Sup Cendawan Tiram

Ruziha Aljunid
Ruziha Aljunid @cook_22466711
Nusajaya, Johor

Saya amat menggemari makanan berasaskan cendawan tiram. Samada dibuat sup atau digoreng.
Resepi ini saya pelajari dari kakak saya. Untuk menyedapkan sup ini kakak saya meletakkan daun kunyit bagi mengurangkan sedikit bau cendawan. Sup ini sedap dimakan begitu sahaja atau tambahkan sedikit nasi bagi yang ingin berdiet.
#goldenapron2020
#week23
#cooksnap
#cooksnaphunt

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
2 orang
  1. 300 gmcendawan tiram
  2. 10ekor udang hidup
  3. 3 ulasbawang putih
  4. 1 ulasbawang merah
  5. 200 mlair atau air rebusan kulit udang
  6. Garam & Maggi cukup rasa
  7. Serbuk lada putih
  8. 1/2biji bawang besar
  9. 1/2biji lada merah
  10. 4 ulascili padi
  11. Minyak untuk menumis
  12. 2 helaidaun kunyit

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bawang putih dan bawang merah dihiris. Daun kunyit dipotong kecil. Bawang besar dan cili merah dihiris serong.Cendawan yang besar bolehlah disiat dua.

  2. 2

    Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan udang. Tumis sehingga udang masak.

  3. 3

    Tambahkan air dan daun kunyit. Bila air sudah mendidih, masukkan cendawan bersama hirisan bawang dan cili. Perasakan dengan garam dan maggi cukup rasa. Tambahkan sedikit serbuk lada putih. Bagi yang suka pedas, boleh tambahkan cili padi. Siap untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ruziha Aljunid
Ruziha Aljunid @cook_22466711
pada
Nusajaya, Johor

Resipi Sepertinya