Bihun Goreng Malas

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 37: Breakfast 🍳

CHALLENGE 37: BREAKFAST 🍳

Resipi dalam draf jer sebab masih tak berapa sihat nak memasak dan penglihatan pun masih kurang baik hendak menghadap skrin handphone.
Selain nasi goreng, bihun/mi goreng juga antara salah satu resipi untuk breakfast buat kami sekeluarga. Kalau dah breakfast nasi goreng atau bihun/mi goreng, memang tak makan tengahari dah sebab masih kenyang. Tinggal nak masak untuk makan malam jer lagi.

#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Telur (1) + cendawan (1) + cili kering (1) + bihun (1)

Bihun Goreng Malas

6 orang bercadang membuatnya

Global Apron 2024 Challenge 37: Breakfast 🍳

CHALLENGE 37: BREAKFAST 🍳

Resipi dalam draf jer sebab masih tak berapa sihat nak memasak dan penglihatan pun masih kurang baik hendak menghadap skrin handphone.
Selain nasi goreng, bihun/mi goreng juga antara salah satu resipi untuk breakfast buat kami sekeluarga. Kalau dah breakfast nasi goreng atau bihun/mi goreng, memang tak makan tengahari dah sebab masih kenyang. Tinggal nak masak untuk makan malam jer lagi.

#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Telur (1) + cendawan (1) + cili kering (1) + bihun (1)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 paketbihun✅ (direndam hingga lembut)
  2. 2 bijitelur✅
  3. 2 sudu besarudang kering (direndam hingga kembang)
  4. 7 bijicili kering✅
  5. 5-7 ulasbawang putih
  6. 1 sendukminyak masak
  7. 1 mangkukcendawan✅ hitam kering (yang telah kembang direndam dan dibuang hujung yang keras, dipotong ikut sesuai selera)
  8. 1/2 batanglobak merah (dipotong seperti batang mancis)
  9. 3 pokoksayur sawi hijau (dicuci dan dipotong)
  10. Secukup Rasasesuai selera
  11. Gula sesuai selera

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan sedikit minyak masak dan goreng telur hingga hancur, angkat dan ketepikan. Tumbuk bawang putih, udang kering dan cili kering, saya tak tumbuk hingga halus kerana nak cepat. Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan (tambah baki minyak masak).

  2. 2

    Masukkan bihun yang telah ditapis, gaul rata. Masukkan telur goreng hancur tadi dan kacau rata. Masukkan cendawan hitam, lobak merah dan sayur sawi. Gaul rata dan sebati.

  3. 3

    Masukkan secukup rasa dan gula mengikut sesuai selera, adjust rasa dan tambah jika perlu. Masa lagi hingga bihun kering air nya.

  4. 4

    Tutupkan api dan boleh dihidangkan bersama cili jeruk dan limau kasturi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya