PELBAGAI MASAKAN DAGING : Daging bakar serai dan air asam

mommyLyen
mommyLyen @cook_20175826

PELBAGAI MASAKAN DAGING : Daging bakar serai dan air asam

9 orang bercadang membuatnya
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan perap :
  2. 1/2 kgdaging lembu
  3. 2 batangserai
  4. 4 ulasbawang merah
  5. 3 ulasbawang putih
  6. 2inci halia
  7. 2inci kunyit hidup (nak pakai serbuk kunyit pun boleh)
  8. 1 sudu tehbiji ketumbar
  9. 1sudu jintan halus
  10. 1 sudu tehjintan putih
  11. 1 sudu makanpes asam jawa
  12. Garam dan gula
  13. Air asam :
  14. Cili padi ( bergantung pada tahap kepedasan masing masing
  15. 1biji bawang besar
  16. 1biji tomato
  17. 2 sudu makanpes asam jawa
  18. 3inci belacan (di bakar)
  19. Gula, garam

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan perapan : kisar semua bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, serai, biji ketumbar, jintan halus dan jintan putih. Kisar jangan terlalu halus, biar kasar sedikit.

  2. 2

    Setelah itu lumur kan daging bersama bahan kisar dan juga prs asam jawa. Perasakan gula dan garam. Biar manis sedikit. Perap selama 1 jam atau nak lagi sedap perap semalaman. Kemudian boleh la balar di dalam oven dgn suhu 220⁰ selama 30 mnt. Bakar guna manual pun boleh (pakai arang) lagi sedap😀.

  3. 3

    Air asam : hiris halus cili padi dan bawang besar. Tomato pula di potong dadu. Setelah itu, campurkan semua bahan yang dipotong ke dalam mangkuk dan masukkan pes asam jawa, belacan, gula dan garam serta sedikit air. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah. Bergantung pada selera masing samada mau kuah pekar atau cair. Tapi seeloknya biar pekat sedikit baru sedap😀👍.

  4. 4

    Setelah daging bakar, pastikan telerbih dahulu daging sudah btl btl masal sebelum di hiris halus dan hidang bersama air asam jawa...

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
mommyLyen
mommyLyen @cook_20175826
pada

Komen

Resipi Sepertinya