Inti Kacang Merah

Noor Ashikin Saerah
Noor Ashikin Saerah @cook_10103734
Perak, Malaysia

Assalamualaikum. Ini inti kacang merah yang saya buat. Saya dapat hampir penuh jugaklah bekas Tupperware berkapasiti 2L saya tu. Dalam gambar ni, intinya dah tinggal separuh. Macam² boleh dibuat dengan inti ni antaranya filling roti, pau, apam solo & tak ketinggalan bungeoppang yang sedap tu. Curi² makan dengan roti putih pun saya suka 😋.
.
Saya suka buat sendiri apa jua filling sebab boleh control perasanya mengikut citarasa sendiri. Tapi, kalau malas melayan benda yang remeh ni, boleh saja dapatkan di mana² bakeri berhampiran 😊.
.
Nota:
- Penggunaan gula yang banyak membuatkan inti kacang merah tahan lama (+- 1 bulan).
- Boleh gantikan penggunaan gula merah kepada gula pasir.

#madefromscratch #foolproofrecipe #homemadefood #cookbyshikinsaerah #smallportionbyshikinsaerah #cookandsharebyshikinsaerah #intikacangmerah #foodblogger #shikinsaerahrecipe

Edit recipe
See report
Share
Share

Ingredients

+-2.0kg inti
  1. 500 gkacang merah
  2. 3helai daun pandan
  3. 500 ggula pasir
  4. 250 ggula merah
  5. 2cawan minyak masak/ minyak jagung
  6. 1/4cawan tepung gandum
  7. Sedikit garam halus

Cooking Instructions

  1. 1

    Cuci & rendam kacang merah semalaman.

  2. 2

    Rebus kacang merah hingga mengembang & benar² empuk.

  3. 3

    Sejukkan kacang merah & asingkan air rebusan.

  4. 4

    Kisar kacang merah sedikit demi sedikit dengan air rebusan. Terpulang jika mahu kisar sehingga betul² halus/ tidak.

  5. 5

    Masukkan kisaran kacang merah ke dalam kuali bersama dengan daun pandan. Masak sehingga mendidih.

  6. 6

    Masukkan gula, gula merah & sedikit garam halus. Biar sehingga gula larut & sebati.

  7. 7

    Masukkan minyak & kacau hingga sebati. Masak sehingga mendidih & likat dengan API SEDERHANA & SENTIASA DIKACAU SUPAYA ADUNAN KACANG MERAH TIDAK HANGIT & BERKERAK.

  8. 8

    Kemudian, ayakkan sedikit demi sedikit tepung gandum ke atas adunan kacang merah sambil terus dikacau hingga sebati.

  9. 9

    Teruskan mengacau & kaup balik sehingga adunan kacang merah tidak melekat pada kuali.

  10. 10

    Setelah cukup masak, masukkan inti kacang merah ke dalam bekas dan sejukkan. Simpan inti di dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.

Edit recipe
See report
Share

Cooksnaps

Did you make this recipe? Share a picture of your creation!

Grey hand-drawn cartoon of a camera and a frying pan with stars rising from the pan
Cook Today
Noor Ashikin Saerah
Noor Ashikin Saerah @cook_10103734
on
Perak, Malaysia

Comments

Similar Recipes