Stimboat Cendawan ala Tom Yam Korea

Dapoq Kak Del
Dapoq Kak Del @Adel_Adila81

#goldenapron2020

Malam kelmarin kak del dan suami tengok satu cerita Korean berkenaan tentang masak-masak.

Resepi ni ala-ala stimboat dengan pelbagai jenis cendawan dan sayur. Nampak sedap sangat.

Suami kak del kata nanti buat ye letak cendawan banyak jenis macam tu. Tadi terus ke CS beli barang dapur memang beli lah macam-macam jenis cendawan sampai kak del pun tak tau namanya. 😂😂. Asalkan cendawan. Jadi yang nak mencuba beli lah apa2 pun jenis cendawan. Cuma kak del tak beli shitake je lah.

Simple je resepinya.

Stimboat Cendawan ala Tom Yam Korea

16 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020

Malam kelmarin kak del dan suami tengok satu cerita Korean berkenaan tentang masak-masak.

Resepi ni ala-ala stimboat dengan pelbagai jenis cendawan dan sayur. Nampak sedap sangat.

Suami kak del kata nanti buat ye letak cendawan banyak jenis macam tu. Tadi terus ke CS beli barang dapur memang beli lah macam-macam jenis cendawan sampai kak del pun tak tau namanya. 😂😂. Asalkan cendawan. Jadi yang nak mencuba beli lah apa2 pun jenis cendawan. Cuma kak del tak beli shitake je lah.

Simple je resepinya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30-45 minit
4 orang
  1. 10cendawan butang
  2. 2paket enoki
  3. 1paket cendawan tiram panjang
  4. 1paket cendawan shimeji
  5. 1paket tauhu telur
  6. 3 batangsayur park choy
  7. 2tangkai ketumbar (bersihkan akar, hiris halus daun & tangkai)
  8. 2 ulasbawang putih ditumbuk halus
  9. 1inci halia di ketuk
  10. 1paket perencah Tomyam Adabi
  11. 3sudu besar cili Ghocunjang
  12. 2sdb madu
  13. 1sdt garam
  14. 1sdt serbuk perasa Pasti Sedap
  15. 1jug air
  16. 1biji bawang Holland hiris kasar
  17. 6biji bebola ikan
  18. 3 batangkek ikan

Cara Memasak

30-45 minit
  1. 1

    Sediakan bahan. Rebus air dalam periuk. Masukkan bawang putih, halia dan akar ketumbar.

  2. 2

    Masukkan perencah tom yam, cili gochunjang dan biarkna mendidih.

  3. 3

    Masukkan bebola dan kek ikan. Kemudian masukkan semua jenis cendawan, tauhu telur dan sayur park choy. Biarkan semua masak.

  4. 4

    Masukkan madu, garam dan serbuk perasa. Akhir sekali masukkan daun ketumbar. Sedia dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapoq Kak Del
Dapoq Kak Del @Adel_Adila81
pada

Komen

Resipi Sepertinya