Paprik Ayam

Umikitchen88
Umikitchen88 @sakinahyusof88

#bekal anak.. Suka makan pedas😍. Saya buat paprik Ayam 😋

Paprik Ayam

#bekal anak.. Suka makan pedas😍. Saya buat paprik Ayam 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 ulasbawang putih*potong dadu
  2. 1biji bawang merah*potong dadu
  3. 2 batangserai*ketuk
  4. 3sb cili kisar
  5. 3ketul ayam *potong kecil
  6. Sedikitgaram
  7. 3/4 cawanair
  8. 2sb sos tiram
  9. 3sb sos cili
  10. 5 helaidaun limau purut
  11. Carrot*potong nipis
  12. Anak jagung *potong pendek
  13. 3biji cili padi
  14. 1biji bawang Holland
  15. Sedikitkicap

Cara Memasak

  1. 1

    Mula-mula Panaskan minyak.. Bila sudah panas masukkan bawang putih, bawang merah, dan serai.. Masak sehingga naik bau masukkan cili kisar.. Masak sehingga pecah minyak

  2. 2

    Kemudian masukkan ayam.. Masak ayam sehingga separuh masak..tambah sedikit garam

  3. 3

    Selepas itu masukkan air.. Kalau suka berkuah boleh lebihkan.. Masukkan daun limau purut.. Masak sampai ayam masak sepenuhnya

  4. 4

    Bila dah cukup masak masukkan sos tiram dan sos cili.. Kacau sekejap masukkan sayur..

  5. 5

    Kemudian masukkan cili padi dan bawang Holland..

  6. 6

    Akhir sekali masukkan beberapa titik kicap.. Bila dah sebati bolehla tutup api dan sedia untuk di nikmati 😋

  7. 7

    Sediakan bekas dan nasi.. Buat bentuk unicorn.. Gunting seeweed jadikan mata dan letak sos cili bawah mata.. Letak ayam paprik tadi.. Siap bekal anak.. Anak mesti alhamdulillah 💕💕

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Umikitchen88
Umikitchen88 @sakinahyusof88
pada
I love cookingIG @umikitchen88Fb ummi sakinah
Baca lagi

Komen (2)

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Comelnya bento. Kalau anak bawa ke sekolah mesti dia orang Happy.

Resipi Sepertinya