Nasi dagang ETS

Adini Sofea
Adini Sofea @cook_22198514

Resepi ni menggunakan periuk noxxa.. Lebih mudah dan cepat..

Nasi dagang ETS

Resepi ni menggunakan periuk noxxa.. Lebih mudah dan cepat..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

5-6 orang
  1. 4 cawanberas basmati
  2. 1 cawanberas pulut
  3. 6 ulasbawang merah
  4. 1inci halia
  5. 1sudu halba
  6. 5 cawansantan cair
  7. 3 cawansantan pekat
  8. Gulai ikan
  9. 1ekor gulai tongkol
  10. 10 ulasbawang merah
  11. 5 ulasbawang putih
  12. santan(1biji kelapa)
  13. 1sdm cili kisar
  14. 1bungkus rempah nasi dagang
  15. 1inci halia
  16. 1inci lengkuas
  17. Sedikitbelacan
  18. 1 kepingasam keping
  19. Gula / gula kabung jika ada
  20. Acar
  21. 1biji lobak merah
  22. 2biji timun
  23. 1biji bawang besar
  24. 2sudu gula
  25. 1@2 sudu cuka makan
  26. Garam secukup rasa
  27. Garam

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan beras basmati dan beras pulut. Cuci dan rendam 30 minit. X nak rendam pun boleh. Pot yang digunakan boleh rujuk gambar

  2. 2

    Selepas 30 minit. Masukkan beras dalam pot noxxa bersama sama 5 cawan santan cair. Set kan HP selama 7 minit

  3. 3

    Selepas 7 minit. Lepaskan wap. Gaulkan 3 cawan santan pekat bersama garam dan gula. Masukkan juga bawang merah dan halia yg dihiris halus. Masukkan 1 sudu halba. Halba direndam terlebih dahulu dgn air panas.

  4. 4

    Kacau rata. Tutup periuk dan setkan ke butang steam selama 5 minit. Nasi siap..

  5. 5

    Untuk gulai ikan tongkol. Rebuskan dulu ikan tongkol dengan asam keping dan garam

  6. 6

    Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan cili kisar

  7. 7

    Langkah membuat gulai. Saya langkah yang diberikan pada rempah nasi dagang. Boleh rujuk gambar

  8. 8

    Didihkan santan, masukkan bahan kisar, air rebusan ikan, ikan tongkol yg drebus, asam keping, sedikit belacan, garam, gula.

  9. 9

    Masak hingga pekat atau pecah minyak. Disebabkan gulai ini tak tumis.. Ambil masa yang agak lama untuk pecah minyak. Kalau nak cepat. Boleh juga tumis dulu bahan kisar dan masukkan santan serta bahan2 yg lain

  10. 10

    Untuk acar. Timun, lobak merah dipotong memanjang, bawng dipotong nipis.

  11. 11

    Gaulkan dengan gula, garam dan cuka.. Ikut citarasa masing2

  12. 12

    Nasi dagang siap utk dinikmati

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Adini Sofea
Adini Sofea @cook_22198514
pada

Komen (2)

Non Isml
Non Isml @cook_25014058
Assalamualaikum.. Boleh pakai beras biasa tak?

Resipi Sepertinya