Sambal Belacan Mangga

75/2025 (2062/2500)
May Campaign:
Supplement Melalui Pemakanan 🥑 🥕 🫑
Alhamdulillah..ada sambal macam ni, laju sikit makan nasi. Itulah antara khasiatnya, dapat meningkat selera makan.
Antara khasiat sambal belacan ni, dapat membakar kalori. Selalu kita makan sambal belacan mesti badan berpeluh-peluh kan. Selain itu, dapat juga meningkatkan metabolisme badan.
KESIHATAN | KHASIAT BELACAN
Belacan di buat daripada udang geragau atau udang kecil yang ditumbuk halus dengan garam dan dibiarkan untuk di peram atau proses fermentasi sebelum di gunakan. la juga di bakar sedikit sebelum di gunakan untuk menaikkan aromanya dalam masakan atau sambal.
Kajian menunjukkan belacan juga mengandungi bakteria baik probiotik daripada jenis asid laktik bacilli (LAB). Kajian menunjukkan terdapat 219 jenis bakteria yang berjaya dikenali daripada 27 sampel belacan yang di uji dan 166 adalah jenis LAB dan 13 adalah jenis bakteria baik probiotik yang tahan asid perut dan boleh sampai ke usus contohnya lactobacillus casei.
Pengambilan belacan asli adalah baik untuk kesihatan usus kerana kandungan probiotiknya boleh tahan proses penghadaman dan akan sampai ke dalam usus besar.
AWAS!!! ada juga belacan yang diletakkan dengan bahan perwarna Rhodamine B yang boleh menyebabkan kanser. Selalunya belacan yang diletakkan bahan ini mempunyai warna kemerahan yang cantik dan sekata.
-sumber internet-
Sambal Belacan Mangga
75/2025 (2062/2500)
May Campaign:
Supplement Melalui Pemakanan 🥑 🥕 🫑
Alhamdulillah..ada sambal macam ni, laju sikit makan nasi. Itulah antara khasiatnya, dapat meningkat selera makan.
Antara khasiat sambal belacan ni, dapat membakar kalori. Selalu kita makan sambal belacan mesti badan berpeluh-peluh kan. Selain itu, dapat juga meningkatkan metabolisme badan.
KESIHATAN | KHASIAT BELACAN
Belacan di buat daripada udang geragau atau udang kecil yang ditumbuk halus dengan garam dan dibiarkan untuk di peram atau proses fermentasi sebelum di gunakan. la juga di bakar sedikit sebelum di gunakan untuk menaikkan aromanya dalam masakan atau sambal.
Kajian menunjukkan belacan juga mengandungi bakteria baik probiotik daripada jenis asid laktik bacilli (LAB). Kajian menunjukkan terdapat 219 jenis bakteria yang berjaya dikenali daripada 27 sampel belacan yang di uji dan 166 adalah jenis LAB dan 13 adalah jenis bakteria baik probiotik yang tahan asid perut dan boleh sampai ke usus contohnya lactobacillus casei.
Pengambilan belacan asli adalah baik untuk kesihatan usus kerana kandungan probiotiknya boleh tahan proses penghadaman dan akan sampai ke dalam usus besar.
AWAS!!! ada juga belacan yang diletakkan dengan bahan perwarna Rhodamine B yang boleh menyebabkan kanser. Selalunya belacan yang diletakkan bahan ini mempunyai warna kemerahan yang cantik dan sekata.
-sumber internet-
Cara Memasak
- 1
Tumbuk/kisar (tidak terlalu halus atau tidak terlalu kasar) cili padi, cili besar bersama belacan bakar, garam, gula, perahan limau dan gula kabung/gula nise (gula kerek). Tambah beberapa sudu.
- 2
Masukkan sebahagian mangga muda yang diracik. Tumbuk/kisar kasar sahaja.
- 3
Adjust rasa. Kemudian tambahkan lagi baki mangga muda yang diracik tadi. Gaul rata.
