Laksa Changlun

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

188/2021/RoadTo1k/873
Cerita ni agak kelakar tau bagi hakak😂
Dahulu hakak pergi pasar malam dekat Canglun dengan roomate. Pergi lah ke sebuah gerai laksa ni. Order ler laksa untuk 2orang. Masa tengok peniaga tu bungkus laksa, tercengang kot kami berdua 🤭. Dia p bungkus laksa n kuah dalam satu plastik Yang besar. Pastu timun, daun selom, bawang dan cabai burung dia bagi cenggitu je tak potong 🤣🤣🤣. Dia sua plastik, hakak bayar n ambil laksa tu 😜
.
Dari gerai laksa tu sampai naik bas, sampai ke kolej kami berdua ketawa tak sudah. Balik bilik dan potong sayur2 tu pun sambil ketawa 😆. Bahagi laksa dan kuah sama banyak dan makan sama2 sambil enjoy the moment. Seriously memang tak tahu kenapa orang tu tak potong sayur2 tu dan bagi bungkus2 gitu jer. Tak nak bagi sayur tu rosak ke? Tapi tu memang 1st n last lah hakak beli pun🤪
.
Hari ni saje masak..untuk imbas kembali kenangan UUM 2005-2008 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2jam
6-7orang
  1. 1 kgikan kembung
  2. 4 literair (jika kurang boleh tambah)
  3. 1biji bawang besar
  4. 5biji bawang merah
  5. 3 ulasbawang putih
  6. 2inci belacan
  7. 3sudu besar cili kisar (jika suka pedas lebihkan)
  8. 1kuntum bunga kantan (dipotong pendek)
  9. 1ikat daun kesum (dipotong kecil)
  10. 2 kepingasam gelugur saiz besar
  11. 4sudu besar garam (jika kurang masin, boleh tambah lagi)
  12. 1sudu besar gula perang
  13. 1sudu besar serbuk cukup rasa
  14. Bahan Pelengkap :
  15. 1bungkus laksa kering (dicelur lembut)
  16. 1/2ikat daun selom (direcik halus)
  17. 1/2biji timun (dihiris memanjang)
  18. 1biji bawang besar (dihiris halus)
  19. 4biji telur rebus (dibelah dua)
  20. 1/2biji limau nipis (dihiris nipis)
  21. 4biji cili padi (dihiris nipis)

Cara Memasak

2jam
  1. 1

    Kisar halus bawang besar, bawang merah, bawang putih dan belacan. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama cili kisar.

  2. 2

    Ikan kembung direbus. Disejukkan dan diasingkan tulang dan isi. Isi dikisar halus dan dimasukkan ke dalam periuk berisi bawang tadi.

  3. 3

    Tulang ikan pun dikisar halus dan ditapis sehingga air tapisan jernih. Masukkan juga ke dalam periuk berisi bawang dan isi ikan tadi.

  4. 4

    Masukkan bunga kantan, daun kesum dan asam gelugur.

  5. 5

    Perasakan garam, gula dan serbuk perasa. Masak sehingga mendidih dan kuah pekat (rasa yer, Kalau kurang apa2 macam masin ke masam ke, sila tambah yer ikut citarasa masing2).

  6. 6

    Cadangan Hidangan :
    Letak laksa di dalam pinggan. Tuangkan kuah laksa. Letak hirisan timun, daun selom, bawang besar, cili padi, telur rebus dan limau nipis.

  7. 7

    Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya