BULGOGI GIMBAP/KIMBAP

Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
Gerikland, MY🇲🇾

🇰🇷 Gimbap, also romanized as kimbap, is
a Korean dish made from cooked rice, vegetables, fish, and meat rolled in
gim—dried sheets of seaweed—and
served in bite-sized slices. The origins
of gimbap are debated - Wikipedia
➡️ source seonkyounglongest

BULGOGI GIMBAP/KIMBAP

14 orang bercadang membuatnya

🇰🇷 Gimbap, also romanized as kimbap, is
a Korean dish made from cooked rice, vegetables, fish, and meat rolled in
gim—dried sheets of seaweed—and
served in bite-sized slices. The origins
of gimbap are debated - Wikipedia
➡️ source seonkyounglongest

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 sajian
  1. Bahan2 bulgogi
  2. 200 gdaging | hiris kecil memanjang
  3. 1 tbspkicap masin
  4. 1 tspJapanese sweet sauce/gula | substitute mirin
  5. 1/2 tspgaram (optional)
  6. 1 tspminyak bijan
  7. 1/4 tsplada hitam
  8. Bahan2 telur dadar
  9. 1 bijitelur | dipukul
  10. Secubitgaram
  11. 1 tspminyak masak
  12. Bahan2 carrot
  13. 1/2 batangcarrot | hiris julienne
  14. 1/2 tspgaram
  15. 1/4 tsplada hitam
  16. 1/2 tbspminyak | untuk menumis
  17. Bahan2 nasi
  18. 1 cawannasi | akak guna beras wangi
  19. 1 tspminyak bijan
  20. 1/2 tspgaram
  21. 1/2 tspgula
  22. 1/2 tspbijan sangai
  23. 1/4 tsplada hitam
  24. Bahan2 inti lain
  25. danmuji (Korean yellow pickled radish) | potong kecil memanjang
  26. Timun Jepun | potong kecil memanjang
  27. Crab stick | akak omit
  28. Beberapakeping daun salad | optional
  29. Bahan2 lain
  30. 2 kepingseaweed
  31. Sedikitminyak bijan | untuk sapuan
  32. Sedikitbijan sangai untuk hiasan

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Satukan semua bahan bulgogi didalam mangkuk dan ketepikan

  2. 2

    Telur dadar : panaskan 1 tsp minyak masak didalam kuali tidak melekat. Guna tisu dapur & sapu di permukaan kuali untuk ratakan minyak. Pukul telur bersama garam dan masukkan telur kedalam kuali. Masak menjadi telur dadar yang nipis dan terbalikkan. Buat beberapa kali jika guna banyak telur. Sejukkan dan hiris 4 keping memanjang.

  3. 3

    Carrot: Didalam kuali yang sama masukkan minyak masak. Tumis carrot bersama garam & lada hitam. Guna api kuat dan stir fry selama 2 minit atau hingga carrot menjadi lembut. Angkat dan ketepikan

  4. 4

    Bulgogi: panaskan kuali yang sama dan masukkan daging yang diperap. Masak hingga air daging sejat selama 4-5 minit. Akak guna daging premium jadi masa memasak tidak lama. Angkat & ketepikan

  5. 5

    Nasi : didalam mangkuk satukan bahan2 nasi. Gaul rata menggunakan spatula. Tutup mangkuk supaya nasi tidak kering semasa menggulung gimbap

  6. 6

    Letak sekeping seaweed diatas bamboo roller. Pastikan bahagian berkilat menghadap kebawah, yang kasar keatas. Boleh guna 2 lapis seaweed untuk lebih tebal. Sendukkan 1/2 cawan nasi & ratakan dengan jari yang sedikit basah. Tinggalkan sedikit ruang kosong di hujung seaweed.

  7. 7

    Letak kepingan telur dadar, daun salad, crab stick (jika ada), timun, carrot, bulgogi & danmuji secara melintang diatas nasi, dibahagian pangkal gimbap

  8. 8

    Letak kedua2 ibu jari dibawah bamboo roller dan tekan inti dengan semua jari yang lain. Gulung gimbap sambil tekan sedikit supaya nasi & inti menjadi mampat. Hati2 supaya seaweed tak koyak. Keluarkan gimbap dari bamboo roller dan letak bahagian hujung kebawah. Ulang langkah yang sama untuk gimbap seterusnya

  9. 9

    Sapukan minyak bijan keseluruh bahagian gimbap. Begitu juga dengan pisau yang digunakan untuk memotong gimbap supaya nasi tidak melekat dipisau. Boleh taburkan bijan diatas gimbap sebelum dipotong. Potong gimbap setebal 1/2 ke 3/4 inc dan taburkan sedikit bijan.

  10. 10

    Hidangkan bersama kimchi jjigae atau ramyun. Jika ada lebihan simpan didalam bekas kedap udara & simpan didalam peti sejuk. Gimbap tahan hingga 2 hari. Hepi meneraiiii 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
pada
Gerikland, MY🇲🇾
ig : 71keroroyz masakan ala cafe & fusion, hepi meneraiiii ✌️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya