Laksa Kedah Mudah! #phopbylinimohd #batch20

6 orang bercadang membuatnya
ruslina ruslin
ruslina ruslin @cook_20343773
selangor

Siapa kata buat laksa kedah ni susah? Senang sangat! Jom kita melaksa.

#phopbylinimohd #batch20

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

5 orang
  1. 1bungkus laksa kering
  2. 1 kgikan kembong / selar atau campur
  3. 10biji cili padi (ikut kepedasan)
  4. 8 kepingasam keping
  5. 2kuntum bunga kantan (potong tengah)
  6. 3 batangserai dititik (hentak sampai leper)
  7. 1sudu belacan
  8. 1labu bawang besar
  9. 2cili hidup (optional)
  10. 4tangkai daun kesum
  11. 2sudu kecil garam
  12. Hiasan pelengkap
  13. 4biji telur rebus dibelah dua
  14. 5 batangdaun selom / pucuk putat / salad dihiris
  15. 5 batangcili padi dihiris
  16. 4biji limau nipis dibelah dua

Cara Memasak

  1. 1

    Rendam laksa sampai lembut. Selepas lembut, rebus sampai mendidih. Laksa yang siap akan ada tekstur licin. Dah siap masak, tapis dan ketepikan. Jom kita buat kuah pula.

  2. 2

    Bersihkan ikan, kemudian rebus semua ikan. Boleh campur ikan kembong campur dengan ikan sardin untuk rasa kuah lebih manis. Ada yang suka guna ikan sardin ja. Ada yang guna sardin dalam tin! Letak la asam keping 2-3 keping dalam rebusan tu, masukkan 1 sudu kecil garam garam. Masak hingga mendidih.

  3. 3

    Lepas ikan siap rebus, keluarkan ikan. Air rebusan jangan dibuang ! Perisi ikan (asingkan isi dan tulang). Langkah ini kena buat dengan teliti, semua bahagian ikan yang keras diasingkan termasuk kepala ikan, sirip, ekor dan tulang-tulang halus yang besembunyi di daging-daging ikan.

  4. 4

    Blend/kisar tulang ikan bersama air rebusan tadi. Lepas tu tapis, sebaiknya tapis dua kali atau tapis guna penapis halus sebab kita tak mahu ada tulang ikan dalam kuah laksa nanti ya.

  5. 5

    Isi ikan pula kalau rajin tumbuk sampai lumat. Kalau nak cepat blend saja dengan air rebusan tadi. Jangan blend halus sangat nanti kuah takda isi.

  6. 6

    Okay sekarang satukan isi dan air tulang tadi dalam periuk. Tulang yang dah ditapis jangan masukkan! Okay, sekarang kena buat sambal pula untuk masuk dalam kuah.

  7. 7

    Blend 1 biji bawang besar, 10 cili padi, 5 cili hidup dan 1/2 sudu besar belacan. Cili boleh dikurangkan kalau tak mahu pedas sangat.

  8. 8

    Masukkan sambal blend tadi ke dalam periuk kuah laksa. Masukkan asam keping, bungan kantan dan serai. Jangan dilupakan daun kesum, masuk lah 2-3 tangkai. (Masukkan daun saja, bukan tangkainya) Masak hingga mendidih. Masukkan 1 sudu kecil garam. Tambah 500ml air, jika suka ada banyak kuah nipis lebihkan air. Jika suka kuah pekat, kurangkan air.

  9. 9

    Siaplah laksa dan kuah. Untuk tambahan, letak hirisan daun selom, pucuk putat, cili padi, telur rebus dan perahan limau nipis.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

ruslina ruslin
ruslina ruslin @cook_20343773
pada
selangor
Memasak ni bukan bidang saya. Tapi saya suka ambik gambar. Bila masuk gambar dalam Cookpad ni buat saya rasa macam chef.
Baca lagi

Resipi Sepertinya