Spageti carbonara versi santan

IntanNS
IntanNS @cook_17627977
Taiping, Perak

Soalan paling famous bila ibu beritahu kuah carbonara ibu versi santan ialah :

"SEDAP KE LETAK SANTAN?"

Banyak kali jugalah ibu beritahu, kena cuba dulu.
Dan bila dah cuba, ramai juga yang cakap balik

"FUH, SEDAP RUPANYA LETAK SANTAN"
.
.
Versi santan ni istimewa. Dulu zaman kecik, anak ibu alahan pada susu lembu dan tenusu haiwan. Susu kambing dan lain-lain.
Selain ada eczema, beliau juga ada asthma.

Paling tibu teringat memori carbonara, makan semasa majlis harijadi kawan ibu. Anak ibu memang suka masakan barat masa tu.

Ibu pula terlupa sangat-sangat tanya tuan rumah guna susu apa. Elok beliau makan,diam je. Muka dah mula lain. Kemudian anak ibu muntah dengan banyak, sekitar bibir naik merah dan muka bengkak.

Ya Allah. Tak tahu nak cerita betapa paniknya ibu. Terus ke hospital, dan Alhamdulillah keadaan anak ok selepas Dr beri beberapa jenis antibiotik.

Selepas itu, ibu nekad buat carbonara ni versi santan. Mula-mula semua famili ibu yang lain tak mahu sentuh. Pelik sebab santan.

Tapi tak apa. Demi anak.
Lama-lama bila atuk dan nenek tengok cucunya makan dengan selera, mereka pun jamah.

Alhamdulillah seronok. Dapat bantu keluarga jaga pemakanan sekali asbab isu anak dulu.

Jom tengok resepi ibu..

#goldenapron
#saturesepisatupohon
#gengmakmasaksihat

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 2 ulasbawang besar
  2. 200 gmisi ayam dikisar (atau beli isi ayam siap dicincang juga)
  3. 1biji telur
  4. 1biji santan kelapa
  5. 1/2 batanglobak merah
  6. 200cendawan
  7. 1paket spagetti (ibu guna mi kering sourdough)
  8. 1/2 sudu tehgaram himalaya mengikut citarasa

Cara Memasak

  1. 1

    Potong bawang untuk menumis. Pecahkan telur. Kacau sebati. Masukkan santan bersama sebiji telur dan gaul rata. Fungsi telur ialah memberi 'thickening' pada kuah kerana ibu tak mahu gunakan tepung.

  2. 2

    Tumiskan minyak dan bawang hingga naik bau. Masukkan isi ayam. Guna sudip menggoreng untuk cincang isi ayam semasa menumis supaya ia tidak berketul. Masukkan hirisan cendawan. Masak hingga bawang layu dan isi ayam bertukar sedikit kekuningan.

  3. 3

    Masukkan santan dan gaul rata.

  4. 4

    Tips untuk tahu kuah sebati dan masak rata ialah naik buih kecil di permukaan kuah. Masukkan garam himalaya. Gaul dan tutup apinya.

  5. 5

    Rebus dan tos spagetti seperti biasa. Hidangkan bersama kuah santan tadi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ditulis oleh

IntanNS
IntanNS @cook_17627977
pada
Taiping, Perak
Sukakan homemade dan masakan sihatJemput follow saya diTelegram, Instagram dan Facebook pageGeng Mak Masak Sihat
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan