Apam Solo

Noor Ashikin Saerah
Noor Ashikin Saerah @cook_10103734
Perak, Malaysia

Assalamualaikum. Apam solo ni asyik lalu lalang je setiap hari. Menggoda sungguh. Tapi, sebenarnya saya dah jumpa resipi ni tak lama dulu hasil perkongsian Kak Zura di IGnya. Macam biasa, bila jumpa resipi best² ni, saya save je dulu. Buatnya ntah bila 😁.
.
OK. Nama apam ni apam solo bukan sebab orang yang membuatnya masih solo, single & available 😁 tapi sebab nama pengasasnya, Bengawan Solo. Peminat kuih-muih Nusantara mesti tau siapa dia ni.

Kalau ikut resipi ni, boleh dapat 40 biji tapi sebab saya dah asingkan sedikit adunan untuk diwarnakan, dapatlah 37 biji. Inti pula bolehlah pilih nak guna inti kelapa/ kacang merah. Saya guna inti kacang merah je sebab saya ada buat inti sendiri untuk membuat pau. Nak resipi? Nanti saya kongsikan. Tapi, kalau malas buat, beli saja yang readymade 😊.
.
Nota:
- Adunan apam memang agak kental. Tidak perlu tambah air pada adunan apam yang diwarnakan kerana ia akan membuatkan corak yang dilorek mencair.

#madefromscratch #foolproofrecipe #homemadefood #cookbyshikinsaerah #smallportionbyshikinsaerah #cookandsharebyshikinsaerah #apamsolo #foodblogger #shikinsaerahrecipe

Edit recipe
See report
Share
Share

Ingredients

35-40 ketul
  1. 3cawan tepung gandum
  2. 1cawan tepung beras
  3. 1cawan gula pasir
  4. 1paket (11g) yis
  5. Secubit garam
  6. 1/4cawan minyak
  7. 2 1/2cawan air
  8. Pewarna makanan
  9. Inti kelapa/ kacang merah secukupnya

Cooking Instructions

  1. 1

    Satukan kesemua bahan kecuali pewarna makanan & inti kacang merah ke dalam bekas. Kacau rata.

  2. 2

    Tutupkan bekas & perap selama 30 minit sehingga adunan apam naik.

  3. 3

    Didihkan air & panaskan periuk kukusan.

  4. 4

    Oleskan acuan dengan sedikit minyak. Susun & panaskan seketika di dalam pengukus yang telah dipanaskan.

  5. 5

    Setelah 30 minit, kacau rata adunan apam yang telah diperap.

  6. 6

    Asingkan sedikit adunan apam & warnakan dengan pewarna makanan. Kacau biar warna sekata. Ketepikan.

  7. 7

    Masukkan 1 sdb adunan apam ke dalam setiap acuan.

  8. 8

    Masukkan pula 1 sdt inti kacang merah & tutup dengan 1 sdb adunan apam.

  9. 9

    Letakkan/ paipkan sedikit adunan apam yang telah diwarnakan. Lorek dengan lidi bersih. Buat sehingga habis & cepat kerana adunan apam cepat naik.

  10. 10

    Kukus selama 15 minit dengan api sederhana besar.

Edit recipe
See report
Share

Cooksnaps

Did you make this recipe? Share a picture of your creation!

Grey hand-drawn cartoon of a camera and a frying pan with stars rising from the pan
Cook Today
Noor Ashikin Saerah
Noor Ashikin Saerah @cook_10103734
on
Perak, Malaysia

Comments

Similar Recipes