Kari Daging

Dapur Chef Husnil
Dapur Chef Husnil @chefhusnil83
Selangor

#goldenapron2020 #cookpadmalaysia
Assalamualaikum.. sekian lama menyepi.. harini saya nk share resipi kari daging cara saya lah mcm biasa. Mungkin teknik masakan saya sedikit berbeza walaupun menggunakan bahan yg sama kerana saya belajar teknik masakan daripada chef yang berasal dari Nepal.. Kari dia mmg power. Mungkin resepi saya ni tak cukup power mcm chef nepal tu, tapi cukup sekadar rasa sedap tu ada 😋🤣 jom tengok bahan2 nya

Kari Daging

#goldenapron2020 #cookpadmalaysia
Assalamualaikum.. sekian lama menyepi.. harini saya nk share resipi kari daging cara saya lah mcm biasa. Mungkin teknik masakan saya sedikit berbeza walaupun menggunakan bahan yg sama kerana saya belajar teknik masakan daripada chef yang berasal dari Nepal.. Kari dia mmg power. Mungkin resepi saya ni tak cukup power mcm chef nepal tu, tapi cukup sekadar rasa sedap tu ada 😋🤣 jom tengok bahan2 nya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
2 orang
  1. Bahan Kisar
  2. 1biji besar bawang merah
  3. 1inci halia
  4. 4 ulasbawang putih
  5. Bahan Lain
  6. 400 gdaging (hiris lebar)
  7. 1biji bawang besar (potong dadu/cincang)
  8. 4rempah sekawan
  9. 2biji kentang (potong dadu)
  10. daunkari
  11. 1biji tomato
  12. 2 batanglada besar (merah/hijau) kerat 2 je
  13. Sukatan Bahan Rempah & Lain Lain
  14. 1 sudu tehserbuk ketumbar
  15. 1 sudu tehserbuk jintan putih
  16. 1 sudu tehserbuk jintan manis
  17. 3sudu besar rempah kari daging (babas)
  18. 2sudu besar cili kisar
  19. 2sudu besar air asam jawa
  20. 1/2 kotaksantan (santan 200ml)
  21. 2 cawanair

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Seperti biasa sukatan bahan.. sukatan sudu tu hanya didalam gambar, jgn lupa follow sukatan yg telah saya berikan.

  2. 2

    Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan daun kari.. tumis hingga naik bau rempah.

  3. 3

    Masukkan bahan yang dikisar. Tumis seketika hingga kekuningan.

  4. 4

    Kemudian, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

  5. 5

    Setelah tumisan pecah minyak, masukkan kentang dan hirisan bawang merah/besar.. tumis dan gaul sekata..

  6. 6

    Kemudian masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar.

  7. 7

    Masukkan serbuk kari dan juga air asam jawa mengikut sukatan yang telah diberikan. Kacau sekata.

  8. 8

    Kemudian, masukkan hirisan daging. Kacau dan tumis seketika hingga segala rempah meresap dan salut pada keseluruhan daging.

  9. 9

    Lepastu masukkan 2 cawan air. Kacau dan biarkan mendidih hingga daging dan kentang empuk.

  10. 10

    Apabila daging sudah empuk, masukkan hirisan tomato dan lada besar.

  11. 11

    Setelah itu, masukkan ½ kotak kecil santan, garam dan juga serbuk secukup rasa. Untuk bahan perasa, ikut citarasa anda. Kalau ikut sukatan saya, saya letak 3 sudu teh garam dan 2 sudu teh serbuk secukup rasa.

  12. 12

    Didihkan seketika dan sedia untuk dihidang.

  13. 13

    Kari daging siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Chef Husnil
Dapur Chef Husnil @chefhusnil83
pada
Selangor
Carier : Chef 👨🏼‍🍳YouTube : Dapur Chef Husnil 🎥Hobby : Blogging, Cooking, GymLove my lovely wife🧕🏻 & little princess 👧🏻
Baca lagi

Resipi Sepertinya