Kari Kepala Ikan Tongkol SuperSimpleSedap

7 orang bercadang membuatnya
hanimaj min
hanimaj min @cook_min86

Sedapnya kari ikan😋😋😋

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 1ekor ikan tongkol (putih sederhana)
  2. 4 batangbendi
  3. 5biji bawang merah
  4. 5 ulasbawang putih
  5. 1inci halia
  6. 2 smkari ikan
  7. 1 smserbuk cili
  8. 1 smhalba campur
  9. 1/2santan kotak
  10. Air asam jawa
  11. 2biji cili merah
  12. Daunkari
  13. Air
  14. Minyak
  15. Garam & perasa secukupnya

Cara Memasak

  1. 1

    Tumbuk bawang merah,bawang putih dan halia. Kalau nak kisar guna blender pun boleh. Sis suka tumbuk untuk dapatkan teksturnya.

  2. 2

    Tumis bahan tumbuk. Apabila sudag naik bau,boleh masukkan halba campur dan duan kari. Setelah itu,masukkan pes kari dan serbuk cili. Masukkan sekali air asam jawa.

  3. 3

    Tumis pes sehingga kering dan naik minyak. Masukkan ikan. Tambah air jika terlalu pekat Kacau mesra. Jangan selalu kacau ikan untuk mengelakkan ikan hancur. Masukkan bendi dan cili merah. Kalau ada tomato,masukkan sekali. Sis tak letak tomato sebab dah abis.😅😅😅

  4. 4

    Biarkan mendidih seketika. Selepas itu,masukkan santan kotak. Biarkan mendidih sekali lagi.

  5. 5

    Perasakan dan siap untuk dihidang!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

hanimaj min
hanimaj min @cook_min86
pada

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan