)
Telur (R)
Total=7p✅

#GlobalApron2024 #Challenge16
#SukatanCawan
#BeraspulutSantanGulamerahDaunpandan
#TepungubiTepungjagung

2133/3K
277/2024

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
8 orang
  1. Bahan2 lapisan pulut :
  2. 2 cawanberas pulut* (rendam selama 2 jam)
  3. 1 1/2 cawansantan*
  4. 1 stgaram
  5. Bahan2 lapisan atas:
  6. 1/2 cawangula pasir
  7. 3/4 cawangula merah*
  8. 1 cawanair
  9. 1 helaidaun pandan*
  10. 1 1/4 cawantepung gandum*
  11. 1 sudu besartepung jagung*
  12. 2 sudu besartepung ubi*
  13. 1 1/2 cawansantan pekat
  14. 1/2 stgaram
  15. 1 bijitelur*

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan2

  2. 2

    Rendam beras pulut* selama 2 jam. Tos air.

  3. 3

    Didalam periuk, sediakan air gula iaitu campuran gula merah*, gula pasir dan daun pandan*. Panaskan dan kacau sehingga semua gula larut. Tak perlu mendidih.

    Sejukkan. Tapis.

  4. 4

    Penyediaan lapisan pulut:
    Didalam mangkuk campurkan 1 1/2 cawan santan* pekat dan garam. Kacau rata hingga garam larut.

    Sapu loyang 8” dengan sedikit minyak dan Alas dengan plastik tahan panas.

  5. 5

    Letak dan ratakan beras pulut selapisan,

    Curahkan santan* keatas lapisan pulut rata2. Susun daun pandan* untuk wangi.

  6. 6

    Panaskan periuk kukus.apabila air mendidih, kukus beras pulut.

    Tutup dengan penutup yang dilapik kain sesuai.kukus selama 20 minit.
    Pada minit ke10, buka penutup dan gaul rata beras pulut bercampur santan tadi. Sambung kukus sehingga ke20 minit.

  7. 7

    Selepas pulut dikukus selama 20 minit, buka penutup, keluarkan daun pandan.

    Tekan lapisan pulut rapat dan padat.

  8. 8

    Sediakan lapisan kedua semasa menunggu pulut dikukus.

    Penyediaan lapisan kedua:
    Campurkan didalam bekas, tepung ubi*,tepung jagung*,tepung gandum*, garam, telur* dan santan*pekat. Gaul rata sehingga sebati.

    Kemudian, curahkan bancuhan gula merah tadi. Gaul rata sehingga semua larut dan sebati.

  9. 9

    Tapis bancuhan kedalam periuk.

    Panaskan diatas api sederhana sekadar meruap.

    Buka penutup periuk kukus dan curahkan bancuhan tepung dan air gula tadi perlahan2 diatas lapisan pulut sehingga rata.

  10. 10

    Tutup semula penutup dan sambung kukus dengan api sederhana selama 35- 40 minit.
    Sekali sekala buka penutup untuk check air meruap pada penutup periuk.(lap jika ada)

    Selepas 35 minit/ kuih masak, buka penutup dan biarkan kuih tanpa penutup selama 5 minit untuk keringkan permukaan kuih.

  11. 11

    Kemudian sejukkan selama 3-4 jam sebelum dipotong dengan pisau plastik.

  12. 12

    Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya