Cucur bilis

100+ orang telah melihat resipi ini
Nurain Jalil
Nurain Jalil @cook_17057079
Sepang,Selangor

#1post1hope
#goldenapron

Hidangan yang mudah untuk dibuat.
Ada tepung,air dan bilis pun dah jadi.Boleh disediakan untuk sarapan pagi,hidangan petang mahupun hidangan pantas jika ada tetamu yang tiba-tiba datang ke rumah.

Sedap dimakan begitu sahaja ataupun dicicah bersama sos,sambal tumis ataupun sambal kicap.Yang pasti,sekali buat pasti tak cukup.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawanTepung Gandum
  2. 1biji Bawang Merah
  3. 1 ulasBawang Putih
  4. 1biji Cili Hidup Merah
  5. 50 gramIkan Bilis
  6. 1 1/2 gelasair
  7. 1 tspgaram
  8. sedikitdaun sup yang dihiris halus

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan yang diperlukan.

  2. 2

    Kupas bawang merah,bawang putih.Buang biji cili hidup.Basuh bersih ikan bilis.Tumbuk bahan ini hingga separuh lumat.

  3. 3

    Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk yang berisi tepung.Masukkan garam dan daun sup yang dihiris.

  4. 4

    Masukkan air dan gaul hingga sebati.Sedia untuk digoreng.

  5. 5

    Sediakan minyak.Bila dah panas,jemput adunan dan goreng hingga kuning keemasan.

  6. 6

    Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Nurain Jalil
Nurain Jalil @cook_17057079
pada
Sepang,Selangor

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan