Kuih Bakar Berlauk Udang Kering & Cencaluk

CHALLENGE 28: MALAY FOOD
#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16September
Lama dah tak makan kuih bakar berlauk. Kita cuba pula buat dengan menambah cencaluk di dalam adunan nya dan ditabur pula dengan udang kering. Alhamdulillah hasil nya tak mengecewakan.
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + santan (R)
Kuih Bakar Berlauk Udang Kering & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD
#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16September
Lama dah tak makan kuih bakar berlauk. Kita cuba pula buat dengan menambah cencaluk di dalam adunan nya dan ditabur pula dengan udang kering. Alhamdulillah hasil nya tak mengecewakan.
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + santan (R)
Cara Memasak
- 1
Dalam mangkuk besar, satukan tepung gandum, telur, cencaluk dan santan cair.
- 2
Gaul rata dan masukkan serbuk kunyit, serbuk lada sulah, gula dan maggi cukup rasa. Kacau sebati supaya takde tepung yang bergentel. Adjust rasa mengikut sesuai selera.
- 3
Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak masak. Biar minyak panas baru tuang adunan yang telah dikacau. Bakar guna api sederhana besar hingga separuh masak. (Tips :- Nak tahu adunan sudah separuh masak, cuba taburkan bahan inti sedikit di atas nya, jika bahan inti tenggelam, makna nya adunan masih belum separuh masak).
- 4
Tabur bahan inti dan sambung bakar. Tutupkan kuali dengan penutup kuali dan sambung masak. Masak nya tak lama. Buka penutup kuali dan cuba cucuk dengan lidi sate, jika adunan tak melekat makna nya kuih sudah masak.
- 5
Sejukkan kuih di dalam kuali. Angkatkan kuih dan boleh lah dipotong. Sedia untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Cucur Sayur & Cencaluk Cucur Sayur & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberHari ni saya seorang lagi di rumah bertemankan si bulus kesayangan. Teringin nak makan cucur goreng bodo jer tapi bila tengok di dalam peti masih ada baki sayuran. Kita campak jer sedikit setiap satu nya dan tambah cencaluk. Sedap dimakan panas-panas, rangup di luar lembut di dalam, sambil makan sambil menggoreng. Nasib baik ada tinggal sikit untuk disnap gambar.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) Dapur Yusfarisyia -
Acar Mentah Sayur & Cencaluk Acar Mentah Sayur & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberLebihan bahan sayur ada lagi di dalam peti sejuk. Kita campurkan kesemua nya dan campur dengan cencaluk sebagai pengganti belacan. Jadi lah acar mentah sayur & cencaluk. Simpan sekejap dalam peti sejuk baru sedap dimakan.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi + cili padi (R) + limau kasturi (R) Dapur Yusfarisyia -
Telur Dadar Cencaluk Telur Dadar Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberDah enam hari resipi ni tak dihantar asyik terlupa nak mengedit cara²/langkah² memasak nya. Tajuk dan bahan-bahan memang dah taip, sejak Cookpad berwajah baru, resipi lama akan ke bawah apabila ada resipi baru yang dicipta secara automatik ke pergi atas. Hampir terlupa nak hantar, dah lah hari ni last cabaran 28 (Malay Food). Nasib baik perasan dalam galeri fon ada gambar telur dadar cencaluk ni, terus cari kat library anda kat bahagian private, ahaa.. memang sah belum diterbitkan lagi. Fuh! Lega perasan.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Udang, Labu Kuning & Cencaluk Masak Lemak Udang, Labu Kuning & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberMasih tak boleh lupa rasa sedap masak lemak pucuk labu, labu kuning dan cencaluk 3 hari lepas, si dara minta lagi dibuat kali ni campur udang pulak. Alang-alang nak buat untuk masuk cabaran 28 (Malay Food), saya tambah lagi satu bahan ia itu cekur. Gigih korek cekur yang ditanam di dalam pasu, daun nya menjadi subur tetapi ubi nya kecik-kecik jer. Dapat sedikit pun kira bersyukur lah jugak. Kalau bubuh banyak, karang si dara tak nak makan sebab dia boleh tahu maklum lah deria rempah ratus nya kuat 😆 sikit jer dia boleh tahu.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cekur (2) + cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) + daun kunyit (1) + kunyit basah (R) + santan (R) + serai (R) Dapur Yusfarisyia -
Masak Lada Hitam Ayam & Cencaluk Masak Lada Hitam Ayam & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾#HariMalaysiake61 #16SeptemberMasak kicap memang favourite anak-anak saya. Kalau ada rasa pedas atau berangkat, lagi dah suka. Pernah masak ikan masak kicap campur cencaluk. Ikan nya diperap dengan cencaluk tapi hari ni saya tak sempat nak perap ayam dengan cencaluk kerana nak cepat. Saya leburkan jer cencaluk ke dalam kuali, gaul rata pun sedap, licin kuah nya dibedal oleh suami dan anak dara. Mama nya pula seminggu ni terpaksa la telan ubat alergi setiap kali makan cencaluk dan belacan. 😆 Dulu takde pulak macam tu, bila usia dah makin senja ni, alah pulak. Benda sedap dan favourite dari dulu mana boleh tolak, alergik tu belakang kira.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + cencaluk (3) + (5 BONUS POINT per resipi) + serai (1) Dapur Yusfarisyia -
Singgang Ikan Cermin & Cencaluk Singgang Ikan Cermin & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberMasak singgang memang favourite family saya tak kira singgang ikan, ayam, daging, sotong atau udang. Kalau buat kuah nya harus lebih, al-maklum lah kalau yang suka menghirup kuah tu. Berpeluh-peluh makan, nak-nak lagi di musim selalu hujan ni.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Bunga kantan (2) + cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) + kunyit basah (1) + lengkuas (1) + serai (R) Dapur Yusfarisyia -
Sambal Kacang Tempe Cencaluk Sambal Kacang Tempe Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberAda stok kacang tanah di pantry memang beli untuk digoreng untuk dibuat kudapan cik suami. Dalam peti masih ada lebihan tempe, terus terfikir nak buat sambal kacang dan tempe. Alang-alang tu kita campur sekali cencaluk bagi ada rasa seakan belacan di dalam sambal tu.Sedap kata cik suami, alhamdulillah 🤲#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam jawa (R) + cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi + cili padi (R) + daun limau purut (R) + gula melaka (R) Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Pucuk, Labu Kuning & Cencaluk Masak Lemak Pucuk, Labu Kuning & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberBuah labu kuning, pucuk labu, pisang lemak manis, cili padi dan jem buah roselle disedekah jiran depan rumah. Kata nya hasil tanaman nya menjadi dengan subur nya. Dia pulak duduk berdua jer dengan aunty Ann, jadi dia sedekahkan kepada saya dan jiran di belakang rumah saya. Kami saling berbahagi rezeki hasil tanaman di kawasan rumah masing-masing tak kira banyak atau sedikit, asal sama-sama dapat merasai nya pun dah bersyukur.Hari ni buat masak lemak jer, bila sel-sel otak mula berhubung pasal cencaluk, sampai tak larat nak buat haha.. Terpaksa taip dulu resipi dan buat nya kemudian sebab takut terlupa. Nampak gaya nya nak kena beli lagi cencaluk ni. 😅#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (1) + kunyit basah (1) + santan (1) + serai (R) Dapur Yusfarisyia -
Pelaling Goreng Balado Cencaluk Pelaling Goreng Balado Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberKat rumah saya ni kalau masak ikan pelaling, lebih suka digoreng. Suami dan anak dara suka meratah cicah dengan sambal kicap cili api. Dia orang berdua ni kalau makan ikan yang besar-besar, hanya makan pada bahagian badan ikan jer. Belum lagi kalau makan jenis ikan yang banyak tulang halus, saya ni lah yang terpaksa buangkan tulang-tulang untuk diorang berdua tu hingga saya sendiri nak makan pun tak senang 😅 Kalau dah fed up tu saya bagitau mereka suruh buangkan tulang tu sendiri. Dah macam mulut anak-anak burung dah ku tengok, lepas satu mulut nganga tunggu disuap, satu lagi mulut nganga tunggu turn dia pulak. Akhir nya, mulut saya juga yang membebel geram sampai ke tua tak reti-reti bila makan ikan buang tulang ikan sendiri.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam jawa (R) + cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) Dapur Yusfarisyia -
Mi Tomato Cencaluk Mi Tomato Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberTak tahu nak masak apa hari ni. Buka peti sejuk tengok ada mi kuning dan tomato. Nama jer mi kuning tapi warna tak kuning sebab takde campur pewarna kuning. Tak nak buat mi goreng sebab baru beberapa hari lepas makan mi goreng. Kalau tak dimasak mi kuning tu takut jadi tak elok pulak, tak nak membazir. Tomato masih banyak lagi yang dibeli dari Serikin hari tu. Sayang sebab nampak hampir-hampir nak berkedut. Sebelum mi kuning dan tomato tu rosak, baik dimanafaatkan. Tengok di dalam freezer ada lebihan sotong dan udang. Terus datang idea nak buat mi tomato. Dan nak perhabiskan cencaluk tu saya campurkan sekali. Sedap weh! Suami dan anak dara pun puji cakap sedap. Saya pulak lepas makan, tergaru-garu macam beruk diberi belacan 🤣. Makin bertambah panik sebab pil alergi saya tertinggal dalam kereta anak dara. Terus call bagitau suruh hantar pil tu balik secepat mungkin. Adeh.. Adeh.. Nasib baik cencaluk dah habis sebekas. Kalau tak, memang akan ada lagi resipi yang lain dan akan bergaru jugak nanti. Haha.. Penangan cencaluk 🤭#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) + gula melaka (R) Dapur Yusfarisyia -
Nasi Aruk Dabai & Cencaluk Nasi Aruk Dabai & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberAda lebihan nasi sejuk semalam. Saya pulak seorang diri di rumah ditemani si bulus. Si dara kerja dan cik somi out station. Mata mengantuk sangat-sangat pada hal saya ni memang sejenis yang susah nak tidur siang. Semua ni gara-gara terjaga awal pagi tadi kira-kira jam 3:42 am bunyi gegaran kuat atap rumah saya. Hilang bunyi gegaran hanya seketika. Baru nak lelap, terdengar lagi sekali bunyi yang sama diikuti bunyi hujan mencurah lebat dan terus senyap. Hairan sebab tak pernah-pernah lagi berlaku sebelum ni. Fikiran saya terus teringat ribut yang berlaku di Langkawi dan Sabah semalam. Bangkit dari katil, saya jenguk ke arah luar rumah tengok pokok bergoyang, dalam hati kata memang sah hari nak ribut ni menyebabkan mata dah terbantut nak tidur balik.Disebabkan saya seorang, saya buat jer lah nasi aruk. Aruk dalam bahasa Sarawak, makna nya goreng. Nanti menu untuk malam mungkin tapaw kot.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Belacan (1) + cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) Dapur Yusfarisyia -
Sambal Tumis Petai Cencaluk Sambal Tumis Petai Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberPetai dibeli di Pasar Serikin, tletak di sempadan antara Indon & Msia, Serikin tkenal di kalangn pduduk Swak tmptan dgn brgan rmh yg bpatutan & pkaian btemakan batik.Sbb mengapa hrga di pasaran di Serikin sgt murah adalah krn fakta bhw pjual dtg dri negara jiran Indon.Psr ini tletak kira² 15km dri bndr Bau & 80km dri ibu negeri Swak, bndr Kch.Ia diadakan pd stiap hujung mggu & tlh wujud slma lbh drpd 25 thn sejak ia ptma kali didirikan pd thn 1992.Kbykn brgn yg dijual adalah brgn rmh spt p'alatan dapur spt periuk belanga, acuan, brgan tembaga, pmainan knk², jajan serta hasil produk tmptn mrk spt keropok² kering, tikar tenunan, sarung mknan tenunan, tilam, bantal & perabot rotan.Paling sy suka beli hasil tani mrk, mmg rambang mata tgk dri sayuran hggkn ke buah²n.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam jawa (1) + belacan (1) + cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen