Nasi Lemak Sambal Kerang

315/2025 (2302/2500)
#CookpadApron2025
COOKPAD MAGIC CART WEEK 33 : 1-halia 2-ikan bilis 3-cili 4- asam gelugor
Alhamdulillah..cerit minggu lepas2. Masak nasi lemak sambal kerang. Asalnya nak buat rendang kerang, tapi teringat dah ada rendang daging pemberian sahabat semasa kenduri kesyukuran untuk jadi partner nasi lemak.

Cara Memasak
- 1
Goreng bawang merah sehingga keperangan. Ketepikan.
- 2
Tumis bahan kisar bersama serai dan cili kering kisar sampai pecah minyak dan bawang garing. Tambahkan asam keping dan gula serta garam.
- 3
Tambah air sedikit beberapa kali sehingga sambal pecah minyak 2-3 kali.
- 4
Masukkan bawang goreng dan kerang rebus.
- 5
Tambahkan santan cair. Masak sehingga mendidih dan sambal pekat.
- 6
Nasi Lemak (beras Basmathi) : masukkan beras, daun pandan, santan, minyak masak, hirisan bawang merah, halia dan bawang putih dalam periuk. Tambahkan garam dan gula. Kacau rata. Masak seperti biasa sehingga nasi kering.
- 7
Sediakan bahan pelengkap: goreng atau rebus telur, hiris timun, goreng ikan bilis dan kacang tanah.
- 8
Sedia hidangkan nasi lemak bersama sambal kerang dan bahan pelengkap lain.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen