Bihun Sup Tulang Untuk Mak

061/Jun2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2221 #TerusMelangkah3k
❤️ Cookpad Apron 2025 Week 13 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025
Bihun sup ni hakak masak untuk mak sempena mak keluar hospital. Walaupun tak makan banyak, Boleh ler. Janji mak makan sesuatu yang fresh meal dari dapur dan cukup segala rasa 🤭. Yela faham2 jela rasa makanan hospital. Nak pulak mak kena diabetic diet. Sekali dengan garam pun dorang tak bubuh tau.
Tapi apa2 pun mak dah discharge. Harap semuanya baik2 sahaja yer lepas ni. Aamiin.
Sup ni hakak reneh pagi. Petang pas zuhur jemput mak dari hospital. Sampai rumah dan lepas asar tu celur bihun dan buat sambal kicap. Simple je. Tapi tengok anak2 sedara makan. Bertambah-tambah. Fuhh mak long seronok tengok 😌
Cookpad Magic Cart ( Week 13) :
🛒 Tulang
🛒 Halia
🛒 Bihun
🛒 Kicap
Bihun Sup Tulang Untuk Mak
061/Jun2025/TerusMelangkah3k/
Cookpad5th/2221 #TerusMelangkah3k
❤️ Cookpad Apron 2025 Week 13 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025
Bihun sup ni hakak masak untuk mak sempena mak keluar hospital. Walaupun tak makan banyak, Boleh ler. Janji mak makan sesuatu yang fresh meal dari dapur dan cukup segala rasa 🤭. Yela faham2 jela rasa makanan hospital. Nak pulak mak kena diabetic diet. Sekali dengan garam pun dorang tak bubuh tau.
Tapi apa2 pun mak dah discharge. Harap semuanya baik2 sahaja yer lepas ni. Aamiin.
Sup ni hakak reneh pagi. Petang pas zuhur jemput mak dari hospital. Sampai rumah dan lepas asar tu celur bihun dan buat sambal kicap. Simple je. Tapi tengok anak2 sedara makan. Bertambah-tambah. Fuhh mak long seronok tengok 😌
Cookpad Magic Cart ( Week 13) :
🛒 Tulang
🛒 Halia
🛒 Bihun
🛒 Kicap
Cara Memasak
- 1
Bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia dihiris nipis. Kemudian tumis bersama-sama kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih sehingga naik naik bau.
- 2
Masukkan rempah sup dan tumis seketika.
- 3
Masukkan tulang ke dalam periuk dan tambah air.
- 4
Masak sehingga tulang empuk. Ni ambil masa 1-2jam juga lah. Sebab guna dapur gas kan.
- 5
Masukkan daun sup. Perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa. Masak sehingga mendidih. Tutup api.
- 6
Bihun direndam dalam serbuk kunyit. Toskan dan celur sehingga lembut. Angkat dan toskan air rebusan. Ketepikan.
- 7
Sambal kicap : bawang putih, cili padi dan kicap dikisar lumat.
- 8
Cadangan Hidangan : Bihun diletakkan ke dalam mangkuk. Diletakkan sup tulang dan sambal kicap. Bersama-sama bawang goreng dan linau kasturi. Sedia untuk dihidangkan.
- 9
Selamat mencuba 😋
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Bihun Sup Ayam Carik Bihun Sup Ayam Carik
021/April2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2181 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 5 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Resipi ringkas je. Buat penggemar bihun sup korang patut cuba tau. Makan dengan sambal kicap tu ngam teruk gaiss 😋Cookpad Magic Cart ( Week 5) :🛒 Pak choy🛒 Halia Salina Jalaludin -
👩🍳Bihun Sup Tulang & Perut 👩🍳Bihun Sup Tulang & Perut
Cookpad Apron 2025 Week 13COOKPAD MAGIC CART WEEK 13:🛒Bihun🛒Kunyit🛒Tulang🛒Perut🛒lada hitam🛒lada sulah🛒kicap🛒haliaSebenarnya kami semua tak reti makan organ dalaman lembu. Apa lagi perut lembu. Tetapi cubalah juga memasak perut lembu. Semasa beli perut lembu keadaannya sudah bersih, jadi mudah untuk penyediaannya. Cuma agak mengambil masa untuk melembutkannya sebab saya tak gunakan periuk tekanan.Selepas 40 minit merebus barulah ia lembut. Ikut rapat- rapat tips dari google merebus perut dengan beberapa bahan akhirnya menghasilkan perut yang tiada rasa atau bau yg tak diingini. Akhirnya rezeki separuh sup ini dihantar kepada jiran sebelah untuk makan petang mereka🤭#CookpadApron2025#CA20252496/3K129/2025 Mahadiah -
Bihun Sup Tulang Sambal Kicap Bihun Sup Tulang Sambal Kicap
051/Jun2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2211 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 12 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Sup tulang dan Raya Haji memang berpisah tiada😌. Tulang ni elok je dipotong terus dicuci dan dibuat sup. Supnya pun ringkas je. Hanya dibuat guna bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk sup. Bahan hidangan pun sekadar yang ada je 😅. Tapi disebabkan tulang segar. Memang sedap helok ler. Yang makan pun duk puji2 jela aiii 🤭Cookpad Magic Cart ( Week 12) :🛒 Cili🛒 Tulang Salina Jalaludin -
Bihun Sup Utara (Sup Perut & Tulang) Bihun Sup Utara (Sup Perut & Tulang)
140/2025 (2127/2500)#CookpadApron2025COOKPAD MAGIC CART WEEK 13 : tulang, perut, halia, lada hitam, kicap, kunyitAlhamdulillah..jarang Uchu nak masak bihun sup macam ni sebab renyah juga nak sediakan bahan pelengkap berbagai-bagai. Biasanya bihun sup yang dicampur daging, tulang dan perut macam ni, Uchu beli je kat Kedai Sup Pak Ali yang tak jauh dari rumah. Tapi bila masak sendiri, tetap nak sedap macam kedai Pak Ali, kenalah rajin seposen dua. Sesimple Loralin -
Bihun Sup Tulang Utara Ibu Mertuaku Bihun Sup Tulang Utara Ibu Mertuaku
157/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1551 #pejuang2kresipi❤️ Make It Yours Aidiladha 🕌 ❤️Sebenarnya hakak ingat due cabaran ni esok (Isnin) 🤭. Nasib tengok tarikh. Nasib juga mil tukar menu juadah hari ni dari daging bakar harimau menangis ke bihun sup utara 😅. Adalah rezeki untuk hakak menumpang ihsan resipi untuk cabaran ni. Tapi hakak ada tolong juga yer 😌.Resipi ni dimasak untuk kuantiti yang besar tu kebanyakkan ramuan hakak tulis “Secukupnya”. Korang nanti adjust jela ikut citarasa yer☺️.Jika dilihat dalam Cookbook AidilAdha. Resipi bihun sup tulang utagha ni dimasak oleh @MaMaKitchen08 ☺️. Hakak yang pilih resipi tu untuk dimasukkan ke dalam Cookbook & of cos hakak juga yang masak resipi tersebut sebagai tanda. Hakak Pilih, Hakak Masak. Tq yer untuk inspirasi resipinya. Salina Jalaludin -
Bihun Sup Tulang Bihun Sup Tulang
228/2021/RoadTo1k/913❤️ Projek Mengikat Kasih | Episod 3 | Cinta Jarak Jauh ❤️Sup tulang kerbau yang dimasak untuk lunch ada lebihan lagi. Lailer cadang untuk celur je bihun dan buat partner sup tu dan dijadikan bihun sup. Masa dia cerita pada Baby Boo Jekfer idea dia tu, of cos lah Jekfer pun setuju 🥰 Sebab Jekfer pun selalu buat perkara yang sama jika ada lebihan sup. So Lailer pun onz idea dia tu, Memang terbaik. Yummy makan bermangkuk-mangkuk. Jenuh Mommy dan Daddy suruh dia stop makan 😂 Ajer sedap bebenor Lailer masak bihun sup 😬 Salina Jalaludin -
Bihun Sup Utara (Sup Tulang Berjintan) Bihun Sup Utara (Sup Tulang Berjintan)
19/2024 (1564/2K)Last kopak lauk dari freezer. Tulang lembu ada 1.5 kg. Kebetulan anak dara puasa ganti dan MIL baru tiba kat rumah Uchu. Terus terfikir nak masak bihun sup untuk malam. Habiskan lauk dalam peti, insyaallah esok boleh top lauk lain dari pasar.Biasanya kalau masak sup tulang Uchu akan gunakan serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam sebagai rempah perasa utama. Tapi kali ni, Uchu nak buat sup rasa macam sup yang biasa Uchu beli kat kedai feveret , Sup Pak Ali. Hehe. Supnya memang ada rasa jintan manis.Jadi, sebelum Uchu masak bihun sup utara ni, Uchu terus buat pencarian di cookpad dengan menaip ‘bihun sup,jintan’. Memang tak banyak sup tulang yang gunakan jintan yang keluar. Sangat limited. Tak sampai 10 resepi pun. Uchu pilih resepi sis Ann @nuxxin dengan membuat sedikit olahan bahan dan cara, dan sos sambal lada pekat dan sambal kicap Uchu adjust dari resepi @MaMaKitchen08 dengan olahan bahan dan cara.Alhamdulillah, hasil cooksnap ni sangat mantap..hehe. Sup sedap, sos sambal lada sedap, sambal kicap pun sedap. Suami makan bertambah..🥰 dah hampir2 menyamai dah rasanya dengan bihun sup Pak Ali kedai feveret. Sesimple Loralin -
Bihun Sup (Potluck Raya Kuarters Guru) Bihun Sup (Potluck Raya Kuarters Guru)
103/2022/RoadtoWorldRecipes/1221❤️ Ceritakan Cinta Kasih Ibu & Guru ❤️Bihun sup ni hakak masak untuk jamuan raya kuarters guru pada ahad lepas (bagi yang tak tahu, hakak memang tinggal kat kejiranan kuarters guru). Dah 2tahun tak dapat beraya dan berkumpul beramai-ramai, jadi tahun ni kita raya puas-puas 😬.Ikutkan pelan asal hakak nak masak Nasi Lemak Pink & Sambal Ikan Masin Strawberi je. Yela depa dok tengok gambar dalam surat khabar, dalam fesbuk, dalam Cookpad je kan. Jadi tu niat hakak nak masak menu ni je untuk dihidangkan pada jiran-jiran hakak. Tapi disebabkan hakak kena p Family day merangkap jamuan raya family kat Negeri Sembilan. Dan hakak sampai Ipoh pada pagi ahad, jadi bihun sup jela hidangan terbaik dan mudah disediakan. Tapi tu pun jenuh jugak tu.. 😅Masih amik masa lama juga untuk memasak. Ikutkan jam 3petang, makanan kena hidangkan. Hakak sampai jam 3.30petang wehh.. Doa pun dah habis baca . Jadi hakak pun terus je letak makaman kat meja dan dorang terus makan je bihun sup tu. Jadi nak citer banyak, gambar pun tak mandang kome wehhh 🤦🏼♀️💆🏼♀️.Apa2 pun, Alhamdulillah..bihun sup hakak habis licin. Hakak masak 2 1/2kg ayam & 3bungkus bihun. Anggaran makan ada 50orang rasanya. Tah lah.. Yang pasti licin 🤭 Balik rumah cuci periuk, flusk dan bekas itu ini jela. Selesai sudah urusan potluck raya. Alhamdulillah. Penat yang berbaloi rasanya bila dapat beri jiran tetangga kita makan dari air tangan sendiri 🥰❤️.Kemaskini gambar 6 Sept. 2022 ☺️ Salina Jalaludin -
