🇹🇭 PAD KRA PAO TERUNG & AYAM

Resipi pad kra pao yang ini menarik sebab ditambah terung. Tapi rasanya tetap sedap dan menarik dengan aroma daun Thai basil atau selasih Thai didalamnya. Hepi meneraiiii 😉
🇹🇭 PAD KRA PAO TERUNG & AYAM
Resipi pad kra pao yang ini menarik sebab ditambah terung. Tapi rasanya tetap sedap dan menarik dengan aroma daun Thai basil atau selasih Thai didalamnya. Hepi meneraiiii 😉
Cara Memasak
- 1
Potong terung panjang kepada bentuk baji. Bersihkan dan airfry pada suhu 200c selama 8-10 min. Balik balikkan hingga kekuningan dan angkat. Boleh juga goreng terung didalam minyak panas yang banyak hingga kekuningan dan angkat
- 2
Tumbuk cili padi merah, cili merah & bawang putih. Tidak perlu hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga wangi & sedikit garing
- 3
Masukkan ayam kisar. Besarkan api dan kacau sambil leraikan supaya ayam tidak berketul, hingga airnya sedikit kering
- 4
Masukkan semua bahan perasa iaitu taucu, kicap cair, sos tiram, dan sos ikan Kacau lagi 1 minit
- 5
Masukkan terung. Kacau lagi. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu kering. Kacau lagi 1-2 minit (K’roy masukkan air bilasan lesung batu)
- 6
Kemudian masukkan Thai basil. Tutup api dan kacau rata. Hidangkan bersama nasi putih & telur mata goreng. Hepi meneraiiii 😉
Sudah mencuba resipi ini? Hantar Cooksnap anda!
Beritahu Kak Roy bagaimana hasilnya.
Berterima kasih dengan sekeping foto
Seseorang telah memasak resipi anda dan menghantar Cooksnap!

Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi




















Komen