Wantan Goreng

Ell Roosly
Ell Roosly @cook_17802479
Kulim Kedah

#goldenapron Saya lebih suka jika inti wantan ini dimasak terlebih dahulu supaya rasanya lebih enak.

Wantan Goreng

#goldenapron Saya lebih suka jika inti wantan ini dimasak terlebih dahulu supaya rasanya lebih enak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
4-6 orang
  1. 1peket kulit wantan segera
  2. 3sb minyak untuk menumis
  3. 1sk garam
  4. 3sb sos tiram
  5. 1/2 cawanair
  6. 1sb tepung gandum + 1/4 cawan air untuk dijadikan gam
  7. Minyak untuk menggoreng
  8. Inti (cincang halus) :
  9. 1labu bawang besar
  10. 4ulam bawang putih
  11. 1inci halia
  12. 1/2biji cili merah - dibuang biji
  13. 25ekor udang
  14. 1 batanglobak merah - didadu
  15. 1peket white crad mushroom -dihiris sederhana halus
  16. 5kuntum dried mushrom - dihiris sederhana halus

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau. Masukkan air, sos tiram, lobak merah dan udang. Kacau rata. Masukkan 2 jenis cendawan tadi dan masukkan garam secukup rasa. Setelah lobak merah lembut, tutup api dan ketepikan sebentar.

  2. 2

    Ambil sekeping kulit wantan dan letakkan 1/2 sudu kecil inti di tengah-tengah kulit tersebut. Sapukan gam tepung gandum tadi di sekeliling inti. Bentukkan wantan tersebut seperti di dalam gambar. Ulang sehingga habis.

  3. 3

    Panaskan minyak. Goreng wantan secara deep fry sehingga golden brown. Angkat dan toskan minyak. Siap untuk dihidangkan. Enak dinikmati semasa panas bersama sos cili.

  4. 4

    Tips : untuk lebih enak, anda boleh menambah sedikit serbuk perasa semasa memasak inti. Jika ingin sejuk bekukan wantan tersebut, taburkan sedikit tepung supaya ianya tidak melekat. Anda juga boleh mengukus wantan ini atau dimasak/direbus bersama sup. #goldenapron

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ell Roosly
Ell Roosly @cook_17802479
pada
Kulim Kedah
Saya seorang ibu kepada sepasang cahaya mata. Memasak perlu ikhlas dari hati. Tak ikhlas, masakan takkan jadi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya