Kuih Bom Ikan / Paung Goreng

#CookpadApron2026
WEEK 20: GORENG SEDAP !
Setiap kali pulang ke kampung halaman di Terengganu bom ikan ini lah yang akk cari biasa ada dijual pada waktu pagi untuk sarapan atau menu petang hari...selalunya pasar2 malam pun ada jual, digoreng panas2
memang enak kalau setakat 10 biji akk boleh makan sorang sedar2 licinnn.😁😍😘
Bagi golongan muda belia dikenali dengan nama Bom ikan, tersilap cara masak kuih ini akan meletup2 sbb tu kut dipangiil kuih bom😅😁...bagi kami yg makcik2 atau nenek kebiasaan nya dikenali dengan nama Paung Goreng sambal ikan...ramai orang tidak kenal kuih ini, hanya ada di Terengganu sahaja dan salah satu kuih tradisi negeri Terengganu tiada di negeri2 lain.
Sekali makan pasti jatuh cinta itu lah uniknya
kuih bom ikan ini...anak bujang akk xsuka makan ikan tapi segala jenis kuih muih berinti ikan dia makan...Istimewanya kuih ini inti ikan atau sambal ikan ini boleh hasilkan bermacam2 kuih seperti karipap ikan, ropa ikan dan pulut leper ikan...semuanya kuih dari negeri Terengganu...untuk resipi ini akk kongsi cara dan tema week 20 Goreng Sedap !
Ajom tengok cara akk masak.😍🥰

Cara Memasak
- 1
Sediakan kesemua bahan2 yg akk tulis,langkah pertama sediakan bahan inti atau sambal ikan,ikan direbus ambik isi sahaja, bawang putih dan halia ditumbuk,bawang besar didadu kecil,satukan bawang besar, bawang putih,halia dan halba serta santan kacau2 tambahkan 250 ml air dan masukkan isi ikan yg ditumbuk halus...
- 2
Inti ikan di masak hingga kering dan perai...sentiasa kacau supaya tidak hangus...tambahkan 5 sdm gula dan garam sesuai citarasa dan sedikit serbuk perasa...kacau2 biar semuanya sekata dan kering elok...siap sejukkan seketika... (rujuk gambar di bawah) Inti ikan ini akk buat dalam kuantiti yg banyak untuk prep nanti mudah untuk akk buat kuih dilain masa nak buat karipap ikan atau inti kuih ropa pun boleh.
- 3
Langkah kedua sediakan bahan untuk adunan tepung...satukan kesemua tepung dan tambahkan santan,garam dan air uli hingga adunan tidak melekat ditangan...(Sukatan air bergantung pada saiz sukatan cawan tepung) Jangan masuk air sekali serentak ya...tambah sikit2 ikut keperluan...😊
- 4
Bila adunan tepung dah elok rehatkan dlm 7 minit dan mulakan proses untuk bulat2 kan adunan bersaiz sebesar bola ping-pong rujuk gambar dibawah cara2nya ambik adunan dan leperkan kemudian letak sambal ikan dan kemas adunan berbetuk bulat (seperti buah melaka) dan terus masukan kedalam minyak...minyak masak jangan terlalu panas dan api dapur pelahan...(Baca tips)
- 5
Biar bom ikan kekuningan dan terbalikkan biar kuning dan garing sekata (jangan kerap dikacau kerana bom akan meletup dan sangat bahaya bila terkena minyak panas hati2 ya)...bila semua dan garing elok toskan minyak...ulangi proses menggoreng hingga selesai.
- 6
Kuih Bom Ikan...#StyleAzaAaj is done, Alhamdulillah Sedap Sokmo...jemput jemput cuba ya tersangat sedappp...insyaAllah resepi akk share ini kuih bom tidak meletup...😁😘♥️
Tip
Jangan terlalu kerap kacau Bom Ikan ketika proses menggoreng,minyak jangan terlalu panas tidak boleh api dapur besar ya... takut kuih akan meletup2...#TipSAza
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen