Bayam Tumis Stail IBU

Masakan mudah je ni. Tapi Kak Del ambil masa beberapa tahun nak dapat tekstur dan skill yang sama macam masakan ibu mertua kak del. Kadang-kadang jadi. Kadang-kadang tak. 😅
Kenapa kak del cuba juga masak gaya ibu mertua ni, sebab suami dan anak-anak lebih sukakan sayur yang dimasak oleh nenek mereka. Anak-anak kak del memang suka meratah sayur sahaja. Nak tak nak kak del cuba lah juga. #usahatanggakejayaan
Jom tengok resepu ringkas dan mudah.
Bayam Tumis Stail IBU
Masakan mudah je ni. Tapi Kak Del ambil masa beberapa tahun nak dapat tekstur dan skill yang sama macam masakan ibu mertua kak del. Kadang-kadang jadi. Kadang-kadang tak. 😅
Kenapa kak del cuba juga masak gaya ibu mertua ni, sebab suami dan anak-anak lebih sukakan sayur yang dimasak oleh nenek mereka. Anak-anak kak del memang suka meratah sayur sahaja. Nak tak nak kak del cuba lah juga. #usahatanggakejayaan
Jom tengok resepu ringkas dan mudah.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih dan merah sehingga layu. Masukkan pula cili dan ikan bilis. Gaulkan sebentar. Masukkan garam.
- 3
Masukkan pula bayam dan sedikit air. Kacau sehinga sayur layu dan masak. Sedia dihidangkan.
Resipi Sepertinya
-
Nasi Goreng Cili Padi Pedas Berdengung Nasi Goreng Cili Padi Pedas Berdengung
#goldenapron2020Anak-anak kak del suka sangat dengan nasi goreng tapi mesti yang pedas. Kak del pun tak tau lah nak letak banyak mana cili padi nya. 😅Kangkung pula hasil kak del cucuk tanam sejak PKP tempoh hari dan cili semua hasil tanaman ibu mertua kak del dan ada juga pokok yang mak kak del beri dari kampung. 😍Jom cuba resepi nasi goreng peras ni. Dapoq Kak Del -
Sawi Bunga Tumis Udang Mak Mertua Stail Sawi Bunga Tumis Udang Mak Mertua Stail
Air tangan mak kita or mak mertua memang terbaik. Resepi mudah ini menjadi kesukaan suami dan anak-anak saya di tambah dengan rasa manis udang. Wallah gitu.Suami siap pesan kalau boleh nak masak sayur ikut stail mak dia. Makan bertambah sebab suami ku peminat sayur. Jom kita tengok resepi. Dapoq Kak Del -
-
Bayam Tumis Bayam Tumis
#goldenapron2020#mingguke27Saya sangat suka dengan sayur bayam. Setiap minggu, selang beberapa hari mesti ada sayur bayam. Tak kira jenis masakan apa sekalipun memang saya suka. Kalau malas, saya buat sup sayur bayam sahaja. Tapi disebabkan hari ni saya masak sambal udang, lebih sesuai jika bayam ini ditumis sahaja.Suami saya tahu saya dan anak perempuan penggemar sayur. Kadang-kadang dia geleng kepala bila nampak saya jalan terkedek-kedek dengan memegang bayam. Saya paksa suami dan anak-anak makan bayam setiap kali saya masak. Sayur bayam ni banyak khasiatnya. Rasanya pun manis dan semestinya sedap.Selamat mencuba 😚 Gyna Elenna -
Ayam Masak Merah Ayam Masak Merah
#goldenapron2020 #minggu16Menu yang selalu kak del masak untuk anak-anak kerana kesukaan mereka. Bila tanya ayam nak masak apa? Nilah antata jawapan mereka.Senang kak del tak perlu nak fikir menu lain dah.Jom tengok resepi. Dapoq Kak Del -
Sambal Goreng Sambal Goreng
#goldenapron2020 #minggu4Sepanjang usia perkahwinan 12 tahun kak del hanya menolong mertua membuat sambal goreng ini. 😅 Tiba-tiba kelmarin terasa teringin sangat makan sambal goreng. Apalagi terus kak del cari bahan di kedai runcit kampung. Tq mak beri tunjuk ajar. Alhamdulillah hasilnya sedap cuma kalau ada petai lagi power review daripada husband kak del. 😍Oh ye menu sambal goreng ni merupakan menu wajib orang Jawa di sini sempena hari raya. Macam-macam versi yang ada. Ini salah satu daripadanya. Selamat mencuba. Dapoq Kak Del -
Mihun Goreng Cili Padi Mihun Goreng Cili Padi
#goldenapron2020Ramadhan tempoh hari kak del skodeng cara ibu mertua buat mihun goreng cili padi tambah pucuk paku. Tapi disebabkan pucuk paku takde, kali ni kak del cuba buat dengan sayur kangkung pula itu pun hasil berkebun sepanjang pkp tempoh hari.Alhamdulilah sedap juga. Mudah je mihun goreng ibu mertua kak del ni. Eh tiba-tiba dah siap je.Jom lihat resepi. Jangan lupa mencuba. Dapoq Kak Del -
Bayam masak bening Bayam masak bening
#goldenapron2020#minggu19Masakan sayur ni kalau tak ada atas meja makan,macam tak cukup regu dia dengan lauk utama.Jadinya,lauk masak bening ni paling mudah dan senang untuk disediakan.Nak ditumbuk atau dihiris bahan tumisnya pun boleh.Kita yang buat dia.Jom lihat resepi simple ni 😉 Nurain Jalil -
Ayam Tumis Kasih Ibu Ayam Tumis Kasih Ibu
#goldenapron2020Amni anak kak del no 3, dia ni rajin mencuba resepi-resepi yang kak del masak.Hari ini, dia request lagi sekali menu kak del ni. Tapi kak del olah supaya lagi sedap dan menarik.Bahan-bahan kebetulan apa yang ada dalam peti ais je ni.Selamat mencuba. 😍 Dapoq Kak Del -
Bayam goreng ❤️ Bayam goreng ❤️
#tribute2minsha#bebasMenu anak anak yang paling digemari.Dipadankan bersama ikan kembung goreng garing.Si ibu Dan ayah tambah menu sambal bilis tumbuk.Sedap kan.... 😂 Salween -
Sambal Bunga Kantan Sambal Bunga Kantan
#goldenapron2020 #minggu14Hari tu dok lalu lalang sambal bunga kantan di fb. Teringin lah pula Kak del memang suka bunga kantan. Terus pi kebun belakang rumah dan kutip bunga kantan. Yang lebih tu kak del dah bagi pada rakan sekerja.Next trip bunga kantan nak bagi member tempat kerja lama. Haritu nak kirim terlewat hantar pd anak buah. 😅 Tadi dah riki2 kat kebun ada lah 7-9 kuntum bunga sedang elok tapi lom mekar lagi. Ok kut kan.Jom tengok resepi. Dapoq Kak Del -
Sayur Bayam Ubi Keledek Sayur Bayam Ubi Keledek
Anak-anak Kak Long cukup suka sayur bayam . Kadang-kadang diaorang ratah gitu saja sayur bayam . Di dalam semangkuk sayur bayam telah complete semua khasiat. Protein dari ikan bilis, karbohidrat dari uni keledek dan khasiat dari sayur bayam itu sendiri .#GoldenApron23 Nana Isya
Lebih Banyak Resipi
Komen