- 4
Sedia dijadikan cicahan ulam.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Sambal Ikan Mangga Muda Sambal Ikan Mangga Muda
270/2024 (1823/2K)Global Apron Challenge 28: Malay Food#MalaysiaMonth 🇲🇾#GlobalApron2024Cookpad Magic Pantry List:1-cili padi 2-belacanSekarang rata-rata pohon pauh bergayut2 buahnya. Geram nengok..kat tepi2 rumah Uchu pun, beberapa jenis pohon pauh peninggalan yang arwah mak sempat tanam, masih dapat dinikmati anak cucu dan keluarga..alhamdulillah..Sambal Ikan Pauh Muda ni memang selalu Uchu padankan kalau ada ulam kerdas dan jering. Kegemaran husben dan MIL. Sesimple Loralin -
Sambal Ikan Mangga Muda dengan Kerdas Muda & Bunga Turi (Set Sambal & Ulam) Sambal Ikan Mangga Muda dengan Kerdas Muda & Bunga Turi (Set Sambal & Ulam)
1420/2023Kerdas muda ni feveret husben, memang wajib di gu kan dengan sambal ikan pauh ringan macam ni. Kalau kerdas ni betul2 muda, kulit hijau dia masih lembut, cara makan dia, hiris je sekali dengan kulit. Dapat kurangkan bau kerdas juga bila dimakan dengan kulit. Tapi kalau dah tua sikit, walaupun kulitnya masih hijau, kenalah kupas ok.Luas bijik mata Uchu sambil tarik nafas sambil dalam2 sambil tersenyum2 bila nengok auntie kat pasar jual bunga turi..hahaha..sampai camtu sekali perangai mak2 terserlah..hahaha. Sebab susah tau nak dapat bunga ni. Uchu ada pokok turi pun, baru sekali dia berbunga..rasa dia lemak2 ada rasa pahit yg mild sangat..tapi sedap. Selain dicelur dijadikan ulam sambal, boleh jadi ulam gado-gado (pecal). Boleh juga di sayur cara goreng, masak lemak, masak asam pedas rebus dan lain-lain lagi.. Sesimple Loralin -
-
Sambal belacan Sambal belacan
Sambal belacan paling simple makan dengan ayam goreng kunyit.. shooo sedap! Ariey Rieyna -
SAMBAL BELACAN ALA-ALA GAYA KEDAI SAMBAL BELACAN ALA-ALA GAYA KEDAI
Al-kisah cerita resepi sambal belacan ni,dah lama sebenarnya Ain mencari resepi yang ala-ala kat gerai atau di restoran.Sambal belacan di gerai sedikit cair dan Ain dapat rasa macam ada diletakkan air asam jawa.Entah macam mana,Ain buka Instagram dan ternampak si penyanyi Tomok berkongsi resepi sambal belacan style dia.Eh!Eh! Dia ada guna air asam jawa lah.Terus rasa nak cuba buat.Hari ini Ain mencuba membuatnya.Alhamdullilah..rasanya tak tumpah seperti sambal belacan di gerai.Seronok gitu sebab Ain dapat buat sambal belacan versi lain selain Sambal Belacan resepi arwah abah Ain.Ada yang nak cuba?Jom lihat resepinya Nurain Jalil -
Sambal Belacan Binjai & Ulam-ulaman (Set Sambal & Ulam) Sambal Belacan Binjai & Ulam-ulaman (Set Sambal & Ulam)
#ulamOtw balik dari kampung masa PRN aritu, ramai pulak peniaga yang jual buah binjai ni di tepi jalan..alhamdulillah..dapat jugak beli dan dijadikan sambal ni selain dibuat jeruk. Sesimple Loralin -
Sambal belacan mangga Sambal belacan mangga
resepi nie untuk stock 2 minggu.. sis n suami memang hantu sambal belacan nie.. 🤭 Aziema Ima -
Sambal Belacan Manggis Sambal Belacan Manggis
Buat stok sambal belacan dan bahagi-bahagikan dalam botol kecil berbeza-beza. Kemudian upgrade sahaja sambal belacan dengan pelbagai bahan tambahan supaya lebih umpph.Yang ini tambah manggis seperti yang dishare oleh seorang cookpadie pada ketika itu. Pertama kali tahu dan buat sambal belacan bubuh manggis, sedap! Untung sebab cooksnap. Dapat ilmu baru. Ada beberapa botol lain, dijadikan sambal belacan limau kasturi, sambal belacan mangga, sambal belacan tomato.Sekejap je stok abis walaupun hantu sambal dalam rumah cuma 2 orang sahaja. Sorang lagi tu hantu budu. Sorang hantu kicap. Macam rumah berhantu pulak ceritanya..🤣🤣 Sesimple Loralin -
Sambal Ikan Mangga Muda Sambal Ikan Mangga Muda
70/2025 (2057/2500) #CookpadApron2025COOKPAD MAGIC CART WEEK 8 : mangga, cili padiAlhamdulillah..dapat masak simple2 kat kebun untuk lunch. Husben gi petik mangga muda kat pokok katanya MIL suruh buat jeruk. Jadi, alang-alang dah ada pauh muda ni, Uchu amiklah sikit untuk buat sambal ikan jadikan menu tengahari. Sesimple Loralin -
Sambal Belacan Belimbing Besi (Tumis) Sambal Belacan Belimbing Besi (Tumis)
#GoldenApron23 #Week121401/2023Takde belimbing buluh, ganti dengan belimbing besi yang masih kehijauan pun sedap amat!!Alhamdulillah. Dalam pada malas nak masak lauk pauk, ada sambal macam ni..aduyai..bertambah nasi!Untuk pengguna TM6, kalau tengok pada langkah2 yang Uchu sertakan, Uchu gunakan setting HIGH TEMPERATURE. Kelemahan TM6 ni bila nak goreng garing, kena ada teknik dia. Macam kali ni, Uchu nak caramalised kan bawang dan cili untuk sambal. Jadi untuk dapatkan hasil garing yang baik, kena pastikan bawang dan cili digunakan tu kering. Jadi sementara buat kerja rumah yang lain termasuk bermandi-manda, Uchu masukkan lah dalam oven. Kemudian, sambil buat kerja lain, Uchu menggoreng bawang dam cili dan siapkan sambal belacan tumis ni dalam TM6 jugak. Tinggal2 je, tau2 dah siap..alhamdulillah. Jimat masa, kurang kerja..harap dapat membantu TM6 user jugak. Sesimple Loralin -
Sambal Belacan Wok Sambal Belacan Wok
Sambal belacan ni Alin buh nama wok..sebab Wok tu adalah panggilan untuk anak manja (perempuan) kebiasaannya adalah anak bongsu..Wok ni adalah panggilan nama untuk adik ipar Alin yang bongsu..Kebiasaannya bila balik kampung,ramai ipar dan biras biras akan request sambal belacan ni..Kelihatan macam sambal belacan macam orang lain jugak..tapi mungkin air tangan tu yang tak dapat tanding..Sungguh pun begitu..Alin tunjukkan jugalah cara dia buat sambal belacan tu..Bagi Alin.. penggunaan jenis belacan pun memainkan peranan penting..ianya dapat mempengaruhi rasa sambal tu juga..Macam adik ipar..Alin tengok dia suka pakai belacan dari utara tanah air.. tak akui..memang umphhh..dan tak gatal hidung ..Alin dah lupa brand apa..nanti bila dah tahu..Alin edit balik resepi..atau kongsikan pada menu lain.. FZ Adzlin -
Healthy Dragonfruit Smoothie Bowl Healthy Dragonfruit Smoothie Bowl
🧑🍳686🧑🍳🍽️120/2023🍽️#GoldenApron23#Week20#MinumanProbiotikiMinuman probiotik boleh diminum terus atau diolah dengan mencampurnya bersama dengan buah yang kita suka.Bakteria baik dalam minuman probiotik iaituLactobacillus adalah jenis yang paling sering ditemukan dan bermanfaat mengubati gangguan penyerapan laktosa serta cirit birit.Bifidobacterium bermanfaat untuk meringankan gejala kerengsaan usus. Saccharomyces boulardii merupakan yeast yang ada di dalam probiotik. Manfaatnya digunakan untuk mencegah dan mengubati cirit birit,meredakan kulit berjerawat, hingga mengurangi gastrik .Seperti yang kita tahu minuman probiotik adalah sangat bagus untuk kesihatan usus.Dalam banyak-banyak jenis minuman probiotik SUSU ALMOND adalah salah satu daripada minuman probiotik yang sesuai untuk diminum.Untuk menu healthy kali ini ummi sediakan Dragonfruit smoothie bowl yang menggunakan susu Almond,yogurt,buah-buahan segar seperti dragonfruit,pisang,kiwi dan anggur hitam serta kekacang.Ia sangat sesuai untuk percernaan dan kesihatan usus.Peringatan : Dalam minuman probiotik jangan sesekali ditambah gula atau pewarna kerana ia akan membunuh bakteria baik dan bertukar menjadi bakteria jahat dalam minuman probiotik. Ini akan menyebabkan keradangan,toksin dan ekzema. Q'leenalee's Kitchen
Lebih Banyak Resipi
Komen