Sup Tulang Kambing Power Sup Tulang Kambing Power
Tulang kambing ni mak mentua saya yg beri sewaktu saya balik Kedah raya Aidiladha minggu lepas. Hari ni baru sempat masak..ye la..nak habiskan daging lembu pun berhari-hari.. Seronok tengok suami berselera makan sampai bertambah2 nasi.. saya tolong tengok je sebab saya tak reti makan tulang atau daging kambing..hihiii..suami puji sedap sangat. Terima kasih kpd blog Azie Kitchen yg share resepi sup ni..resepi sup & sambal kicap dari Chef Amer katanya..tapi saya ada tambah 1-2 bahan lagi..memang terbaiikk.. wajib try 👍👍👍 Nor Al Fatihah -
Bihun Sup Utara Bihun Sup Utara
Make It Yours AidilAdhaKalau menu bihun sup jer memang saya dan keluarga takkan menolak nya. Selalu dibuat tidak kira hari biasa atau pun di hari perayaan. Selalu nya bihun tu tak bubuh serbuk kunyit sebab dah terbiasa makan bihun ikut warna asal nya. Tetapi sekali-sekala tu buat bihun tu berwarna, baru nampak kelainan pada bihun yang seperti selalu nya dibuat.Kalau Raya Aidiladha selalu nya banyak menu yang berasaskan daging. Kadang hampir sama jer menu di setiap rumah bagi kami di Sarawak ni. Kalau menu yang berkuah seperti sup antara menu yang paling cepat habis sebab ramai peminat. Ditambah lagi dengan sambal kicap pedas menyengat, fuhhh!.. Berpeluh-peluh menghirup nya. Inspirasi daripada adik @MaMaKitchen08 tetapi akak tukar tulang daging kepada daging tetel. Akak skip sambal merah kerana sambal kicap pedas menyengat tu cukup untuk dipadankan. Dan beberapa bahan juga ditambah dan tak diletak kerana takde seperti yang akak nyatakan di bahagian langkah-langkah. Dapur Yusfarisyia -
Bihun Sup Kayangan Mr Cinta ❤️ Bihun Sup Kayangan Mr Cinta ❤️
Bulan Jun masing2 geng Coopaders yang beragama islam meriah dengan menu Lembu...al-maklum rezeki ibadat korban sana sini dimerata pelusuk dunia hanya setahun sekali...Alhamdulillah rezeki akk pulak semasahari raya haji yg pertama , akk join team rewang masak2 di surau taman...akk dapat rezeki pemberian dari peserta ibadat korban...ada macam2 dari sekor lembu kecuali dibahagian kepala tidak lah akk ambik...🫣maka hari ini akk buat menu Bihun sup dgn campuran anggota bahagian lembu yg akk dapat...tapi kt rumah En Suami tidak boleh makan daging lebih2...faktor kesihatan dan keadaan gigi yg xberape nk ada...😂😷Jadi akk tambahkan 3-4 ketul Ayam...terhasil lah Bihun Sup Kayangan Mr Cinta❤️...selesai lah kesemua 10 bahan magic cart week 13 yang diberi...Ajommmintai cara akk masak ...💞🫶#CookpadApron2025COOKPAD MAGIC CART WEEK 13:TULANG, PERUT,DAGING,AYAM,BIHUN, KUNYIT, HALIA , LADA HITAM,LADA SULAH🎉🛒full cart is done.🤲#MakeEverydayCookingFun Aza Aaj -
Laksa | لقس Laksa | لقس
022/April2025/TerusMelangkah3k/Cookpad5th/2182 #TerusMelangkah3k❤️ Cookpad Apron 2025 Week 6 ❤️ #CookpadApron2025 #CA2025Laksa most fav ever food. Sampai dulu ada yang cakap, darah hakak mesti darah laksa sebab hari2 dok makan laksa 😆. Tu dulu lah, sekarang jarang2 makan tapi sekarang-kurangnya sebulan mesti ada sekali. Tak dapat masak kita beli. Tak dapat beli kita masak 😌Cookpad Magic Cart ( Week 6) :🛒 Ikan kembung🛒 Belacan Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen