Cekodok Pisang/ Jemput Jemput Pisang

Noor Ashikin Saerah
Noor Ashikin Saerah @cook_10103734
Perak, Malaysia

Assalamualaikum. Finally, jadi juga cekodok pisang bulat² saya selepas banyak kali gagal membuatnya sebelum ni. Benar. Memang cekodok leper/ cekodok tak berbentuk tu boleh dimakan. Tapi, saya ada perasaan jealous bila tengok orang lain boleh buat & nak cuba juga sampai jadi. Nak jadikannya bentuk bulat ni sebenarnya perlukan sedikit skil & jangan geli menggunakan jari ketika menjemput adunan ke dalam minyak panas.

Resipi ni merupakan basic recipe dari saya. Ia menghasilkan cekodok yang sedikit pejal, tidak terlalu lembut & lembik serta of course kena dengan selera saya. Kalau dulu, masa arwah mak ada, saya buat cekodok tak ada sukatan. Masa masukkan tepung tu just tanya mak 'dah cukup ke belum' sambil masukkan sesudu demi sesudu tepung. Tapi, bila mak dah tak ada ni, kenalah pandai² adjust & create resipi yang kena dengan selera sendiri 😊.
.
Nota:
- Adunan cekodok dalam resipi ini sememangnya kental & tidak perlu ditambah air.
- Gunakan 5 jari ketika menjemput adunan cekodok ke dalam minyak panas.
- Basahkan hujung jari dengan sedikit air sekiranya sukar untuk menjemput adunan cekodok.

#madefromscratch #foolproofrecipe #homemadefood #cookbyshikinsaerah #smallportionbyshikinsaerah #cookandsharebyshikinsaerah #cekodokpisang #jemputjemputpisang #foodblogger #shikinsaerahrecipe #stepbystepbyshikinsaerah

Edit recipe
See report
Share
Share

Ingredients

5 orang
  1. 2cawan pisang masak ranum (dilecek) - (6 ulas pisang abu)
  2. 3/4-1cawan tepung gandum
  3. 1-2sdb gula pasir
  4. 1/2sdt garam halus
  5. 1sdt soda bikarbonat
  6. Minyak masak secukupnya untuk menggoreng

Cooking Instructions

  1. 1

    Campurkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Kacau adunan sampai rata.

  2. 2

    Perapkan adunan selama 15-20 minit.

  3. 3

    Panaskan minyak masak di dalam kuali. Basahkan hujung jari dengan sedikit air & jemputkan adunan ke dalam minyak masak yang telah dipanaskan.

  4. 4

    Goreng sehingga keperangan dengan api sederhana supaya cekodok tidak cepat hangus. Setelah masak, toskan minyak berlebihan & sedia untuk dihidangkan semasa sarapan/ minum petang.

Edit recipe
See report
Share

Cooksnaps

Did you make this recipe? Share a picture of your creation!

Grey hand-drawn cartoon of a camera and a frying pan with stars rising from the pan
Cook Today
Noor Ashikin Saerah
Noor Ashikin Saerah @cook_10103734
on
Perak, Malaysia

Comments

Similar Recipes