Lempeng & Sambal Ayam Adabi

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

#goldenapron2020 #minggu13 #cookpadmalaysia
Terasa terpanggil dan teruja untuk menyertai Peraduan Masakan @Adabi tahun 2020 ini. Produk Adabi yang perlu digunakan adalah "Tepung Goreng Ayam". Jadi resipi yang saya reka menggunakan tepung goreng ayam ini adalah lempeng tepung ayam goreng & dimakan bersama-sama sambal ayam. Selalunya tepung ni digoreng dengan ayam kan. Kali ni tepung ni kita buat lempeng dan dimakan dengan sambal ayam 😋

Lempeng & Sambal Ayam Adabi

#goldenapron2020 #minggu13 #cookpadmalaysia
Terasa terpanggil dan teruja untuk menyertai Peraduan Masakan @Adabi tahun 2020 ini. Produk Adabi yang perlu digunakan adalah "Tepung Goreng Ayam". Jadi resipi yang saya reka menggunakan tepung goreng ayam ini adalah lempeng tepung ayam goreng & dimakan bersama-sama sambal ayam. Selalunya tepung ni digoreng dengan ayam kan. Kali ni tepung ni kita buat lempeng dan dimakan dengan sambal ayam 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam
2orang
  1. Bahan Lempeng :
  2. 1senduk Tepung Goreng Ayam Adabi (Pedas)
  3. 1senduk tepung gandum
  4. 2sudu besar gula perang
  5. 1 sudu tehgaram
  6. 1 cawanair
  7. Bahan Sambal Ayam :
  8. 100 gmisi ayam (dipotong dadu kecil)
  9. 2biji bawang merah
  10. 2 ulasbawang putih
  11. 10tangkai cili kering(direndam terlebih dahulu)
  12. 4sudu besar sos cili
  13. 1 cawanair (untuk mengisar)
  14. 3sudu besar gula perang
  15. 1 sudu tehgaram
  16. 2sudu besar Tepung Ayam Goreng
  17. 5sudu besar minyak masak (untuk menumis)

Cara Memasak

1jam
  1. 1

    Sediakan bahan :

  2. 2

    Langkah Penyediaan Lempeng :
    Satukan ke semua adunan dan rehatkan seketika dalam 30minit.

  3. 3

    Panaskan kuali. Tuangkan satu senduk adunan lempeng (untuk hasil yang sama saiz, saya gunakan acuan telur). Masak sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Ulangi langkah no.2 sehingga adunan lempeng habis.

  4. 4

    Langkah Penyediaan Sambal Ayam :
    Bawang merah, bawang putih dan cili kering dikisar halus.

  5. 5

    Panaskan minyak masak. Masukkan isi ayam dan goreng separuh masak.

  6. 6

    Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan cili kering) dan masak sehingga naik bau.

  7. 7

    Masukkan sos cili, gula perang dan garam. Masak sehingga mendidih.

  8. 8

    Masukkan Tepung Ayam Goreng Adabi yang dicampur dengan sedikit air.
    Masak sehingga kuah pekat. Tutup api dan sejukkan seketika.

  9. 9

    Cadangan Hidangan :
    1. Lempeng disusun di keliling pinggan dalam bentuk bulatan dan di tengahnya diletakkan mangkuk kecil berisi sambal ayam. Untuk menikmati hidangan ini, hanya perlu colek sahaja lempeng dengan sambal ayam tersebut. ataupun
    2. Lempeng disusun secara bertingkat dan setiap tingkat tersebut dilapisi sambal ayam. Untuk menikmati hidangan ini, potong lempeng tersebut menjadi kepingan yang lebih kecil dan makan.

    Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya