Dendeng Cili Padi #PinkBoxCereal

Daging Dendeng amat sinonim dengan musim perayaan , namun ia tidak lagi asing semasa bulan Ramadan . Walaupun prosesnya agak merumitkan , akan tetapi kenikmatan dan kelazatannya berbaloi baloi seraya dengan proses pembuatannya . Jom kita cuba !
Dendeng Cili Padi #PinkBoxCereal
Daging Dendeng amat sinonim dengan musim perayaan , namun ia tidak lagi asing semasa bulan Ramadan . Walaupun prosesnya agak merumitkan , akan tetapi kenikmatan dan kelazatannya berbaloi baloi seraya dengan proses pembuatannya . Jom kita cuba !
Cara Memasak
- 1
Rebus 1 kg daging tadi tanpa dihiris. Rebus sehingga empuk atau 1/2 empuk. Kemudian kisarkan bawang merah, bawang putih serta cili padi tadi.
- 2
Di dalam bekas berasingan satukan Kicap Lemak Manis, Kicap Masin dan Kicap Nampla serta gula (jika perlu). Kacau sebati.
- 3
Apabila daging sudah cukup empuk, toskan kemudian hiris nipis mengikut ira/urat daging.
- 4
Setelah dihiris, tumbuk daging menggunakan lesung batu. Tumbuk sehingga daging kelihatan sedikit hancur/lerai dari urat. Leraikan lagi daging supaya senang untuk dimakan.
- 5
Masukkan daging yang telah lerai tadi ke dalam adunan kicap dan gaul sebati. Perap setengah jam.
- 6
Panaskan minyak, boleh masukkan serai yang diketuk, dan juga rempah 3 sekawan tadi kemudian keluarkan semula. Boleh abaikan jika tidak gemarkan rasa rempah ini. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
- 7
Apabila bahan tumisan sudah keperangan masukkan daging yang telah diperap tadi. Kecilkan api dan sentiasa kacau supaya tidak hangit. Boleh tambah sedikit air jika kelihatan hangus. Masak sehingga kelembapan yang diinginkan. Jangan sampai jadi serunding ya. Siap untuk dihidang.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi



Komen