Kuih Tepung Pelita#phopbylinimohd#batch18

Saya mengikuti kawan-kawan saya yang mengambil kelas untuk membuat kuih tepung pelita ini. Pengajarnya adalah seorang makcik yang memang sudah berniaga bertahun-tahun akan kuih ini. Sekali dia buat beribu2 bekas tepung pelita.
Nak dijadikan cerita, 2 tahun lepas, dapat gerai untuk meniaga di pasar ramadan. Oleh kerana nak menampung perjalanan sehari-hari dan nak raya dan perlukan wang juga, saya cuba apply ilmu belajar buat kuih tepung pelita ini.
Alhamdulillah, mendapat sambutan yang agak baik. Ada customer yang datang hari-hari sepanjang bulan ramadhan tu hanya untuk beli tepung pelita. ☺️😊
Resepi Kredit : Puan Ramnat Mat (saya doakan makcik selalu diberikan kesihatan yang baik & sentiasa dimurahkan rezeki 🤲🏻)
Cara Memasak
- 1
Mula-mula sediakan bekas kuih dulu. Daun pisang dibersihkan dulu, kemudian gunting empat segi tepat (lebihkan 1cm daripada saiz kotak mancis). Ambil kotak mancis, letak tengah2 daun pisang yang dipotong tadi, kemudian lipat bahagian tepi dan staplerkan. Buat sebelah lagi. Nanti dapat bentuk macam kotak. Sila lihat gambar untuk gambaran.
- 2
Gunting bahagian atas sama rata untuk kemaskan bekas kuih.
- 3
Ambil daun pandan dan kisar sedikit. Tapiskan untuk mendapatkan airnya.
- 4
Campurkan air daun pandan, tepung beras, gula dan pewarna hijau dalam kuali/periuk. Kacaukan sebati. Pastikan tepung tidak berketul-ketul. Kemudian, nyalakan api dapur dengan api yang kecil atau sederhana sahaja.
- 5
Kacau sentiasa bancuhan tepung agar tidak berketul-ketul. Kacau sampai bancuhan mula pekat dan berkilat cantik. Pada masa ini, bancuhan akan mula meletus-meletus. Cepat-cepat tuangkan bancuhan ke dalam bekas acuan kuih. Kemudian, ketepikan untuk disejukkan. (Nota: maaf, bahagian bawah ni tak cantik pula kejadiannya waktu buat ni ☺️)
- 6
Untuk bahagian atas atau yang warna putih. Kisarkan sebiji kelapa parut putih untuk diambil santannya. Kemudian, campurkan santan tadi (dapatkan 6 cawan) dengan tepung beras dan sedikit garam. Kacau sebati sebelum api dinyalakan.
- 7
Kacau atas api yang perlahan atau sederhana sahaja. Kena sentiasa kacau sehingga nampak dah nak mula pekat atau bancuhan sudah mula menggelegak. Tuangkan ke dalam bekas kuih di atas bahagian warna hijau tadi. Kemudian, sejukkan di dalam peti ais.
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
Kuih Tepung Pelita Kuih Tepung Pelita
Lama tak makan kuih tepung pelita. Teringin pula nak makan kuih tepung pelita dalam acuan daun pisang. Nasib baik husband tolong buatkan acuan daun pisang. Buat lebih sikit, hulur dekat jiran².Kuih tepung pelita merupakan sejenis kuih tradisional lembut. Kuih ini popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.Tepung pelita merupakan pada asasnya dibuat daripada santan dan tepung beras dan dimasak dalam bekas yang diperbuat dari daun pisang. Ditengah-tengahnya pula diisi dengan air gula yang menjadikannya rasa lemak manis.Tepung pelita terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian atas atau dikenali sebagai kepala, lembut dan dibuat daripada santan dan bewarna putih. Bahagian bawahnya pula dibuat dari tepung beras dan biasanya bewarna kehijauan dan lebih keras sedikit dari bahagian kepala tetapi masih dibuat lembut.Kuih tepung pelita terdiri daripada dua lapisan yang bewarna hijau di bawah dan lapisan santan putih di atas, yang dikenali sebagai kepala. Ia sejenis kuih manis dan amat digemari di pantai timur.#cppassport Azizah Mansor -
Tepung Pelita Moden Tepung Pelita Moden
#bazaarramadan#minggu3#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaSource : MinShaJuadah yang selalu di cari di Bazaar Ramadan. kami suka sangat dengan kuih Tepung Pelita ni. Saya yakin Cookpaders pun pandai buat, sebab senang sangat, just campur-campur,godek-godek,tuang dalam bekas terus siap.😊 Jeehan Kitchen -
Kuih Tepung Pelita #phopbylinimohd #task2 Kuih Tepung Pelita #phopbylinimohd #task2
Bila sebut kuih pelita terus teringat bulan puasa kan. Kuih ni sangat sinonim dengan bulan puasa. Jadi saya cabar diri untuk buat kuih ni sendiri. Sepatutnya daun pisang, tapi sebab daun pisang tak ada, saya gunakan daun pandan. Jom kita tengok resepi nya ☺️ Nurul Razali -
Tepung Pelita Tepung Pelita
Buat kuih Tepung Pelita petang tadi. Dah lama Aznie tak buat tepung pelita ni, selalu buat kuih limas je. Yang ni resepi dari Minsha @sasha_sabrina . Alahaiiii sedapnya terasa lemak manisnya,bila dapat makan seuk-sejuk. Puashati sangat dapat makan lebih🙈#wajibcooksnap #CookRace #Misi2 Aznie Khasri -
Tepung pelita 💚🤍💚 Tepung pelita 💚🤍💚
Kali pertama buat kuih tepung pelita..Biasa beli kat bazar jer...Alhamdulillah...hikmah pkp..Buat lebih bagi kat jiran 😍Acuan tu blh je guna bekas kecil2.. kalau rajin blh buat dengan daun pisang.. boleh tengok youtube details untuk acuan tepung pelita.Tepung pelita yang tak berapa manis lembut² gedik gitu. suka tengok bekas kelongsong daun pisang tu... letak dalam peti makan sejuk² walllaaahh! 😋 Elley ana -
Tepung pelita Tepung pelita
Kuantiti: 15-20 bekas kecilSumber: https://says.com/my/makan/kuih-tepung-pelita-ini-bukan-sahaja-enak-malah-amat-ringkas-untuk-dibuat Raja Nursyafawati -
Kuih Tepung Pelita 💕 Kuih Tepung Pelita 💕
Kuih tepung pelita pkp ramadhan sukatan cawan....haa gittew 😂😂 Zura Idris -
Tepung pelita Tepung pelita
Hi resepi ini saya kongsikan dari youtube saya sendiri KasiTapau Channel. Untuk resepi ini saya akan buat Kuih Tepung Pelita. Cara buat kuih ni Mudah Dan Sedap tanpa perlu kukus. Kuih ni tidak boleh disimpan pada suhu bilik, sebaliknya perlu disimpan dalam peti sejuk agar dapat disimpan hingga 2-3 hari. lagi sejuk lagi sedap. KasiTapau Channel -
Kuih Tepong Pelita Kuih Tepong Pelita
KakNet buat kuih ni sebab dah TERbeli 🤣🤣🤣🤭 acuan utk kuih Tepong Pelita . Lg pon xberapa pandai nk buat acuan dengan daun pisang 🤭🤭Haha 😅 so kena laa guna kan😘👌. Tepong Pelita di area sini mudah sangat dijumpai, ramai jew yg menjualnya. Netie Rose Oven -
Kuih tepung pelita Kuih tepung pelita
Disebabkan kesukaan, cuba jelah buat.. Lagipun cuti mata xnak tidur.. Teringatkan kuih pelita pula, jadi cuba buat akhirnye menjadi juga first time... Wow Masakkan -
Tepung Pelita Tepung Pelita
#cooksnaptepung #cooksnaptheme1 #cooksnaptheme1 #tepungberas #mentorlove #goldenapron2020 Dah lama Aznie tak buat tepung pelita, selalu buat kuih limas je. kira adik beradik la tu cuma limas guna tepung gandum dan tepung pelita guna tepung beras.. Baru ni nampak resepi dari adik cookpadies lalu kat cookpad dan-dan rasa nak makan.. memang nampak sedap. Kebetulan pulak cookpad bagi cabaran bertemakan tepung jadi boleh la buat sekali. Resepi ni Aznie suka sebab kuihnya lembut ala gedik-gedik gitu.. Tak rugi mencuba. sedap.. Aznie Khasri -
Tepung Pelita Moden Tepung Pelita Moden
#goldenapron2020 tepung pelita kita cuba resepi dari cookpadie yg lalu, sedap juga lembut je rasanya, segar di tekak😅 Erma Yusnida
Komen