Chocolate Blackout Cake

#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad
Lama dah rasanya saya tak buat kek yang berhias ni. Tapi disebabkan semangat nak join contest kali ni, ku gagahkan jua buat kek yang ada topping. Tangan saya terlalu kaku untuk menyalut cream pada kek. Sebab tu saya jarang sekali untuk buat kek sebegini. Sudah berapa hari saya scroll up and down page Apa kau rasa. Satu persatu video resipi tu saya tonton sambil menelan air liur. Banyak sungguh resipi yang menambat hati. Kalau boleh semua nak dibuat. Tapi apakan daya, melihat tangan ku sendiri rasa keberanian tu belum cukup kuat. 🤣
Setelah gigih meniru bulat-bulat resipi Kak Sue, Alhamdullillah menjadi juga kek saya.
Wahhhh!!! gembiranya hati saya bila si tuan hakim yang menjadi juri untuk merasa kek saya berkata “ best of the best “ ( sambil tunjuk ibu jari okay )
Kembang hati semangkuk dan senyum sampai ke telinga sepanjang hari. Terima kasih Kak sue untuk resipinya. Nanti bulan November saya nak buat lagi sekali kek ini untuk menyambut hari ulang tahun suami.
Untuk pencinta chocolate diluar sana, you all kena cuba resipi ini. Serious tak rugi dan insyallah menjadi seketul kek.
Untuk memudahkan you all, saya pautkan resipi asal Kak Sue. Semoga resipi ini bermanfaat kepada sesiapa yang Ingin mencuba.
Terima kasih sekali lagi buat Kak Sue!!!
Assalamualaikum 👋🏻
Resipi Asal 👇🏻
https://www.facebook.com/apakaurasakitchen/videos/315413839755493/?vh=e&extid=0&d=w
Cara Memasak
- 1
Bahan A (chocolate ganache). Dalam satu mangkuk tahan panas, satukan dark chocolate dan uht whipping cream. Cairkan secara double boiler. Bila dah cair, masukkan cream cheese. Gaul rata sehingga cream cheese sebati kemudian matikan api. Tapis dan simpan didalam peti sejuk. Gaul setiap 10 minit untuk mencapai konsistensi frosting.
- 2
Bahan B. Dalam satu mangkuk, ayak tepung gandum, baking powder,soda bikarbonat dan serbuk koko. Kemudian masukkan gula pasir, gula perang dan juga garam. Gaul perlahan-lahan dan sebatikan.
- 3
Bahan C. Dalam satu mangkuk, satukan bahan-bahan C. Gaul sebati kemudian satukan dengan Bahan B. Bila adunan sudah sebati dan gula larut, tuangkan kopi panas dan sebatikan lagi.
- 4
Sediakan loyang yang telah di oles dengan butter dan ratakan dengan serbuk koko. Tuang kedalam loyang Kemudian bakar selama 1 jam dengan suhu 180’c atau ikut suhu oven masing-masing. Bila kek sudah siap dibakar, Sejukkan dahulu barulah kita keluarkan dari loyang.
- 5
Potong kek kepada 3 atau 4 bahagian.(kepada yang tak pro seperti saya, boleh potong ikut cara dibawah) Setiap lapisan di oles dengan chocolate ganache yang telah disejukkan tadi. Hiaskan kek mengikut citarasa anda. Wahhhh dah siap Chocolate Blackout Cake saya 😚
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Cake Moist Tornado Cake Moist Tornado
#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad#ApaKauRasa#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaSelalu tengok kek tornado ni Kat sosial media tapi belum pernah rasa dan belum berkesempatan untuk mencuba membuat nya. Sempena ikut meramaikan Pertandingan Baking Apa Kau Rasa X Cookpad, saya tergerak hati untuk mencuba membuat resepi Kek Tornado ini, awalnya saya teringin sangat nak membuat Kek Red Velvet Tapak kuda, memandangkan saya tak punya square pan size 40x40 cm saya pending dulu hasrat untuk membuat kek tersebut. Saya dah pegi carik loyang square pan tu kat kedai barangan kek langganan saya,tapi takde pulak. Inshaa Allah next time saya akan try buat kek Red Velvet Tapak kuda tu😊. Tengah hari tadi saya buat kek Moist Tornado ni,dan Alhamdulillah menjadi dengan jayanya dan rasanya pun Sedap sangat....dah tak kempunan lagi saya dengan Kek Tornado ni 😁. Kerana saya buat dalam bentuk dessert box so dapat lah 8 box kek Moist Tornado ni, dan 3 box saya sedekahkan Kat akak cleaner rumah saya. Saya terpikir next time saya akan Cuba open order kek Moist Tornado ini untuk di jual😊. Terimakasih Kak Sue Apa Kau Rasa kerana berkongsi resepi-resepi yang sangat istimewa pada saya,dengan menyertakan Video cara pembuatannya sekali sangat memudahkan saya untuk mencubanya. Semoga ilmu yang di kongsi menjadi amal jariyah dan semoga blog Apa Kau Rasa semakin maju jaya 😊. Jeehan Kitchen -
Moist Chocolate Cake Moist Chocolate Cake
Tiba² teringin kek cekelat, maka timboi la kek cekelat ni.... Kek ni nampak kering, tp sebenarnya moist.. Lagi satu kalau nk bakar kek ni elok guna 2 loyang sebab kalau guna satu loyang kek lambat masak & akan merekah kat atas tu.. Nak selamat sila guna 2 loyang... Resepi aku amek dr blog rahel. Selamat mencuba... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Chocolate cheese cake Chocolate cheese cake
Saya antara orang yg minat membaking tak kira la buat cake,cookies kuih muih dan masak memasak sekali pun saya minat...dapur adalah tempat ke dua d mana saya banyak luangkan masa saya selain ruang tamu....oleh itu,salah 1 page facebook saya suka tengok adalah facebook @ApaKauRasa dan sy byk bljr resepi cake dr sana sehingga saya mau cuba buat salah 1 resepi cakenya....kebetulan bulan september adalah bulan hari jadi husband so saya mau buat cake untuknya menggunakan resepi @ApaKauRasa.....Oleh kerana husband suka cake chocolate saya try la buat chocolate cheese cake dr resepi @ApaKauRasa...dan bestnya ianya menjadi dgn jayanya dan paling penting sangat sedaaappp...husband & anak2 sangat suka...terima kasih kepada @ApaKauRasa kerana sentiasa berkongsi resepi 💓 #Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad Hana Yohanis -
Chocolate Blackout Cake Chocolate Blackout Cake
Kek coklat paling sedap! Rasa sebijik macam kek mcd (belgium cake) tu 🤤🤤 rugi uolls tak try 😍#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad#goldenapron2020 Fatin Husna -
Kek Batik Biskut Jejari Kek Batik Biskut Jejari
Biasa buat kek batik guna biskut Marie. Kali ini kak long try guna biskut jejari pula. Bila potong cantik ja biskut tu jadi bulat-bulat. Nana Isya -
Chocolate Blackout Cake Chocolate Blackout Cake
Kek ni special for my husband sempena birthday dia..❤️ 1st time buat kek 4 layer ni..😆 Alhamdulillah berbunga hati ini bila si dia kata sooo sedap & not to sweet..😋😍 Saya bagi family rasa pn dorang kata sedap..😋😍 Terima kasih Apa Kau Rasa share resepi yg sgt² sedap.. tak sia² mencubanya..😘#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad#goldenapron2020 Nur Fazlina -
Kek Coklat Viral Kek Coklat Viral
#cakeSiap kek viral untuk bawak balik kampung sempena Hari Raya Aidil Adha. Apa yg sebabkan dia viral sebenarnya sebab coklat ganache yang berkilat dan kukuh bukan seperti ganache meleleh yang biasa kita buat dulu2 tu..yang kedua sebab gaya pemotongannya.Yang ketiga, baking hack!Supaya ganache tu nampak elok rata, jika kek yang dibakar tu permukaan tak rata atau membukit, terbalikkan kek, gunakan permukaan bawah kek menjadi bahagian atas untuk di ganache atau kalau terjadinya kek yang over naik menggunung tu, potong je permukaan kek bagi rata, kemudian terbalikkan.Alhamdulillah, sebab Uchu guna suhu rendah bakar kek, kek elok je rata. Tapi Uchu tetap terbalikkan kek jugak sebab nak tunjuk pada cookpaders sebagai panduan, manalah tau boleh membantu…Bagi Uchu nak menyediakan kek dan ganache tu tak lah sesusah mane, tapi untuk pemotongan kek dan pindah dalam kotak ada macam2 hal sikit sebab peralatan tak cukup. Hehe..apapun untuk makan sendiri, alhamdulillah…berjaya jugak lah..Sumber: yt umiatieyah Sesimple Loralin -
Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan
#Bakingwith_ApaKauRasa_Cookpad#ApaKauRasa#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaBismillahirrahmanirrahim...Semoga ada Rezeki saya untuk Memenangi hadiah Mini Oven. Amiin yaa Allah yaa robbal Alamiinn 😊Keluarga saya sememangnya hantu cheesecake dan hantu coklat kek juga. ketika kelmarin saya tengok video Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan yang kak Sue share di page Apa Kau Rasa ,saya terus save video dan tengah hari tadi saya dah buat Japanese Chocolate Cheesecake 3 Bahan tersebut. Walaupun tak menggunakan gula pasir,tapi rasa kek ini sudah cukup manis pada saya,ketika Maghrib tiba saya terus potong kek tersebut untuk juadah buka puasa. Masha Allah sangat sedap dengan rasa yang mewah dan berkrim... Terimakasih kak Sue (Apa Kau Rasa) Sudi share Resepi yang Simple dan sangat sedap ini. Semoga ilmu yang di bagi dapat menjadi amal jariyah 😊. Amiin yaa robbal Alamiinn Jeehan Kitchen -
Kek Coklat Leleh Kek Coklat Leleh
056/Mac2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1856 #pejuang2kresipi❤️Global Apron 2024 Challenge 1: Kids' Stuff ❤️ #GlobalApron2024 #tepunggandum #serbukkoko #chocolatechips #majerin.Kek ni hakak masak ahad lepas untuk majlis BBQ, doa selamat dan makan2. Kek ni hakak buat versi orang malas2 je tapi yang penting coklat tu meleleh. Anak2 sedara suka ler🤭. Hakak sebagai mak sedara pun non stop curi2 makan masa tuang coklat tu. Actually kek ni dihidangkan separuh je. Separuh lagi kena makan😆😆😆. Tu pasei tak tinggi mana pun keknya 😅. Lama tau tak makan kek coklat. Dulu kek ni hakak buat jual. Dulu lah. Sekarang takde dah. Tu bila dapat makan yang ni. Sendiri yang excited 😬.Kek ni sebaiknya selepas topping dengan ganache tu simpan dalam 1jam dalam peti sejuk sebelum dimakan. Nak pulak cuaca panas gini, cepat betul cair coklatnya. Sambil2 snap gambar pun rupa bentuk boleh hilang tau 😂.Bahan yang digunakan :* Tepung gandum (1)* Majerin (1)* Serbuk koko (2)* Chocolate Chips (2)Total = 6points 🎊 Salina Jalaludin -
Kek Batik Ganache Kek Batik Ganache
Hari ini Kita buat kek batik ganache untuk minum petang#kopi#telur#sebukkoko#CookpadApron2025 Nana Isya -
Kek Coklat Kunafa Pistachio Kek Coklat Kunafa Pistachio
Assalamualaikum semua.... Hari ni kita kembali dengan kek birthday untuk tahun ni.... Selamat hari tua lah kann...... Hahaaa.... Kalau ikutkan aku nak buat yg versi ketuk² bahagian coklat tu. Tp yg tu kena buat dlm bekas kecik² br cantik. Yang ni versi coklat ganache lembut. Lps ni buleh la try versi ketuk² tu. Kalau rajin lahhh.... Hahaaa..... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen ) -
Russian Black & White Chocolate Cake Russian Black & White Chocolate Cake
Dulu pernah buat versi empat segi. Kali ni buat versi bulat pulak. Resepi dari blog hanamemories. Aku buat separuh adunan daripada resepi kat bawah tu. Guna 4 biji loyang 6 inci. Tujuan aku guna 4 biji loyang supaya kek cepat masak. Kek ni aku tak kukus macam dalam resepi asal. Aku bakar dalam 35 minit sekaligus sebab oven aku muat 4 biji loyang bulat sekali masak. Jimat dah masa kat situ... Lagi satu, cream & coklat ganache tu pn aku buat separuh adunan. Tp xcukup. Kena tambah sikit lagi. Kalau buat kek 3 lapis cukup la... Wan Muhammad Syafiq ( Syapex Kitchen )
Lebih Banyak Resipi Pilihan
Komen (5)