Char Kuetiau

Cookpad Apron Challenge 2026 : Mee Bihun Kuey Teow Semua Boleh
Encik suami selalu beli kuetiau, mi kuning, taugheh dan sayur sawi. Saya tengok pun dah naik muak dibuat nya. Tak tahu lah saya kenapa lah dia suka sangat makan kuetiau dan mi kuning. Bagi saya kalau kuetiau tu kira masih boleh diterima tetapi mi kuning tu yang saya tak berapa nak suka. Sejak usia dah semakin senja ni, perut kalah dengan mi kuning, mesti berangin badan lepas makan mi kuning. Kalau angin senang nak keluar takpe lah jugak ni sejenis angin yang degil tak nak keluar tetapi asyik mengeluarkan bunyi di perut (bukan lapar) dan terasa menyucuk² di dalam badan. Kalau bihun, saya suka dan takde masalah nak makan.
Apabila dengan tengok jer mi kuning dan kuetiau pun dah rasa muak memang takde hati nak masak tetapi mengenangkan sayur²an tu nanti takut rosak apabila lama tak dimasak menyebabkan saya terpaksa jugak masak dan makan sebab tak nak membazir 🙄🤨

Cara Memasak
- 1
Sediakan kesemua bahan. Panaskan minyak masak dan goreng udang hingga udang bertukar warna dan masak.
- 2
Kecilkan api dan angkat udang. Tumis bawang putih guna minyak yang sama hingga naik bau. Masukkan sos char kuetiau dan stok udang, gaul rata.
- 3
Besarkan api dan biar kuah mendidih, masukkan kuetiau dan daun kucai, kacau rata seketika 1-2 minit. Masuk gula, serbuk perasa dan Maggi cukup rasa serta udang tadi. Adjust rasa mengikut sesuai selera.
- 4
Masukkan telur dan taugeh. Kacau rata hingga telur bersalut rata dengan kesemua bahan. Tak payah lama menggoreng nya apabila sudah masukkan taugeh sebab nak taugeh tu rangup. Tutupkan api.
- 5
Angkat dan boleh lah terus dihidangkan panas² bersama cili potong jeruk semasa kuetiau masih lagi nampak basah dan lembab.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)