Black Nasi Lemak

 Jeehan Kitchen
Jeehan Kitchen @Malindo
Johor Bahru

#SatuResepiSatuPohon
#goldenapron
#week23
#madebyjeehan
#cookpadmalaysia

Sudah 3-4 bulan Saya beli Beras Hitam Organik tapi baru sekarang saya teringat untuk memasaknya. Beras Hitam Sangat kaya akan Serat, tinggi antioksidan dan kurang gula sehingga ianya lebih sihat, sesuai untuk DIET dan sesuai untuk pengidap Diabetes. Beras Hitam ni tidak seperti beras putih biasa yer...ia memerlukan waktu sedikit lama untuk memasaknya. Dan harus di rendam terlebih dahulu untuk mendapatkan tekstur nasi yang lembut. Di Bandung saya sering makan Beras Hitam kerana cukup mudah untuk di dapatkan. Bahkan di Bandung ada sebuah Restoran berkonsep Terrace Cafe Yang Menyajikan Nasi Hitam sebagai ci khas nya. Restoran tersebut beroperasi pada Petang hari sekitar pukul 5 hingga pagi hari sekitar pukul 2-3 Pagi. Restoran tersebut di Beri Nama "Nasi Kalong" Kalong Berarti Kelelawar. Yang bermaksud restoran tersebut hanya di buka di malam hari. Dan Kali ini saya Cuba memasak Hidangan Nasi Lemak kegemaran Kami dengan menggunakan Beras Hitam Organik. Give a try and happy cooking guy's 😘😘😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1Jam
4-5 Orang
  1. 300 gBeras Hitam Organik/Pearl Black Rice
  2. 200 mlSantan Pekat
  3. 500 mlAir
  4. 3 helaiDaun Pandan di simpul
  5. 25 gHalia di hiris nipis dan lebar
  6. 1 UlasBawang putih di hiris nipis
  7. 2 UlasBawang Merah kecil di hiris nipis
  8. 1Sdk Garam bukit
  9. 1Sdb Minyak Canola
  10. 👉 Sambal tumis Ikan Bilis
  11. 35 gCili kering
  12. 15 gCili kering super pedas
  13. Secukupnya Air untuk merebus cili
  14. 100 gBawang Besar
  15. 30 gBawang Merah kecil
  16. 20 gBawang putih
  17. 30 gIkan Bilis basuh dan Toskan
  18. 6 gBelacan Bakar
  19. 200 mlAir
  20. 200 mlMinyak Canola/Minyak sayur
  21. 50 gBawang Holland dihiris nipis
  22. 1/2Sdk PES Asam Jawa
  23. 4Sdb Gula Pasir
  24. 1Kiub Knorr Chicken cube non MSG
  25. 1 1/2Sdk Garam bukit
  26. 👉 Pelengkap
  27. Telur rebus
  28. Ikan Bilis goreng
  29. Kacang tanah goreng
  30. Hirisan Timun

Cara Memasak

1Jam
  1. 1

    Basuh beras rendam selama 2 Jam dan Toskan. Masukan semua bahan untuk nasi Lemak kedalam Periuk nasi elektrik. Dan masak nasi seperti biasa. Kacau perlahan nasi setelah masak.

  2. 2

    Sambal Tumis ikan Bilis : rebus kedua Cili kering sehingga lembut. Angkat dan Toskan.

  3. 3

    Kisarkan cili yang telah di rebus, bawang besar, bawang merah kecil, bawang putih,ikan Bilis,Belacan fan air. Kisar sehingga halus.

  4. 4

    Tuangkan minyak canola kedalam kuali, tuangkan Bahan Kisar. Masak dengan api sederhana sehingga terbit minyak.

  5. 5

    Masukan garam bukit, gula pasir, Knorr chicken cube,Dan PES Asam Jawa. Kacau sebati

  6. 6

    Masukan hirisan bawang Holland, gaulkan sebati dan masak hingga sambal pekat dan terbit minyak. Tutup api dan angkat.

  7. 7

    Hidangkan Black Nasi Lemak bersama Sambal tumis,ikan Bilis goreng, kacang tanah goreng, telur rebus dan hirisan timun

  8. 8

    Selamat mencuba dan semoga berjaya 😘😘😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
 Jeehan Kitchen
pada
Johor Bahru
I am an ordinary housewife, I have one lovely daughter, I love Cooking, Baking, Traveling, and I like to share recipes that I have ever tried. And I really enjoy this life
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya