Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

#goldenapron2020
#minggu31
Bila nak masak lemak pucuk paku, jenis batang muda diperlukan. Tapi agak susah juga nak jumpa sebab penjual campur pucuk paku muda dan tua dalam satu ikat. Kadang-kadang terpaksa belek lama nak beli pucuk paku😅

Kebetulan en suami yang beli pucuk paku, saya masak jea la. Banyak juga tak boleh ambil sebab batang pucuk paku keras.

Salah satu menu yang biasa masak yang guna pucuk paku adalah masak lemak cili api. Jom cuba masak resepi yang mudah ini😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1ikat pucuk paku
  2. 1 kotakkecil santan
  3. 1inci kunyit hidup
  4. 1biji bawang besar
  5. 10biji cili padi
  6. 1sudu besar gula (secukup rasa)
  7. 1sudu kecil garam (secukup rasa)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Potong pucuk paku, letak tepi. Kisar cili padi, bawang besar dan kunyit

  3. 3

    Tumis bahan kisar dengan sedikit minyak sampai naik bau. Jika tak nak tumis pun boleh. Kemudian masukkan santan. Kacau sentiasa

  4. 4

    Bila sudah mendidih, masukkan pucuk paku, gula dan garam. Sentiasa kacau agar santan tidak pecah minyak. Siap dan boleh dihidangkan dengan nasi panas. Senang kan😍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen (2)

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
sedapnya tgk masak lemak ni.. merecik rasanya..

Resipi Sepertinya