Ikan Seludu Masak Asam

Erney Radzi
Erney Radzi @cook_22089243

Resepi ni saya mula makan masa dalam pantang anak pertama. Masa tu rasa sedap sangat. Suami pun suka.. selalu minta saya masakkan lauk ni tapi encik suami tak tahu nama masakan ni, encik suami akan cakap lauk semasa saya dalam pantang.. hihi.. kekadang rasa kelakar bila encik suami teringin makan masakan dalam pantang. Resepi ni diperkenalkan oleh mak saya. Dia yang slalu masakkan untuk saya. Along sayang mak. #goldenapron2020 #resepimaksaya

Ikan Seludu Masak Asam

2 orang bercadang membuatnya

Resepi ni saya mula makan masa dalam pantang anak pertama. Masa tu rasa sedap sangat. Suami pun suka.. selalu minta saya masakkan lauk ni tapi encik suami tak tahu nama masakan ni, encik suami akan cakap lauk semasa saya dalam pantang.. hihi.. kekadang rasa kelakar bila encik suami teringin makan masakan dalam pantang. Resepi ni diperkenalkan oleh mak saya. Dia yang slalu masakkan untuk saya. Along sayang mak. #goldenapron2020 #resepimaksaya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1ketul Ikan Seludu
  2. 1labu Bawang Besar (potong bulat)
  3. 2ulas Bawang Putih (dicincang)
  4. 1inci Halia (dihilis halus)
  5. 1biji Cili Merah (dipotong)
  6. 3biji Cili Padi (dipotong)
  7. Air perahan Asam Jawa
  8. Sedikit Lada Hitam
  9. Sedikit Kunyit
  10. Garam secukup rasa
  11. Sedikit Air
  12. Minyak untuk menumis

Cara Memasak

  1. 1

    Perasakan ikan dengan kunyit dan garam. Biar seketika. Kemudian goreng garing. Angkat dan ketepikan.

  2. 2

    Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, cili merah & cili padi hingga naik bau. (guna myk lebihan grg ikan td tp jgn byk)

  3. 3

    Masukkan air perahan asam jawa, sedikit serbuk kunyit dan lada hitam. Biar mendidih sekejap. Tambahkan air sedikit. (Kalau nk kuah banyak tambah air lebih)

  4. 4

    Perasakan dengan garam. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi. Biar sekejap hingga mendidih supaya kuah meresap ke ikan. Siap. Sedia dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Erney Radzi
Erney Radzi @cook_22089243
pada

Komen

Resipi Sepertinya