Kailan & Cendawan Shitake Crispy Garlic Sos Tiram

125/2025 (2112/2500)
Alhamdulillah..sebab anak suka makan cendawan shitake, maka Uchu masakkan bersama kailan dan crispy garlic, Chinese Style.
Kailan & Cendawan Shitake Crispy Garlic Sos Tiram
125/2025 (2112/2500)
Alhamdulillah..sebab anak suka makan cendawan shitake, maka Uchu masakkan bersama kailan dan crispy garlic, Chinese Style.
Cara Memasak
- 1
Celur batang kailan dan daun kailan dalam air mendidih yang ditambah sesudu minyak masak dan garam untuk maintain warna hijau kailan. Celur batang dan daun secara berasingan. Toskan kemudian masukkan kailan ke dalam pinggan hidangan.
- 2
Rebus cendawan shitake sehingga lembut dengan sedikit garam. Toskan kemudian campurkan bersama kailan dalam pinggan hidangan. Simpan 1-2 cawan air rebusan cendawan.
- 3
Panaskan minyak masak menggunakan api kecil. Masukkan bawang putih yang dicincang. Goreng sehingga bawang putih kekuningan. Angkat dan toskan. Kemudian taburkan bawang putih goreng atas kailan dan cendawan tadi. (Seeloknya kurang lagi kekuningan garlic ni untuk kurangkan rasa pahit)
- 4
Kurangkan minyak menggoreng bawang putih menjadi 1-2 sudu besar sahaja dalam periuk yang sama menggoreng bawang putih. (Simpan baki minyak bawang putih untuk masakan lain lebih sedap). Masukkan 1 cawan air rebusan cendawan shitake, sos tiram, sos ikan, kicap cair, gula dan bancuhan tepung jagung.
- 5
Masak sos sehingga mendidih dan sos likat.
- 6
Tuangkan sos yang panas atas kailan dan cendawan sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi


















Komen