Rendang Daging #maraton ramadan daging

Rendang daging istimewa resepi turun temurun bonda jadi hidangan wajib ketika syawal utk keluarga kami,
X perlu guna perencah, rasa rendang asli dari bahan-bahan segar yang dikisar menambahkan rasa pada rendang
Rendang Daging #maraton ramadan daging
Rendang daging istimewa resepi turun temurun bonda jadi hidangan wajib ketika syawal utk keluarga kami,
X perlu guna perencah, rasa rendang asli dari bahan-bahan segar yang dikisar menambahkan rasa pada rendang
Cara Memasak
- 1
Rebus lada kering hingga lembut, sebelum tu pastikan gunting2 dulu lada tu supaya mudah lembut, Potong bawang2, serai, halia, lengkuas kepada bahagian yg kecil dan Blender semua sekali bahan bertanda *
- 2
Potong daging kecil2 mengikut urat2 nya
- 3
Panaskan kuali dan masukkan daging, masak seketika.Masukkan bahan2 yang siap di blender kedalam kuali, tumis sehingga kering sedikit air nya
- 4
Masukkan santan pastikan api tidak terlalu kuat, gaul rata, masukkan asam keping,gula merah, garam, gula secukup rasa, dan akhir sekali masukkan kerisek,masak sehingga sebati atau sehingga kuah santan nya sedikit kering
- 5
Yeyy.. Rendang dah siap, bolehla dimakan dengan ketupat, lemang, pulut, ataupun makan dengan nasi putih panas, mmmm.. Sedapnyer😋😋😋
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Rendang Pedas Daging Perak Rendang Pedas Daging Perak
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni, saya buat rendang style orang lama dari negeri Perak. Bila makan rendang ni, nostalgia masa zaman kecil² sekitar tahun 90an-awal 2000 tu datang tiba². Rasa dia, ada iras² rendang yang pernah saya makan di rumah arwah opah & saudara-mara abah di kampung Jeliang, Manong, Perak. Tqvm kak @dapurkakzu atas perkongsian resipi rendang Yang sedap ni. Saya gantikan penggunaan ayam dengan daging. Rendang ni versi tak tumis & bahan²nya hanya perlu dihiris nipis & halus. Kalau mengikut selera saya, seriously, serdak² dia yang kasar tu lagi sedap dari versi bahan² yang perlu dikisar ❤️❤️❤️ Noor Ashikin Saerah -
Rendang daging tumis Rendang daging tumis
#goldenapron2020#minggu17Pertama kali dalam hidup buat resepi rendang yang ditumis ni.Kebiasaannya,Ain akan masak rendang dengan cara memasukkan semua bahan ke dalam kuali dan reneh sehingga minyak santan terbit dan baru dimasukkan kerisik dan perisa dan sambung masak sehingga kuahnya mengering dan terbit minyaknya.Alhamdullilah...tak kurang hebat rasa rendang daging yang ditumis ini.Janji kita menggunakan bahan asli dan segar pasti hasilnya tidak mengecewakan.Untuk kali ini juga,Ain tambahkan 1 sup bunjut bagi menambah perisa rempah ratus dalam hidangan rendang tumis ini.Yang penting,pastikan cara memasak rendang ini kita kena menggunakan api yang perlahan dan lama masaknya bagi memastikan rendang yang kita masak tahan lama.Selain itu,jangan ditutup rendang yang sudah siap dimasak dan masih panas itu dengan dulang atau tutup periuk.Tutuplah rendang dengan menggunakan tudung saji bagi mengelakkan rendang yang dimasak cepat basi dan rosak.Sesuaikan rasa rendang yang dimasak itu dengan cukup rasa masam,manis dan masinnya.Pasti rendang yang dihasilkan terasa enak dan lazat.Jom,lihat resepinya dan selamat mencuba. Nurain Jalil -
Ketupat Rendang Ria Aidilfitri Ketupat Rendang Ria Aidilfitri
#cookpadmalaysia#marathonraya#rayapertama#peraduanresepiJuadah wajib hari raya mestilah ketupat dan rendang daging.Resepi turun temurun emak saya dan kini sy lah pula yang meneruskan tradisi ni.Sy msk guna noxxa je...40minit..lembut empuk elok.Jom tengok mcm mn masak rendang tu.. Cg Zila Zoom -
-
Rendang Sate Daging Rendang Sate Daging
Rendang Sate Daging.Inilah juadah raya yang faa masak 1 Syawal hari tu.Rendang paling simple dan Insyallah sedap.Pokwie puji taw 😍.Kaedah yang senang, tanpa minyak, takyah daun daun kunyit, takyah daun limau.Memang rasa sate tapi versi rendang. Kakak Faa -
Pajeri Rebung Hutan Fresh Pajeri Rebung Hutan Fresh
Resepi turun temurun bonda tercinta lemon_madukitchen -
Rendang daging Rendang daging
#bazaarramadan #goldenapron2020 #minggu5 Memandangkan Aidilfitri bakal menjelang beberapa hari lagi, maka di sini saya kongsikan resipi rendang daging istimewa. Kenapa istimewa? Kerana ia tidak perlu menggunakan rempah seperti kulit kayu manis, bunga lawang dan sebagainya. Bumbu rendang 100% daripada bawang,lengkuas dan serai. Resipi istimewa daripada bonda mertua, saya kongsikan di sini supaya mudah juga untuk rujukan saya pada bila-bila masa 😊 Zareena Shahmarudin -
Rendang Ayam Cili Padi Rendang Ayam Cili Padi
Resepi Rendang Ayam yang memang sangat sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.Kalau nak lebih sedap, gunakan santan dari kelapa segar. Nora Hj Talib -
Rendang Daging & Hati Rendang Daging & Hati
Daging korban ada lagi...teringin nak buat rendang campur-campur.Cari resipi cookpaders terjumpa resipi Rendang Daging & Paru oleh Secubit Rasa Cik Nani.Tengok cara buat ringkas je tapi saya cuba ringkaskan lagi😃.Bila nak buat baru perasan saya tak de paru...yang ada daging dan hati je...boleh lah...jadi rendang campur-campur.#cooksnaphunt #goldenapron2020 Mamamikael Oven -
Rendang ayam (juadah hari raya) Rendang ayam (juadah hari raya)
Juadah istimewa yg jadi kegemaran kami seisi keluarga Atie SweetChocbakeries -
Rendang Tok #MaratonRamadhan Rendang Tok #MaratonRamadhan
Kegemaran orang Perak, wajib ada bila lebaran. Tak hari raya pun boleh jadi hidangan.. tahan lama rendang ni .. Julia ALeen Aireish -
Rendang Daging Rendang Daging
Rendang di hari raya. Nampak cliche je kan? Tapi kalau takde rendang rasa tak lengkap raya kita. Jom kita bikin rendang daging. Resipi anti gagal. Very straightforward. Sangat mudah. Masukkan semua bahan dalam kuali dan masak hingga siap!#allaboutaidiladha Hayati Hamdan
Lebih Banyak Resipi
Komen